Luth dan Ayla sedang bersiar-siar di taman perumahan mereka itu. Mereka baru lepas berjoging sekitar taman itu. Luth memegang erat tangan Ayla. Sesekali diangkat tangan Ayla dan dikucup.
"Abang ni tak malu nak cium-cium orang kat tempat umum" rungut Ayla. Bukan dia tidak melarang tetapi kalau dah namanya Luth, cakap macam mana sekali pun mana dia nak dengar. 'Nak malu apa? Isteri abang kan, bukannya haram pun'. Itulah kata balasan dari Luth.
"Biarlah. Nanti abang rindu, tangan siapa lagi abang nak kiss?" Tanya Luth. Digenggamnya tangan Ayla erat.
Akhirnya Ayla hanya membiarkan Luth. Dia pun suka sebenarnya hahaha."Luth?" Pantas Ayla dan Luth memandang ke arah suara itu. Ayla mengerutkan kening. Dipandangnya Luth yang kelihatan terpegun melihat pemilik suara itu.
"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Luth hairan. Sebaik mungkin ditutup perasaan terkejutnya.
"I jalan-jalan sekitar sini. You buat apa kat sini? Jangan cakap yang you tinggal kat area ni?" Tanya Sarah dengan riak terkejut. Luth mengetap bibir. Dikerlingnya Ayla yang seakan terpinga-pinga mendengar perbualan mereka.
"So betul lah? You tinggal dekat mana?" Tanya Sarah penasaran. Senyuman sinis diukir kearah Ayla.
"Kalau ya pun kenapa? Dahlah aku nak pergi breakfast dengan isteri aku" kata Luth dingin. Ditariknya Ayla untuk masuk ke gerai kecil di situ. Luth menarik kerusi buat Ayla, namun dengan pantas Sarah melabuhkan duduk disitu.
Ayla dan Luth sama-sama terkejut. Ingatkan dah berambus tadi.
"Thanks" tanpa rasa malu Sarah mengucapkan terima kasih kepada Luth.
Luth beralih ke kerusi didepan Sarah. Ditariknya kerusi itu sebelum menyuruh Ayla duduk. Kemudian punggung dilabuhkan disebelah Ayla.
"Sayang nak makan apa?" Tanya Luth prihatin. Tidak dihiraukan Sarah yang duduk memandang mereka.
"Sayang ikut abang lah. Sayang tak tahu apa yang sedap dekat sini" kata Ayla lembut. Senyuman manis diukir buat Luth. Sarah yang melihat terus memutarkan mata ke atas. Menyampah.
"Kalau macam tu, abang order nasi lemak ayam goreng lah ya?" Kata Luth. Ayla hanya menggangguk.
"I pun nak tu juga" kata Sarah mengada-ada. Luth hanya menjeling sebelum memesan makanan.
"I tak sangka you tinggal kat kawasan ni. You tinggal kat rumah yang kita tengok dulu ke?" Tanya Sarah gembira. Ayla terus memandang ke arah Luth. Terkejut mendengar bicara Sarah.
Luth menjegilkan matanya ke arah Sarah. Sebagai tanda supaya tidak berbual mengenai perkara itu.
"I tak sangka yang you beli juga rumah yang I berkenan dulu. Tapi tulah, I yang pilih tapi akhirnya bukan I yang duduk" kata Sarah buat-buat sedih.
"Betul ke abang?" Tanya Ayla menahan rasa. Luth menggelengkan kepalanya. Dicapai tangan Ayla dan digenggam erat.
"You janganlah nak fikir yang bukan-bukan Ayla. I tak ada niat pun nak cakap pasal ni. I cuma terharu yang rumah I pilih tu tetap jadi pilihan Luth. Dan you tak payah risau, hubungan I dan Luth dah lama berlalu. I nak minta maaf pasal kejadian dulu. I tak berniat pun nak cakap macam tu dengan you. I cuma terkejut bila tahu Luth dah kahwin. I harap kita boleh jadi kawan, macam I dengan Luth" kata Sarah sambil memandang Ayla penuh harapan.
Ayla memandang Sarah penuh sangsi. Kemain cakap pasal rumah yang dia pilih, alih-alih cakap pasal maaf. Motif? Nak nampak baik depan Luth ke apa?
"Haah sayang. Tak elok nak bermusuh. Apa salahnya kita lupakan kejadian haritu kan? Sarah tak sengaja nak cakap macam tu dekat sayang" pujuk Luth pula. Entah mengapa dengan mudah Luth percayakan Sarah. Sarah pula sempat tersenyum sinis sebelum disembunyikan senyumannya itu.
"Abang ni kenapa nak Umai berkawan dengan dia ni?" Tanya Ayla sebal. Ditarik tangannya dari pegangan Luth.
"Sarah kan dah minta maaf. Jadi tak payah lah kita nak panjangkan masalah. Lagipun abang dengan dia kan satu tempat kerja. Tak elok lah kalau tetiba bermasam muka sedangkan selama ni kami okay saja" kata Luth memujuk. Tak ke pelik jika sebelum ini hubungan mereka sebagai sahabat berlima, termasuk Kamal, Ella dan Adira baik-baik sahaja tetiba tak okay. Mesti orang akan fikir yang bukan-bukan kan?
Sarah dalam diam merasa bangga. Luth berpihak pada dia. Tak perlu susah-susah buang air liur bercakap dengan budak tak malu ni. Luth sendiri dah bantu dia meyakinkan Ayla.
Ayla menghelakan nafas perlahan. Ditenungnya muka Sarah.
"I tahu you muda lagi, tapi you dah jadi isteri Luth kan. Jadi saya harap you boleh berfikir dengan matang. Fikir macam orang dewasa. I cuma nak berbaik dengan you. I tak nak ada salah faham di kemudian hari. You kena faham yang I dan Luth tetap rapat walaupun kami dah berpisah sebelum ini. I cuma nak ada kan hubungan yang baik dengan kawan-kawan I, termasuk isteri dia ni" kata Sarah penuh muslihat.
Ayla sedikit tersentak. Perlu kah dalam setiap perkara 'umur' di kaitkan?
"Sayang?" Luth memandangnya penuh harapan.
"Okay. Saya akan maafkan KAKAK Sarah. Saya tak naklah disebabkan saya Luth tak selesa di tempat kerja. Yelah korang kan bekerja di tempat yang sama. Saya sebagai isteri naklah yang terbaik untuk suami saya ni" kata Ayla sengaja ditekankan perkataan 'kakak'. Nak sangat cakap pasal umur kan.
Sarah merungut dalam diam. Bukan dia tidak sedar dia disindir.
"Thank you sayang. Abang tahu sayang fahamkan abang" kata Luth lalu mencium tepi dahi Ayla.
"You're welcome" kata Ayla manis. Sarah membuang pandangan kearah lain.
"Dah jomlah makan. Leka sangat kita berbual sampai tak hiraukan makanan" kata Luth gembira.
🌸
🌸
🌸
Do vote and comment ya✨
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...