PH 31 - Ayla rindu

8.4K 175 18
                                        

Sudah beberapa hari selepas Ayla keluar dari hospital. Sampai ke hari ini Luth masih tidak mengangkat telefon dari Ayla. Ayla menghela nafas perlahan.

Kenapa Luth tiba-tiba berubah? Kenapa Luth tuduh dia curang sedangkan dia tak curang? Dan kenapa Luth beria-ria nak dia pulang ke Malaysia?

Ayla berteka teki sendiri. Direnungnya skrin telefon itu. Tanpa berlengah Ayla menelefon Puan Salmah.

"Assalamualaikum mama"kata Ayla mesra.

"Waalaikumsalam"

"Mama sihat?" Sapa Ayla. Tidak tahu hendak bagaimana mahu mulakan perbualan.

"Alhamdulillah, sihat. Ayla sihat ke dekat sana?"

"Sihat ma" lama Ayla diam.

"Ayla ada nak cakap apa-apa ke?" Tanya Puan Salmah.

"Mama, abang Luth ada call mama tak?" Tanya Ayla berhati-hati. Puan Salmah terdiam. Patutlah dia tidak sedap hati sejak kebelakangan ini.

"Tak ada lah pula. Ayla okay dengan Luth?" Tanya Puan Salmah prihatin.

"Okay, cuma abang tak angkat call dari Ayla" jawab Ayla sambil tersenyum nipis.

"Ayla gaduh ke dengan Luth?"

"Taklah. Mungkin abang Luth sibuk kot sebab tu tak angkat call Ayla" nafi Ayla.

"Ayla ada dengar ke yang Luth cakap dengan mama hari tu" tanya Puan Salmah berhati-hati. Kuat firasatnya bahawa Ayla tahu mengenai itu.

Ayla hanya diam. Tidak menafikan tidak mengiyakan.

"Ayla jangan salah faham ya. Luth memang macam tu kalau marah. Semua benda dia nak ungkit dan kaitkan supaya dapat sakitkan hati mama" kata Puan Salmah cuba memujuk Ayla.

"Ya, mama jangan risaulah kami okay sahaja" kata Ayla mesra. Walhal dalam hatinya gusar memikirkan hubungan dia dan Luth.

"Okaylah mama, lain kali Ayla call lagi. Ada kelas lepas ni. Assalamualaikum" pamit Ayla.

"Waalaikumsalam"

Ayla menghela nafas perlahan. Buntu. Macam mana ni? Walaupun dia terkilan dengan sikap Luth tapi dia tidak mahu hubungan mereka retak. Ayla rindukan suaminya itu.

Perlukah dia balik Malaysia untuk memujuk Luth?

Ayla akhirnya mengambil keputusan untuk menelefon Datin Alina.

"Assalamualaikum anak ibu" sapa Datin Alina.

"Waalaikumsalam ibu. Ibu buat apa tu?"

"Tengah tunggu ayah habis meeting ni. Kenapa sayang?" Tanya Datin Alina. Pasti ada sesuatu ni.

"Takda. Cuma Ayla terfikir nak pindah belajar dekat Malaysia. Apa pendapat ibu?" Tanya Ayla terus terang.

"Kenapa nak pindah?" Pelik Datin Alina. Bukankah itu impian anaknya dari dulu?

"Ayla kan belajar dekat sini lama, Abang Luth pula dekat Malaysia. Jadi, Ayla terfikir tak apa-apa ke Ayla jauh dari abang Luth" terang Ayla.

Lama Datin Alina berdiam.

"Takpa pun kalau Ayla nak belajar dekat UK, selagi Luth okay, redha dengan keputusan Ayla maka tak salah pun. Tapi kalau Ayla belajar kat UK ni, tanpa kerelaan Luth dan keputusan tu buatkan hubungan Ayla dan Luth tak baik Ayla patut fikirkan baik-baik. Sama ada teruskan atau balik ke pangkuan Luth" kata Datin Alina seakan memahami isi hati Ayla. Ayla termenung sendiri. Luth redha dan rela ke lepaskan dia belajar dekat sini?  Tapi haritu Luth dah izinkan bukan?

PILIHAN HATI Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang