PH 38 - Sakit

7.5K 184 4
                                    

Ayla mengerutkan dahi apabila terganggu dengan sesuatu. Perlahan-lahan matanya dibuka. Perkara pertama yang dilihatnya ialah Luth. Yang hanya sejengkal dari mukanya.

Satu ciuman hinggap di bibir Ayla. Ayla yang terkejut menolak tubuh Luth kuat.

"Abang ni kenapa?" Marah Ayla. Luth yang terbaring akibat ditolak Ayla hanya memandang Ayla pelik.

"Tak boleh ke? Ayla isteri abang kan" kata Luth hairan.

"Abang jangan nak mengada nak kiss-kiss orang. Orang bukan perempuan simpanan yang abang boleh sentuh sesuka hati tanpa perasaan cinta" marah Ayla. Luth menghela nafas perlahan.

"Sayang, abang tak anggap sayang macam tu lah, sayangkan isteri abang" pujuk Luth.

Ayla menjeling Luth tajam sebelum berlalu ke bilik mandi. Luth meraup wajah. Kerasnya hati.

Keluar sahaja Ayla dari bilik air dia sudah lengkap berpakaian. Sopan pula tu. Kalau dulu boleh lah cuci mata tengok paha, lengan Ayla. Sekarang ni dari hujung kaki sampai hujung tangan bertutup. Nasib baik dia tak bertudung terus dalam rumah ni.

"Apa pakai baju macam tu yang?" Pelik Luth.

"Abang tak nak solat ke ni?" Dalih Ayla. Luth yang teragak-agak bangun mengambil air wudhu.

Sejak Ayla duduk UK dulu, dia mana ada solat. Tiba-tiba terasa jahil.

Keluar sahaja dia dari bilik air kelihatan Ayla yang sedang duduk di atas sejadah. Satu lagi sejadah sudah terhampar di lantai depan Ayla.

"Jom" dengan yakin Luth mara.

Usai solat subuh, Ayla menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Luth.

Luth menyambut huluran itu. Semasa Ayla tunduk mencium tangannya, dia memegang kepala Ayla.

"Ya Allah, kau lembutkan lah hati isteriku untuk memaafkan aku. Kau beri lah aku peluang untuk menjadi suami yang terbaik buatnya" Bisik Luth perlahan. Ayla terkaku. Terasa berdosa sebab abaikan Luth dan sentiasa bersikap kasar.

Luth terus mencium kedua pipi Ayla apabila Ayla mengangkat kepalanya. Ayla memandang wajah Luth. Luth pula hanya tersenyum.

"Umai nak makan apa pagi ni?" Tanya Luth lembut.

"Nasi goreng?" Jawab Ayla perlahan. Malu pula bila ditenung oleh Luth.

"Okay, nanti abang masakkan" kata Luth ringkas.

"Abang, nanti tolong hantar sayang pergi rumah mama" kata Ayla tanpa sedar. Luth pula tersenyum suka.

"Ok, SAYANG" sengaja Luth. Ayla terdiam. Dia sempat menjeling Luth sebelum keluar dari bilik itu.

Ayla duduk bersantai di buaian di luar rumah. Kebetulan telefonnya berdering.

"Daddy" sapa Ayla.

"Ayla dah balik Malaysia. I'm sorry, I didn't tell you about this" kata Ayla. Dia benar-benar lupa untuk memaklumkan kepada Mr. Lucas bahawa dia akan berpindah semula ke Malaysia.

"It's okay honey. So, how about you and Luth?" Tanya Mr. Lucas.

"He's fine. Handsome as always" puji Ayla bagi menyenangkan hati bapa mertuanya itu. Dia bukan tidak tahu betapa rindunya daddy pada Luth lagi-lagi selepas kehilangan Salina.

"I'm glad to hear that. Will you come here someday?" Tanya Mr. Lucas sayu. Entah mengapa dia merasa sebak tiba-tiba. Dia tidak mempunyai sesiapa selain perniagaannya yang megah itu.

"insha'Allah dad. I will bring him to see you. You should be strong" kata Ayla memberikan kata-kata semangat.

"I wish to, but it seems like I will never get to see him again" sayu nada suara Mr. Lucas.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now