Luth duduk termenung di dalam keretanya. Kepala sedang sarat memifikirkan sesuatu. Nafas dihela perlahan. Dilihatnya budak-budak sekolah yang keluar dari gate itu.
Ada yang ketawa bergurau senda dengan rakannya, ada yang jalan bersendirian dan ada juga yang jalan berkumpulan. Mata meliar mencari kelibat Ayla. Rasa macam nak ambil anak balik sekolah pula.
Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu kelihatan. Ayla yang sedang tertawa manis dengan seorang lagi rakannya. Siti. Luth hanya memamdang sambil tersenyum nipis. Suka melihat Ayla yang tertawa bahagia. Namun senyumannya mati apabila melihat Arman yang berlari anak ke arah Ayla dan rakannya itu.
Mereka bertiga berjalan bersama-sama sambil berbual kosong sebelum mereka berpisah di bus stop depan sekolah itu. Tepat dimana Luth meletakkan keretanya. Ayla melambai ke arah dua orang rakannya itu sebelum masuk ke dalam kereta.
"Assalamualaikum, abang" kata Ayla sambil menyambut huluran salam dari Luth. Seperti kebiasaannya Luth membalas dengan mengucup dahi dan kedua belah pipi Ayla. Nasiblah kereta Luth bercermin gelap. Kalau tak mahu pengsan budak-budak yang melihat Luth mencium Ayla.
"Waalaikumsalam" jawab Luth. Mata sempat mengerling ke arah kawan perempuan Ayla yang duduk di bus stop itu.
"Abang boleh tak kita hantar Siti balik?" Tanya Ayla. Luth memandang ke arah Ayla. "Kenapa?"
"Alah, dulu Siti selalu balik dengan Umai. Lepas kita kahwin jer Umai jarang balik dengan Siti. Kesian dia abang. Boleh lah" pujuk Ayla.
"Boleh. Kawan Umai tu tahu tak yang Umai dah kahwin?" Tanya Luth.
"Tak tahu. Umai rancang nak bagitahu Siti hari ni. Umai rasa bersalah sangat sebab rahsiakan perkara ni dari Siti" terang Ayla.
"Okay, nanti kita singgah makan dululah" kata Luth memberi izin.
"Mama?"
"Abang memang rancang nak bawa sayang makan dekat luar harini. Mama tak nak ikut" terang Luth.
"Yeay thank you abang. Abang belanja Siti sekali ehh" kata Ayla teruja lalu keluar dari kereta.
Ayla mengajak Siti masuk ke dalam kereta bahagian belakang. Luth menjongketkan kening apabila Ayla ikut duduk di bahagian belakang bersama Siti. Ayla hanya tersengih memandang Luth dari cermin kereta.
Suasana dalam kereta sangat riuh, rasa macam ambil budak tadika bak kata Luth. Tapi bezanya, dua orang kat belakang tu budak sekolah menengah. Riuhnya macam 10 orang bercerita.
Luth menggelengkan kepalanya. 'Macam mana lah kalau aku ada anak nanti?'
***
"Haa, kau dah kahwin?!" Terjerit Siti mendengar pernyataan Ayla.
"Janganlah jerit nanti orang dengar, kau ni pun" rungut Ayla. Buat malu jer, dahlah dia tengah pakai baju sekolah.
"Jadi dia ni suami kau lah?" Tanya Ayla sambil menunjuk ke arah Luth yang duduk bersebelahan dengan Ayla. Ayla dan Siti duduk bertentangan.
Ayla mengganggukkan kepalanya.
"Patutlah, tu yang aku duk fikir selama ni. Kau kata kau balik 'abang ambil' tapi setahu aku kau tak ada abang" kata Siti. Ayla tersengih.
"Kau marah tak?" Tanya Ayla.
"Tak. Aku terkejut jer. Awalnya kau jadi isteri orang. Kau happy tak kahwin ni?" Tanya Siti. Luth menjongketkan kening. Apa ingat Luth dera kawan dia ni ke?
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...