Amran yang melihat Ayla yang sedang merenung jam itu menghela nafas perlahan.
"Hey" sapanya. Ayla hanya tersenyum.
"Suami kau tak datang lagi ke?" Tanya Amran ragu-ragu. Takut menyinggung perasaan Ayla.
"Haah, dia busy kot. Mana lah tahu ada urgent meeting" kata Ayla berprasangka baik.
"Ada ke meeting malam-malam. Ni dah jam 11.50 malam tau" kata Amran. Dia kasihan melihat Ayla.
Wajah yang tadinya gembira kini muram. Bodoh betul suami Ayla ni.
"Aku nak tunggu kejap lagi lah. Kalau dia tak ada juga aku nak balik" kata Ayla sayu.
"Suka hati kau lah. Ni kau tak nak makan dulu ke? Kesian kau dari jam 8 tadi dekat sini. Kau tak makan lagi kan?" Tanya Amran prihatin.
Ayla menggelengkan kepalanya. Ikutkan hati dia tak nak makan tapi...
Perutnya diusap. Senyuman nipis terukir.
"Kalau aku nak makan lamb chop boleh tak? Tapi kalau tak boleh bagi jerlah yang aku order tu" kata Ayla. Tiba-tiba kecur(?) air liur membayangkan rupa makanan itu.
"Kenapa pula tak boleh?" Amran menjongketkan kening.
"Yalah kan dah malam ni, mesti chef kau dah balik" kata Ayla mencebik bibir.
"Kau ni kan. Kau nak tahu tak, aku yang handsome ni lah ketua chef kat sini" bangga Amran. Tangan terus naik memeluk tubuh.
"Ehh, kau kata ni restoran kau?" Tanya Ayla pelik.
"Dulu sebelum restoran ni jadi 'restoran', aku buka kedai kecil saja. Aku lah yang masak. Bila ada rezeki lebih aku buka lah restoran ni" terang Amran.
"Ohh, kiranya kau boss lah ni?" Tanya Ayla tersengih-sengih. Amran mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.
"Memandangkan kau bos, kau dah kaya lah ni kan?" Ayla tersengih nakal.
"Hah, nak membodek lah tu" Amran menjulingkan mata.
"Macam tahu-tahu sajalah kau ni"
"Hah, bagitahu kau nak apa?" Tanya Amran malas.
"Nanti hari-hari aku datang sini, aku nak makan free" Ayla bertanya teruja.
"Woii, bankrup aku kalau macam tu" Amran menggelengkan kepala.
"Ala kau ni, dengan aku pun kedekut. Kau tak kesiankan aku ke? Aku dahlah tengah pregnant" tanpa sedar Ayla membocorkan rahsia.
"Hah? Kau biar betul ni? Dah berapa bulan weh? Aku nak jadi papa angkat dia nanti" Amran bertanya teruja. Macam Ayla ni isteri dia. Ayla tersenyum nipis melihat keterujaan Amran. Agaknya kalau Luth tahu macam tu tak reaksi dia?
"Bodohlah kau ni, tak pasal-pasal kau tahu dulu sebelum suami aku. Kalau kau nak jadi papa angkat dia kau kena minta izin daddy dia dulu" kata Ayla angkuh.
"Lah suami kau belum tahu ke?" Amran terkejut.
"Tak, aku pun baru tahu pagi tadi. Tak sempat nak pergi klinik" Ayla mengusap perutnya perlahan.
"Ehh dah pukul 12 ni. Aku masakkan untuk kau dulu ehh, kesian baby aku" Amran ketawa suka. Tiba-tiba Ayla merasa sayu.
'Abang betul-betul tak pedulikan Umai'.
Ayla cuba menghubungi Luth tetapi tidak disambut. Atau lebih tepat lagi ditolak.
"Lamb chop dah sampai" Kata Amran ceria.
Dengan mata yang bersinar Ayla menggosok tangan. Tak sabar nak makan lamb chop.
Makanan itu dihidu terlebih dahulu. Sedapnya bau.
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...