Hi readers, semoga yang baca cerita sy ni baik hati nak vote cinggg✨
.
.
.
Luth Uwais duduk di cafe itu sambil membelek-belek cincin nikah di jari manisnya. Dalam fikirannya saat ni penuh dengan Ayla Humairah, isteri budaknya itu. Luth menggelengkan kepalanya. Nafas dihela perlahan.
"You, sorry lambat. I teruja sangat bila dapat chat yang you nak jumpa I kat sini, tak sangka yang you still ingat favourite drink I" kata Sarah lalu terus menghirup jus oren di depannya itu. Luth hanya memandangnya tanpa riak.
"Oh ya kenapa you nak jumpa I ni?" Tanya Sarah.
"Kau anggap aku sebagai apa sebenarnya? Kawan or something special?" duga Luth. Sarah sudah terkedu. Perlu kah dia jujur? Atau terus berpura-pura?
"Jujur dengan aku Sarah" kata Luth lagi.
"I still love you. I'm sorry" jujur Sarah. Muka ditundukkan ke meja. Luth menghela nafas perlahan.
"Aku tak sangka kau tipu aku selama ni. Kalau aku tahu kau masih simpan perasaan bodoh kau tu terhadap aku, aku tak akan setuju nak berkawan dengan kau" kata Luth tegas. Geram kerana ditipu. Sarah bingkas mengangkat mukanya.
Tangan Luth di atas meja dicapai.
"I tahu I pernah buat salah pada you. Tapi tak boleh ke you bagi I peluang? I nak kita balik macam dulu" Rayu Sarah. Luth menarik tangannya dari genggaman Sarah. Dicerlungkan matanya ke arah Sarah.
"Kalau sebelum aku kahwin kau tanya mungkin aku akan pertimbangkan" Sarah terus mengangkat kepalanya.
"Tapi aku rasa aku tak akan terima kau balik. Aku tak pernah lupakan apa yang kau dah buat kat aku" Luah Luth.
"But you dah maafkan I kan? Why not you terima I jadi girlfriend you balik? Tak akan lah sebab kesilapan kecil tu you tak boleh nak terima I?" rayu Sarah. Luth tersenyum sinis. Kecil ke kesilapan dia tu? Kalau kecil aku tak akan jadi macam ni.
"Kau bodoh ke apa? Kecil kau cakap? You slept with other men behind my back, Sarah! And someone died because of you!" tengking Luth. Beberapa orang pengunjung kafe melihat ke arah mereka. Sarah mengetap bibirnya. Tak payahlah jerit.
"Masa aku cintakan kau, kau buat aku macam apa Sarah? Kau buat aku macam tunggul. Curang belakang aku. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Aku jer bodoh sebab percaya dan still nak kan perempuan macam kau. Dan aku betul-betul tak boleh terima yang kau sanggup jual badan kat lelaki, disgusting" sinis Luth.
Dia memang sudah maafkan Sarah, tetapi dia tidak pernah lupakan perbuatan gadis itu. Bayangkan orang yang betul-betul kau cinta, sayang separuh nyawa curang kat belakang kau.
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomansaSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...