Dua minggu berlalu tapi hubungan Ayla dan Luth masih dingin. Luth yang tak habis-habis memohon maaf dan Ayla yang tak habis-habis mengelak dari Luth.
"Sayang" Luth mengangkat kepalanya. Serta merta marah menguasai diri.
"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Luth kasar. Sarah yang pelik melihat kelakuan Luth cuba menghiraukan pertanyaan Luth. Dengan selamba dilabuhkan duduknya di peha Luth.
"Apa you ni kasar-kasar" tanya Sarah lembut. Diusapnya pipi Luth.
"Sarah, mana you dapat gambar tu?" Tanya Luth cuba bersabar. Sarah meneguk liur.
"Gambar mana?"
"Gambar mesra Ayla yang you bagi dekat I"
"I nampaklah. You ingatkan I ada fly ke sana dulu, I nampaklah dia masuk hotel dengan lelaki berkot tu" jujur Sarah.
"Gambar yang lain, mana you dapat?" Luth sudah tahu kebenaran dalam gambar itu, tapi gambar yang lain.
"I jalan-jalan, kebetulan I terserempak. Jadi I ambillah gambar tu senyap-senyap" tipu Sarah. Mana lah dia tahu gambar siapa, kan photoshop tu.
"Gambar atas katil tu pula? You ikut mereka masuk bilik tu, lepas tu ambil gambar mereka? Macam tu?" Duga Luth tersenyum sinis.
Sarah terdiam. Habislah!
"You tak percayakan I ke? You ni, asal lepas jumpa budak tu mesti nak fikir yang bukan-bukan pasal I. I cuma nak tolong you dari tertipu" dalih Sarah. Belum apa-apa Luth dah tahu.
"Dahlah I nak pergi pantry kejap, you sejukkan diri you dulu" kata Sarah. Ditinggalkan beg tangannya di meja itu. Luth memicit kening tak percaya.
"I cakap buatkan air milo kan?! Apa yang you tak dengar ni?! Benda senang pun tak tahu buat ke?!"
Ayla mengerutkan kening. Siapa yang melolong tengahari buta ni? Kaki di angkat ke arah pantry.
"I ni bakal jadi bos korang juga tahu. Yang korang susah sangat nak dengar arahan aku kenapa?!" Ayla mengerutkan kening.
Dengan langkah elegan dia melangkah masuk ke dalam pantry.
"Buat milo saja pun, senangkan. Habis kenapa tak buat sendiri?" Sampuk Ayla. Pekerja disitu sudah menundukkan kepalanya.
"Susah ke nak buat? Takpa biar saya buatkan" Ayla melangkah mendekati kaunter itu.
"Takpa miss, biar kami buat" tegah pekerja disitu. Tetapi pantas Ayla menghalang.
"Ala senang saja ni, buka paket ni tuang dalam gelas, lepas tu bubuh air lah" Ayla tersenyum sinis. Sarah hanya memandang hairan ke arah perlakuan Ayla.
"Miss air panas yang colour merah" kata pekerja itu apabila melihat Ayla mengisi air sejuk ke dalam gelas itu.
Ayla tersenyum manis melihat pekerja itu sebelum berpaling ke arah Sarah. Senyuman sinis diukir.
"Nah" selamba disimbanya air milo itu ke muka Sarah. Beberapa orang pekerja yang turut berada disitu terkejut. Ada yang tergelak suka.
"Sedap? Ke nak lagi? Yelah tak panaskan milo tu?" Sindir Ayla. Tisu ditarik lalu dilapkan pada tangannya yang terkena milo.
"What are you doing!" Jerit Sarah. Habis basah, melekit.
"No, what are you doing?" Tanya Ayla kembali. Sesuka hati mengarah pekerja dekat sini macam ni office bapak dia.
"Argh!! I akan bagi tahu Luth apa yang you dah buat" jerit Sarah geram.
"Pergilah" kata Ayla tenang.
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
Roman d'amourSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...