Sarah tersenyum sinis melihat gambar-gambar mesra milik Ayla dan lelaki lain itu. Setakat gambar macam ni apa sangatlah. Photoshop kan ada.
Diangkat sekeping gambar Ayla yang berada di lobi hotel bersama lelaki berkot itu. Gambar itu ditangkapnya ketika dia melihat Ayla keluar masuk ke dalam lobi hotel bersama lelaki itu. Dan dari situlah dia mendapat idea untuk menyunting gambar mesra yang lain.Spontan bibir menyungging senyuman sinis.
"Setakat perempuan macam kau ni, aku kenal sangatlah. Lagi-lagi berjauhan dengan suami. Tapi, boleh tahan juga kau kan dapat angkut lelaki hensem masuk hotel?" Sarah menconteng-conteng muka Ayla di gambar itu. Nasib baiklah dia mempunyai penerbangan ke kota itu.
Mindanya melayang memikirkan Luth. Mesti Luth bergaduh besar dengan dia kan? Yelah lelaki tu kan pantang ditipu. Sarah kenal sangat dengan kelemahan lelaki itu. Hanya kerana takut tertipu dalam percintaan lagi dia berhati-hati dalam semua perkara. Tapi Luth masih bodoh. Bodoh percayakan dia, sama macam 4 tahun lepas.
"Aku akan pastikan aku dapat hak aku balik. Tak ada siapa yang boleh halang aku" kata Sarah persis psiko.
From: Luth
Malam ni jumpa dekat tempat kita melepak dulu.
Dengan senyuman lebar Sarah membuka pintu almarinya. Dress paras peha dibelek. Nak pakai yang mana ya?
Dress berwarna merah yang terlalu singkat dan nipis itu dipilih.
"Biar kau jatuh tengok aku"
Luth tiba ke dalam club malam itu. Matanya jatuh memandang ke arah seorang perempuan berpakaian gaun merah. Sangat jarang di penglihatan matanya. Dengan selamba dia duduk di hadapan Sarah. Minuman keras ditegukkannya rakus.
"You okay?" Tanya Sarah menggoda. Luth menggelengkan kepalanya.
"Ceritalah, I dengar" pujuk Sarah.
"Betullah apa yang kau cakap sebelum ni. Dia terlalu mentah untuk jadi isteri aku" adu Luth. Sarah berpindah ke sebelah Luth.
Tangan hinggap di peha Luth. Dielus-elusnya perlahan.
"Kan I dah cakap. Tapi you tak nak dengar"
Luth menunduk.
"Aku tak sangka yang dia tak nak mengandungkan anak aku" Sayu Luth berkata. Sarah menjongketkan kening.
"Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri dia berpeluk dengan lelaki di lobi hotel tu. Hotel tempat aku menginap tu. Sebab tu lah aku balik terus. Aku tak tahulah apa lagi yang tak cukup sampai dia buat macam tu" sedih kembali menjengah diri apabila teringatkan hal selepas dia memaksa Ayla supaya menidurinya buat kali kedua itu.
Ayla yang berdiri menunggu tiba-tiba sahaja memeluk lelaki yang keluar dari kereta itu. Masih jelas di matanya adegan Ayla ketika itu. Berlari dari suami ke dalam pelukan lelaki lain.
"You patut tanya dia, mana lah tahu kejadian sebenar bukan macam tu" kata Sarah berpura-pura baik.
"Tak aku dah tak percaya. Masa aku datang pun dia memang bergelak ketawa dengan lelaki lain. Aku kecewa. Aku dah sayangkan dia tapi dia buat aku macam ni" air mata jantan Luth jatuh mengalir ke pipi.
Sarah sempat mengetap bibirnya sebelum memeluk Luth. Luth nampak betul-betul dah cintakan budak mentah tu.
"It's okay Luth. You ada I, kalau dia curang you pun boleh curang. I sanggup buat apa saja untuk tolong you" kata Sarah menenangkan Luth.

ANDA SEDANG MEMBACA
PILIHAN HATI
Storie d'amoreSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...