PH 50 - Kebenaran

8K 220 21
                                    

Luth memandang persekitaran rumahnya itu. Tiada kelibat Ayla. Gambar-gambar di atas rumput di ambilnya. Mukanya merah padam. Mesti Ayla salah faham. Pantas dia masuk ke dalam rumah.

"Umai, sayang!" Panggilnya namun tidak bersahut. Beg tangan berwarna hitam berada di atas lantai dilihatnya dengan geram. Semasa dia sampai tadi pun dia melihat kereta Sarah masih berparkir di luar.

"Sarah!" Jeritnya. Langkah diatur ke atas. Bilik tidur mereka menjadi tumpuan.

"Sayang? Sayang dekat dalam ke?"

Cepat-cepat dia membuka pintu almari. Pakaian Ayla masih ada. Tetapi di mana Ayla?

Tanpa berlengah dia turun ke bawah. Mana isterinya? Perasaan risau mulai menyapa diri.

Dia menaiki keretanya dan meronda-ronda di sekitar rumahnya.
Nombor Ayla juga tidak putus-putus di dialnya.

"Sayang dekat mana?" Rintihnya perlahan. Kereta di pandu balik ke rumah. Manalah tahu Ayla sudah pulang.

Apabila dia tiba, dia melihat lampu sudah terpasang. Ayla!

Baru sahaja dia membuka pintu telefonnya berdering.

'Budak kesayangan'

"Sayang?"

"Hello, ni Amran. Ayla dekat hospital" kata Amran berterus terang.

"Macam mana kau boleh ada dengan dia? Kau buat apa dekat bini aku?" Sergah Luth tidak senang apabila ada lelaki lain yang mengangkat panggilannya.

"Kau nak gaduh ke nak tahu pasal Ayla ni?" Tanya Amran malas. Dia dah baik hati nak call 'suami' Ayla boleh pula Luth nak tuduh-tuduh dia.

"Isteri aku mana? Macam mana keadaan dia? Dia okay tak? Baby?" Tanya Luth serba tak kena.

"Baby aku okay, yang tak okaynya Ayla. Dia koma, kau datanglah sini. Tanya doktor sendiri kenapa dengan dia" jawab Amran malas.

"Tu baby aku lah. Kau pehal nak mengaku anak aku anak kau?! Hospital mana tu?" Tanya Luth kalut.  Cepat-cepat dia menyarung selipar dan memandu ke hospital tempat Ayla di masukkan.

              Setibanya dia di hospital itu, kelihatan Amran sedang duduk di ruang menunggu.

"Isteri aku, mana dia?" Tanya Luth kalut.

"Dalam tu, kau boleh relaks tak? Aku elok jer duduk relaks" marah Amran apabila melihat Luth yang ke hulu ke hilir di depan pintu bilik wad Ayla.

"Tu bini aku memanglah aku tak relaks, bodoh!" Tengking Luth panas. Dia tak tahu ke yang aku tengah risau?

"Kau cakap terima kasih pun tak, kau boleh bodohkan aku? Baik aku tak call kau tadi" sinis Amran. Meluat dengan Luth.

"Thanks. By the way, macam mana kau boleh jumpa isteri aku?" Tanya Luth kasar.

"Aku nak hantar lamb chop kat rumah kau. Ayla order. Tapi sampai-sampai jer dia dah terbaring atas tanah tu. Boleh tahan kau kan? Ada bini tapi macam tak ada bini?" Sindir Amran. Dia bukan buta untuk melihat gambar yang bertaburan di tanah.

Luth meraup wajahnya. Menyesal!

Tiba-tiba beberapa orang doktor dan nurse berkejaran kedalam bilik wad itu. Luth sempat mengintai ke dalam.

Dada Ayla yang berombak-ombak seakan tidak cukup nafas. Luth risau. Isteri dia!

"Ayla overdose dadah" kata Amran perlahan. Dia bagaikan tidak percaya yang Ayla mengambil benda itu.

"Hah?! Kau biar betul?" Terkejut Luth.  Serta merta wajah Sarah menjengah di fikirannya.

"Dokter cakap dia kena serangan SCA tu. Kau tahu tak dia sakit? Lepastu lagi memburukkan keadaan bila dadah dalam badan dia terlampau banyak, overdose dan masa sampai hospital tadi pun doktor cakap oksigen tak sampai kat kepala dah, aku pun tak tahulah nak terangkan macam mana. Tu yang dokter cakap tadi. Baby kau okay tapi lemah, sebab terkena hentakan. Mungkin Ayla ada jatuh kot tadi" terang Amran. Kasihan pula dia melihat Luth. Terkejut juga bila dia sampai tadi, Ayla sedang terbaring di atas tanah.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now