PH 1 - Nikah

18.6K 338 10
                                    

Luth POV~

Aku memandang ke arah cermin buat ke sekian kalinya. Aku yang hensem memakai baju melayu berwarna putih. Pakaian nikah aku dengan budak tak cukup umur tu.

Yer hari ni lah kami nikah, siapa sangka sebulan dari tu kami nikah.

Pada awalnya aku rasa terpaksa nak terima perkahwinan ni, tapi selepas melihat wajah Ayla Humairah haritu, dengan mulut dia yang pot pet pot pet, buat aku terpaut. Sikit jer tak banyak.

Eleh bukan terpaut sangat pun. Cuma tercabar dengan dia. Ada ke patut dia cakap tak kenal aku, aku ni dahlah hensem, ada duit tapi tak kaya. Bolehlah nak tampung makan si budak sekolah tu.

Tok tok!!

Pintu di ketuk. Kelihatan mama masuk sambil tersenyum.

"Hensemnya anak mama" puji mama. Eleh aku taulah aku hensem kalau tak, tak adanya orang komen² kat ig aku. Banyak juga yang cakap sedih pujaan hati dah nak kawin. Tak lupa juga yang tanya siapa yang bertuah kawin dengan aku.

"Hmm" balasku sambil tersenyum melihat mama. Entah kenapa mama terlihat gembira dari kebiasaannya.

"Mama minta maaf sebab paksa Luth kahwin. Dan mama berterima kasih sangat sebab Luth sudi terima pilihan mama" ucap mama sayu. Sedikit sebanyak aku turut sayu mendengar ucapan mama. Aku terus memegang tangan mama.

"Mama tak perlu minta maaf. Luth cuba terima Ayla tapi Luth tak janji yang dia akan bahagia dengan Luth, Luth tak cintakan Ayla" ucap Luth dingin.

"Mama minta tolong dengan Luth jangan sakitkan Ayla, Ayla masih muda dan cubalah cintakan Ayla. Mama tahu Ayla boleh bahagiakan Luth"ucap mama lalu memelukku.

End POV~







"Ayla jom keluar. Pengantin lelaki dah sampai" ajak Datin Alina.

Ayla terus berdiri mengikut mamanya.

Sesampainya di pelamin, tak semena-mena Ayla dan Luth berpandangan. Dengan cepat Ayla melarikan pandangan ke arah lain. Malu!

"Aku terima nikahnya Ayla Humairah binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM999.99 tunai"

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Datin Alina terus memeluk Ayla.

"Ayla Humairah anak kesayangan mama. Ayla dah jadi seorang isteri. Ayla jangan lawan cakap suami dan kena patuh pada suami selagi tak bertentangan dengan agama ya?" Ucap Datin Alina sebak.

"Ya ibu. Terima kasih" ucap Ayla menahan tangis.

"Dah suami kamu nak sarung cincin" kata Datin Alina tatkala melihat Luth datang menghampiri.

"Assalamualaikum" Luth memberi salam lalu mengambil cincin untuk di sarungkan ke tangan Ayla.

"Wa... Waalaikumsalam abang ehh awak" jawab Ayla tergagap. Luth tersenyum mendengar Ayla memanggilnya 'abang'.

Terketar-ketar Ayla menyalam tangan Luth. Yelah berdebar pertama kali bersentuhan dengan lelaki yang bergelar suami katakan.

Sebaik sahaja Ayla mengangkat kepala dari mencium tangan Luth terasa pula ciuman syahdu seorang Luth Uwais di kepala Ayla Humairah.

"Lepas ni kau kena panggil aku abang" arah Luth.

Ayla terus memandang Luth.

"Dah-dah lah tu pengantin baru, malam ni sambung dalam bilik yer" gurau Datuk Ahmad.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now