Ayla memandang ke sekeliling KLIA itu, kalau-kalau Luth muncul berjumpa dengannya buat kali terakhir.
"Ayla, tunggu siapa? Kita dah lambat ni" Tanya Datin Alina. Dari tadi pengumuman penerbangan mereka kedengaran.
Ayla hanya diam memandang telefonnya.
Pesanan terakhir yang dihantarnya pada Luth direnung.
To: Abang Sayang❤️
Umai nak dengar abang minta maaf. Umai tunggu abang datang ambil Umai bawa balik.
Namun satu balasan tidak diterimanya. Titik berkembar yang berwarna biru di mesej itu menandakan Luth sudah membacanya. Tapi kenapa Luth tak balas?
'Abang memang tak ada sikit pun rasa cinta pada sayangkan?'
Ting!!
Pantas Ayla melihat WhatsApp itu.
From: Amran monyet🙈
Ayla!
Http://Link
Ayla hanya melihat pesanan itu. Link yang dihantar Amran hanya dilihat tanpa rasa ingin tahu. Dia cuma menunggu khabar dari Luth bukan orang lain. Pantas telefonnya ditutup. Tak penting.
Ayla menghela nafas perlahan. Sesekali dilihatnya pintu utama lapangan terbang itu.
"Jom Ayla" ajak Datin Alina. Datuk Ahmad pula hanya melihat gelagat Ayla. Sebab inilah dia tidak bersetuju dengan keputusan Ayla. Ayla sendiri seakan bingung dengan pilihan sendiri.
"Jom" Ayla tersenyum manis.
'Selamat tinggal kenangan'
Perutnya diusap perlahan. 'Kita mulakan hidup baru ya sayang umi'.
.
.
.
Ayla melihat sekeliling bilik barunya itu. Cukup besar dan menarik untuk dia seorang. Oh dan baby nanti.
Sedang Ayla merehatkan diri di katil itu, pintu biliknya diketuk.
"Miss, saya nak tolong miss kemas barang" kata Kak Mah. Pembantu yang di bawa dari Malaysia itu tersengih-sengih melihat Ayla. Lama dia tidak melihat Missnya ini.
"Masuklah, Ayla nak tidur kejap. Kak Mah jangan bising tahu" pesan Ayla.
Kak Mah mengangkat tangan dan membuat tanda 'ok'.
Sedang Ayla tertidur tiba-tiba dia merasakan seseorang sedang mengusap kepalanya kemudian perutnya itu.
"Kak Mah jangan kacau" kata Ayla.
"Sayang" sayup-sayup kedengaran suara yang cukup dia kenali. Bau maskulin yang menjadi kegemarannya juga dapat dihidu dengan jelas.
Pantas matanya dibuka.
"Abang!" Ayla terjerit terkejut. Bila pula Luth ikut dia ke sini?

ANDA SEDANG MEMBACA
PILIHAN HATI
RomantizmSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...