PH 8 - Sarah

12.2K 238 16
                                        

Luth Uwais keluar dari lapangan terbang sambil bergelak ketawa mendengar celoteh rakan sekerjanya. Seperti kebiasaannya, mereka akan singgah makan sebelum beredar pulang ke rumah masing-masing.  Boleh dikatakan yang mereka berlima itu yang paling rapat di situ. Hanya Luth yang bekerja sebagai pilot. Yang lain pula pramugari dan pramugara. 

Luth melihat jam di tangannya. 'Pukul 3 petang. Mesti Umai dah sampai rumah'.

"Aku tak join kot. aku nak balik" jujur Luth. 

"Kenapa? Bukannya you ada wife yang tunggu kat rumah pun kan?" kata Sarah sambil tergelak kecil. 

"Haa ni yang kau tak tahu Sarah. Mr. Luth kita ni dah ada Mrs. Luth. Jadi dia tak dapat join kita sebab nak lepas rindu kat bini dia lah tu" terang Kamal. 

Sarah dan dua orang lagi rakan mereka membuat riak terkejut. 

"Weh biar betul Luth? I tak percaya lah" kata Adira. 

"Haah. Kalau betul you dah kahwin mesti you jemput kitorang kan? Takkanlah you tak ingat kitorang kot. Lagi-lagi Sarah ni" Tambah Ella. 

"Betullah tu. Hari tu aku nikah jer. Majlis kenduri tak buat lagi" kata Luth mengiyakan kata-kata Kamal. Sarah yang mendengar membulatkan mata tidak percaya. Ella dan Adira terus memandang Sarah. 

"Siapa yang jadi isteri you ni?" tanya Sarah sambil tersenyum kelat. Baru sahaja Luth hendak menjawab terdengar suara yang dirindukannya sepanjang dia berada di Dubai. 

"Abang!" Jerit Ayla manja.

Kelima-lima mereka terus  menoleh kearah suara itu. Luth yang melihat gerangan Ayla terus mendepakan tangannya apabila melihat Ayla berlari-lari anak ke arahnya. 

"Abang" kata Ayla tatkala dia masuk ke dalam pelukan Luth. 

"Miss you sayang" bisik Luth lembut lalu mengucup tepi kepala Ayla. Ayla mencapai tangan Luth lalu disalamnya tertib. 

"Hadiah Umai mana?" tanya Ayla teruja.

"Ada. Kat rumah abang bagi" kata Luth lalu mencuit hidung Ayla. 

Uhuk! Uhuk! 

"Alamak lupa pula" kata Luth sebelum menarik Ayla rapat ke sisinya untuk diperkenalkan kepada rakannya. 

"Ingatkan nak teruskan memadu asmara dekat airport ni" sindir Kamal nakal. 

Sarah, Ella dan Adira terus memandang ke arah Kamal. "Luth adik you ke ni? I tak tahu pun you ada adik selain.." belum sempat Sarah menghabiskan ayatnya Luth mencela. 

"Ni lah orang yang korang duk cerita tadi" kata Luth. 

"Haa?!" terjerit Ella dan Adira. Biar betul? 

Dilihatnya penampilan Ayla yang berbaju kurung sekolah menengah. Dengan beg sekolah masih disandang. Sangat kebudak-budakkan di mata mereka. 

"Kenalkan ni isteri kesayangan aku, Ayla Humairah. Sayang ni kawan-kawan sekerja abang. Sarah, Ella, Adira dan Kamal yang datang majlis kita hari tu ingatkan?" Kata Luth. "Ingat" jawab Ayla malu-malu. Dilihatnya kawan-kawan Luth satu persatu. Dapat dirasakan pandangan yang kurang enak dari mereka tetapi dia tidak menghiraukannya. 

Tak sangka yang Luth akan kenalkan dia sebagai isteri kepada kawan-kawannya. Disangkanya Luth akan malu kerana beristerikan dia yang masih sekolah. Dilihatnya baju sekolah yang tersarung dibadannya. Manakan tidak habis sahaja waktu sekolah dia terus mrngambil teksi untuk menjemput Luth di lapangan terbang ini.  Ayla mendongak memandang Luth. 

"Okaylah, aku gerak dululah" kata Luth sambil menarik tangan Ayla. 

"You, kalau kita pergi makan dulu tak boleh ke? Ajaklah isteri you sekali" kata Sarah sambil tersenyum, mata pula bergerak ke arah Ayla. 

PILIHAN HATI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang