PH 34 - Gambar

6.6K 203 40
                                    

Luth memandang Ayla yang berdiam diri di sebelahnya itu. Dari dia masuk ke dalam kerwta itu selepas membeli bahan basah itu dia sudah aneh melihat riak wajah Ayla.

"Sayang, you okay?" Tanya Luth prihatin. Tangannya memegang paha Ayla lembut.

Ayla berpaling ke arah Luth. Luth tersenyum manis melihat wajah Ayla itu.

"Abang do you have something to tell me? Or maybe something you wanna ask?" Tanya Ayla serius. Luth mengerutkan kening. Ada ke?

"Takda lah sayang, kenapa?"

"Takdalah" Ayla mengalihkan pahanya sedikit. Spontan pegangan Luth dipahanya jatuh.

Luth hanya membiarkan walhal dia tertanya kenapa Ayla tiba-tiba macam... lain?

Setibanya mereka di rumah mereka itu, Ayla terus menonong masuk ke dalam rumah. Dibiarkan Luth mengangkat barang-barang mereka.

"Kenapa Umai ni?" Kata Luth perlahan sambil melihat belakang badan Ayla yang sudah menghilang ke dalam rumah. Luth hanya bersangka baik. Mungkin penat sangat kut.

Usai siap memasak sup ayam buat Ayla, Luth naik ke atas. Sudah lama dia berada di bawah ini namun belum ada tanda-tanda Ayla hendak turun.

Masuk sahaja ke dalam bilik, matanya jatuh ke arah Ayla yang sedang berbungkus selimut itu. Pantas Luth mendekati Ayla. Muka Ayla sedikit sembab.

"Sayang, bangun" kejut Luth. Perlahan-lahan Ayla membuka mata sebelum membelakangi Luth.

Luth duduk di tepi Ayla. Dikuatkan hati untuk melayan karenah Ayla ini.

"Tak baiklah tidur dengan rambut basah ni. Nanti masuk angin. Tengok baju pun nipis sangat ni yang" tegur Luth. Dengan terpaksa Ayla bangun. Dijelingnya Luth sebelum berjalan ke penyidai tuala. Diambil dan selamba dihulurkan kepada Luth. Tersenyum melihat Ayla.

"Duduk sini dulu" kata Luth sebelum berlalu mengambil sehelai t-shirt dan skirt labuh milik Ayla. Selalu orang berpantang pakai kain sarung kan, tapi sehelai pun tak ada kat rumah ni. Hentam sajalah pakai skirt.

Ayla hanya memandang kelakuan Luth. Apabila Luth bertindak hendak mencapai hujung lingerie yang dipakai Ayla, Ayla terus menahan.

"Buang tebiat ke abang?!" Terkejut Ayla.

"Buang tebiat apanya, abang nak tukarkan baju sayang ni" kata Luth sambil menggelengkan kepalanya. Kuning sangat pemikiran budak ni ish ish ish.

"Orang buat sendirilah" tegah Ayla. Namun dihalang oleh Luth.

"Tak baik tahu bantah arahan suami"

Ayla mencebik. Dibiarkan Luth membuka dan memakaikannya baju. Wajah jangan cakaplah, merah macam tomato, dahlah dia tak pakai bra.

"Angkat kaki" arah Luth yang sedang melutut dilantai itu. Ditahan sahaja perasaan malunya.

Kemudian Luth menarik Ayla supaya duduk di pahanya. Rambut Ayla dikeringkan. Sempat dia mencium bahu Ayla sekilas.

"Rindunya abang nak buat macam ni" aduh Luth.

'Sayang pun rindu'

"Rindulah sangat. Orang call bukan dia angkat pun" rungut Ayla. Hati kata lain, mulut kata lain.

"Sorry sayang. Abang tak bermaksud.."

"Tak payahlah abang. Selalu sangat Ayla dengar abang cakap sorry" Ayla tersenyum nipis. Mudahkan, lepas buat salah minta maaf, lepas tu buat lagi.

Luth terkedu. Umai?

"Sayang, abang betul-betul minta maaf" ucap Luth kesal. Tangan semakin perlahan membuat kerja.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now