"Amzah..." Amsyar menepuk lembut bahu Amzah untuk bangun daripada tidurnya. Geli hati melihat tubuh kecil Amzah yang masih elok berselimut. Comel.
Sepasang kelopak mata milik Amzah berkedip perlahan. "Hm..." Tangan naik menggosok mata apabila wajah Amsyar menghiasi pagi subuhnya.
"Hari ini kan anak ayah school, jom kita siap." Ujar Amsyar lembut. Rambut Amzah yang halus seperti sutera itu dialih perlahan daripada menutup dahi anak kesayangannya. Putih mulus wajahnya mirip dengan wajah anggun Amalia.
"Hm, okay..." Tanpa dipaksa, Amzah sendiri bangun. Walaupun mata masih dikantung ngantuk, belum sedar sepenuhnya.
"Mana ibu?" Sepasang tangan kecil Amzah naik ke atas, menunggu ayahnya untuk mengambil. Amsyar mendukung tubuh kecil Amzah dengan lengan kirinya kukuh melingkari tubuh kecil yang masih mengantuk. Kepala Amzah tersandar pada bahu Amsyar.
"Ibu tengah mandi, sayang. Hari ini kan hari jadi ibu, Amzah balik school kita sambut birthday ibu, okay?" Jelas Amsyar. Kaki melangkah ke bilik air untuk mandikan anak lelakinya.
Memang sengaja Amsyar dan Amalia ambil cuti hari ini untuk sambut hari jadi Amalia bersama dengan ahli keluarga yang lain.
"Okay, Amjah tak sabar nak sambut hari jadi ibu!" Terus laju semangat Amzah meningkat apabila mendengar yang mereka akan sambut hari jadi ibu hari ini. Suka sangat!
"Shh, mana boleh ibu dengar." Jari telunjuk melekap pada bibir Amsyar. Tanda untuk senyap.
Bulat mata Amzah apabila perasan suaranya naik tinggi sebentar tadi. Laju Amzah ikut pergerakan Amsyar. Jari telunjuk Amzah yang kenit naik melekap pada bibirnya.
"Ops!"
Terkekek kecil Amsyar melihat telatah anaknya. Geram. Comel.
"Amjah nak buat ibu happy hari ni!" Suara separa berbisik namun masih terdengar teruja.
"Kenapa nak buat ibu happy?" Sengaja Amsyar bertanya. Selesai sahaja dia mandikan Amzah. Tubuh Amzah yang masih basah dengan manik-manik air dilap lembut.
"Cebab Amjah sayang ibu!"
"Iya? Amzah sayang ibu banyak mana?" Butang baju sekolah Amzah dipasang satu per satu. Amzah membuka depa tangannya sebesar yang mungkin. Kepala ditongkat melihat ke atas.
"Banyak ini!"
"Jadi kalau sayang ibu, kena buat apa?"
"Amjah kena jaga ibu! Kena cium ibu! Kena dengar cakap ibu!" Terulit senyuman pada Amsyar. Hampir setiap hari dia selalu ulang benda yang sama pada anaknya. Kena dididik dari kecil. Baru mereka tahu erti menghargai.
"Good boy, anak ayah." Rambut Amzah yang sudah kering disikat kemas.
"Okay, done! Hensemnya anak ayah. Hensem macam?" Amsyar tarik tubuh kecil Amzah untuk kembali mendukung.
"Hencem macam ayah!" Tersengih Amsyar mendengar jawapan anak lelakinya. Tapak tangan kekar Amsyar dibuka untuk menerima high five daripada Amzah. Sempat juga Amsyar mengucup pipi gebu.
Kaki Amsyar melangkah ke bilik mereka. Pintu dibuka dan pandangan dihiasi dengan Amalia yang sedang mengatur tudungnya di hadapan cermin.
Pandangan Amalia dialih pada pintu yang dibuka. Lantas naik senyuman manisnya melihat Amsyar yang sedang mendukung tubuh kecil Amzah. Langkah dibuka mendekati mereka.
"Good morning, ibu!" Amzah mendepa tangannya untuk menerima pelukan daripada ibu tercinta.
"Morning, anak ibu! Comelnya dia!" Ucap Amalia selepas melepaskan diri daripada pelukan Amzah yang didukung pada lengan Amsyar. Pinggangnya kini juga dilingkari dengan tangan milik suaminya. Sempat Amsyar mengucup pipi mulus isterinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Light Of My life [C]
Roman d'amour[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...
![Light Of My life [C]](https://img.wattpad.com/cover/280888641-64-k306583.jpg)