"Hannah? Kau nak pergi mana pagi-pagi ni? Matahari pun tak terbit lagi"
"Aku nak pergi world art event lah. Kena gerak awal kalau tak nanti jalan sesak, mati aku"
Ernie hanya memerhati gelagat rakan baiknya ini. Gelabah betul...padahal jam baru pukul enam setengah pagi.
"Kau sampai nanti, pintu dewan pameran tu tak buka lagi Hannah Sufiya. Cuba bertenang sikit, tak rilek betul" Ernie menggelengkan kepalanya.
Tahu la dia dengan perangai seorang Hannah Sufiya ini. Pantang sebut tentang pameran lukisan, pasti dia lah yang paling teruja.
"Kau apa tahu, bukannya aku seorang yang pergi sana. Beratus manusia yang datang tau" kata Hannah. Dia masih menghadap cermin sambil membetulkan tudungnya.
Satu pin kerongsang diambil dan dilekatkan atas bahu kirinya. Bajunya dirapikan sedikit sebelum tangannya mencapai kunci kereta dan beg galas miliknya.
"Yalah... Ni, bawa kereta tu elok-elok sikit. Jangan excited sangat. Nanti tak pasal-pasal aku kena ambil kau dekat hospital macam dulu"
Hannah menggulingkan bola matanya. Tak suka betul dia bila perkara yang memalukan begini diungkit.
"Tak apa, lepas ni kalau aku accident lagi... kau tak payah ambil aku dekat hospital dah. Kita jumpa dekat neraka je nanti" kata Hannah sinis sebelum berlari ke luar dari rumahnya.
Rumah yang didiami bersama Ernie sejak lima tahun yang lalu. Disebabkan dirinya yang suka hidup berdikari, dia hidup bersendirian sejak habis zaman persekolahan.
"Hannah! Kurang asam betul kau! Ingat aku tak ada pahala ke?!" pekik Ernie dari dalam rumah membuatkan Hannah tertawa.
Gadis itu tersenyum.
Haih la kawan, mujur ada kau... terhibur sikit hati aku.
Kakinya mula melangkah keluar dari kawasan perumah flat yang didudukinya sekarang. Kawasan itu hanya biasa-biasa saja. Tidak terlalu mewah.
Sesuai lah dengan citarasa Hannah Sufiya yang sukakan perkara sederhana.
Pintu kereta dibuka. Hannah menghidupkan enjin keretanya dan menunggu seketika supaya enjin kereta panas.
Tangannya mula memegang stereng dan menepuk stereng itu berkali-kali.
"Kura-kura.... Nasib aku ada kau kan? Mana-mana nak pergi kau yang bawakan aku. Terima kasih. Sayang kau!"
Stereng kereta nya dipeluk erat.
Kereta Myvi yang dihadiahkan kepada Hannah daripada arwah ibunya sebelum pergi meninggalkan dunia.
Kereta itu membawa seribu satu kenangan dalam diri Hannah. Dia menjaga kereta itu dengan sangat baik seperti dia menjaga dirinya sendiri.
"Okay, kau jangan buat hal tau. Aku nak pergi pameran seni harini. So, behave okay?" kata Hannah sambil memuncungkan bibirnya.
Stereng kereta itu ditepuk sekali lagi sebelum bergerak di atas jalan raya.
Radio dipasang bagi menghilangkan kesunyian. Jalan raya masih lagi lengang kerana hari juga masih lagi awal.
Hanya ada beberapa kereta saja di atas jalan raya itu. Lampu jalan juga belum dipadamkan.
"KERLIP BINTANG NUN JAUH DI SANA, SUDAH PASTINYA KU FIKIRKAN DIRIMUU"
"DERU ANGIN BERTIUPAN BERLAGU, INGIN KU SAMPAIKAN RINDUAN DI HATII"
"LAGU CINTA INI UNTUK KAMU, SAMBIL KU TENUNG BULAN MENGHIASI MALAMM"
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...