Bab 57 🦋

19.1K 1.5K 402
                                    

Harraz tersenyum melihat bayi yang berada di dalam dukungannya itu. Tangannya tidak berhenti menepuk punggung si kecil itu.

Mata bulat bayi itu segar terbuka memandang papanya. Harraz mengucup pipi gebu itu berkali-kali. Sesekali bayi itu merengek Harraz akan kembali menepuk punggungnya.

"Sayang papa.... Jangan menangis okay? Kita tak boleh kacau mama. Kesian mama penat...." bicara Harraz pada anaknya yang baru sahaja lahir pada tengah malam semalam.

Harraz terus mendodoi anaknya itu sehinggalah bayi itu tertidur di dalam dukungannya. Harraz tersenyum dan dia meletakkan kembali bayi nya itu di dalam tempat letak bayi bersebelahan dengan katil Hannah.

"Harraz..." panggil gadis itu perlahan. Tanpa Harraz sedar, isterinya telah melihat tingkahnya sejak tadi. Harraz sedikit terkejut. Dia menghampiri isterinya dan duduk di sebelah Hannah membantu gadis itu untuk duduk.

"Kenapa kau tak tidur ni hmm?" soal Harraz perlahan. Dia membetulkan selimut isterinya. Rambut Hannah diselitkan pada belakang telinga.

Hannah tanpa berkata apa-apa terus sahaja menyandarkan kepalanya pada bahu Harraz. Matanya pula melihat bayi mereka. Gadis itu tersenyum.

"Hidung dia mancung macam awak. Bibir dia pun ikut awak" ujar Hannah. Kepalanya mendongak sedikit melihat Harraz.

"Mata dia ikut kau, cantik" ujar Harraz pula. Bibirnya mengucup ubun-ubun Hannah. Tangan  kanannya memeluk pinggang isterinya.

"Raees Sayyed. Aku nak guna nama tu untuk anak kita boleh sweetheart?" soal Harraz perlahan. Dia memandang Hannah dan gadis itu mengangguk setuju.

"Awak kata Ernie dengan Zyad nak datang kan nanti?" soal Hannah. Lelaki itu mengangguk.

"Aniq, Aizat, Rissa pun kata nak datang. Abang Hasif maybe tak datang sebab dia still ada kerja dekat Pahang. Dalam tiga hari macam tu baru dia datang lawat kau" terang Harraz.

Lelaki itu bangun dari katil. Dia melirik ke arah jam tangannya. Sekarang sudah pukul enam setengah pagi. Lelaki itu berjalan masuk ke dalam bilik air yang berada di dalam wad VVIP yang ditempah khas buat isterinya.

Selesai berwuduk, Harraz mengambil sejadah di dalam beg galas hitamnya dan membentangkan sejadah itu mengikut arah kiblat.

Hannah tersenyum. Gadis itu hanya memerhatikan Harraz yang sedang solat itu.

Siapa sangka, lelaki yang dulunya selalu meneguk air haram, tidak pernah solat kini telah berubah menjadi lelaki yang mampu memimpin isterinya ke jalan Allah.

Sejak dia berkahwin ini, dia lebih banyak belajar tentang agama. Boleh dikatakan, hampir setiap hari dia akan mengejutkan Hannah untuk solat tahajjud berjemaah.

Gadis itu gembira melihat perubahan Harraz begitu juga dengan Tengku Akma dan Tengku Hanif. Sejuk hati kedua orang tua Harraz apabila melihat perubahan lelaki itu

Harraz melipat sejadah yang dia gunakan tadi. Sejadah itu diletakkan di atas sofa bersebelahan dengannya. Lelaki itu bangun dan berjalan mendekati isterinya semula.

Dia merebahkan tubuhnya di sebelah Hannah. Lelaki itu baring mengiring. Tangannya naik mengusap lembut rambut isterinya.

"Thank you sweetheart" ujar lelaki itu perlahan. Bibirnya mendarat pada bibir Hannah.

"Thank you for everything. Terima kasih sebab lahirkan anak kita. Terima kasih sebab terima kekurangan aku. Banyak sangat kebaikan yang kau dah buat pada aku and I will never forget that"

Tubir mata Harraz mula bertakung. Hannah hanya tersenyum melihat suaminya yang hampir menangis itu. Pantas saja, tubuh tegap itu didakap kemas.

Mukanya disembamkan pada dada bidang Harraz. Dapat dia dengari degupan jantung Harraz yang cukup laju itu.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now