Bab 26 🦋

14.6K 1.3K 68
                                    

"Kau tak makan kan semalam?" soal Harraz tiba-tiba membuatkan Hannah berhenti menyuap bubur ke dalam mulutnya. Gadis itu memandang Harraz seketika sebelum menyambung aktiviti makannya itu.

"Answer me sweetheart" tegas suara itu namun sekali lagi dihiraukan oleh Hannah.

"Harraz! Apa ni!" bentak Hannah apabila lelaki di hadapannya itu bertindak mengambil mangkuk bubur ayam miliknya. Muka gadis itu jelas sedang menahan perasaan geram dengan tindakan Harraz.

"What? No answer no bubur"

Muka Hannah berubah cemberut. Gadis itu berdecit sebelum merampas mangkuk bubur itu kembali.

"Fine. Saya tak makan semalam" jawab Hannah ringkas. Apabila matanya bertembung dengan Harraz semula dia melihat lelaki itu sedang merenungnya dengan tajam.

"Aku dah pesan kan suruh makan. Kau tu dah la period nanti jadi apa-apa macam mana?" kata Harraz tidak senang. Lelaki itu menjeling Hannah yang sedang menikmati bubur yang dimasak oleh Munirah.

"Saya memang suka menyusahkan awak, lupa ke? Biarlah jadi apa-apa pun. Kenapa? Awak risau ke?" soal Hannah pula.

"Kau memang degil kan sweetheart?"

"Dia memang degil sikit Harraz. Kak Irah dah puas pujuk suruh makan semalam tapi dia tak nak juga. Mungkin nak tunggu Harraz suap dulu agaknya baru nak makan" kata Munirah yang baru sahaja keluar dari dapur membawa dua gelas cawan.

Mata Hannah membulat mendengar apa yang dikatakan oleh Munirah. Harraz pula tersenyum senget apabila Munirah berkata begitu.

"Harraz minum la dulu, Kak Irah nak pergi belakang buat kerja" kata Munirah sebelum berlalu pergi meninggalkan Hannah dan Harraz berdua di meja makan.

"Seriously sweetheart? Kau nak aku suap kau?" kata Harraz dengan nada mengusik membuatkan Hannah berdecit.

"Excuse me? Selagi hayat dikandung badan dan selagi saya ada tangan saya tak perlukan khidmat awak untuk suap saya makan. Tak pernah terfikir pun" bidas Hannah apabila Harraz berkata begitu.

Kata-kata Hannah itu membuatkan Harraz ketawa besar.

"Jangan sombong sweetheart. Who knows one day memang betul-betul aku yang akan suap kau"

Kedua-duanya terdiam setelah tersedar apa yang dikatakan oleh Harraz itu tadi. Harraz berdehem manakala Hannah pula hanya memandang mangkuk buburnya.

Masing-masing tidak berani untuk bertentang mata. Situasi janggal menyerang mereka ketika ini.

"Forget about it. Aku cuma bergurau" kata Harraz memecahkan kesunyian yang melanda mereka.

"Tahu. Lagipun kita kan musuh. Musuh tak akan pernah bersatu"

"Yeah..." balas Harraz ringkas. Perasaan janggal itu masih lagi tersisa. Namun, hatinya agak terasa apabila mendengar perkataan musuh itu.

"Wait... Kau cakap musuh?"

"Hmm. Sebabkan kita dah cakap pasal ni, awak tak ada plan baru ke nak hasut saya untuk jual tanah resort abah dekat Hotel Grand Roses?" soal Hannah membuka topik baru.

"First, let me correct you sweetheart. You and me are not enemies. Second, aku dah malas nak uruskan hal tanah tu sebab aku rasa apa pun yang aku buat, plan aku tetap akan gagal. Jadi semuanya akan membazirkan masa dan tenaga aku" jelas Harraz panjang. Hannah hanya mengangguk mendengar penjelasan Harraz itu.

"Baguslah tu sebab saya memang tak akan jual tanah ni. Tapi kan, kalau awak dah tak nak hasut saya jual tanah ni awak buat apa lagi dekat sini?" soal Hannah lagi. Mangkuk bubur itu ditolak ke tepi dan dia memandang Harraz yang sedang merenungnya.

"Aku just gunakan cuti yang tersisa. Tinggal dalam seminggu je lagi lepastu kau dah tak perlu tengok muka handsome aku ni. You gonna miss me sweetheart, believe me" kata Harraz dengan yakin.

Hannah sudah berdecit menyampah. Sudah lali dengan sikap overconfident  Harraz itu. Lelaki itu terlalu berkeyakinan tinggi! Confident  pun  insecure  dengan diri Harraz.

"Masa untuk fikirkan awak pun belum tentu ada inikan pula nak suruh saya rindu awak? Sangatlah jauh macam langit dan bumi" kata Hannah pula.

Dia bangkit dan menuju ke arah singki. Gadis itu membiarkan Harraz membebel sendirian di meja makan.

Selesai membasuh pinggan, Hannah mengambil sebuah kerusi lalu merapatkan kerusi itu pada kabinet dapur.

Dia memanjat kerusi itu dan membuka kabinet dapur yang berada di atas sekali. Gadis itu sedang mencari sesuatu. Hannah terkapai-kapai mahu mencapai sesuatu yang berada di hujung kabinet itu.

"Kalau tinggi nanti orang kata zirafah tapi masalahnya kalau pendek macam ni la jadinya" keluh Hannah sendirian.

Gadis itu masih lagi cuba untuk mencapai bungkusan itu namun tidak berjaya. Kakinya mula menjengket dan akhirnya tangan Hannah mencapai bungkusan itu.

"ARGHHHH!!!!!"

"Sweetheart!!"

Hannah memejamkan matanya rapat. Difikirannya, dia sudah jatuh terlentang di atas lantai jubin dapur namun sangkaannya meleset.

'Kenapa aku tak jatuh-jatuh lagi ni? Malaikat sambut aku ke?'

"Height problem hmm?" suara itu membuatkan Hannah membuka matanya serta-merta.

Apabila dia menyedari yang dia sedang berada di dalam dukungan Harraz terus saja gadis itu melompat turun dari dukungan itu.

"You should be more and more careful sweetheart. Kau ingat ni drama Korea? Kau jatuh ada hero sambut, macam tu?  Macam mana kalau aku tak ada tadi?" keluh Harraz. Dia mengambil bungkusan biskut yang jatuh di atas lantai jubin itu kemudian menghulurkannya kepada Hannah.

"Saya tak plan pun nak jatuh dan saya tak suruh pun awak sambut saya" kata Hannah pula. Dia sensitif ketika ini. Kenapa dalam banyak-banyak manusia mesti Harraz juga yang menjadi orang pertama yang memeluknya begitu.

Malu? Dah tak tahu ini kali keberapa dia memalukan dirinya di depan Harraz. Kenapa mesti lelaki itu?

"Aku cuma ingatkan kau. Lepas ni, kalau kau jatuh tak semestinya aku ada untuk sambut kau. Kalau aku tak ada tadi, hospital la jadi rumah baru kau" keluh Harraz lagi.

Lelaki itu menarik hujung lengan baju Hannah dan menyuruhnya untuk duduk di atas sofa. Harraz pergi seketika kemudian kembali dengan first aid kit.

"Tak payahlah Harraz. Tak ada sakit pun"

Lelaki itu tidak mengatakan apa-apa sebaliknya dia mengambil kaki Hannah dan meletakkan di atas pehanya.

Buku lali Hannah ditekan sedikit dan dengan refleksnya gadis itu mengaduh kesakitan.

"Tak ada sakit hm? Buku lali kau terseliuh ni sweetheart" kata Harraz sebelum dia kembali merawat buku lali Hannah yang terseliuh itu.

Selesai membalut buku lali Hannah dengan kain anduh, lelaki itu meletakkan kaki Hannah ke bawah kembali. Dia bangun dan membetulkan bajunya yang sedikit berkedut itu.

"Listen to me okay, kau cuma dibenarkan berjalan untuk ke tandas. Selebihnya adalah dilarang. Kau nak makan, nak air atau apa-apa minta Kak Irah hantarkan dekat bilik. Understand sweetheart?" pesan Harraz dengan tegas. Dahi lelaki itu berkerut apabila tidak menerima anggukan dari Hannah.

"Aku dah suruh Kak Irah tengokkan kau. Kalau kau degil lagi, kau kena teman aku berkuda pula lepas ni. Remember okay?"

"Okay..." kata Hannah ringkas. Dia malas bertikam lidah dengan Harraz sebab itu dia hanya mengikut apa yang dikatakan Harraz.

Harraz mencapai dompet dan telefonnya.

"Aku balik dulu. Esok aku datang semula. Take care sweetheart. Jaga uterus dengan kaki kau tu" pesan Harraz sebelum berlalu ke arah pintu rumah Hannah.

"Harraz!" laung Hannah membuatkan lelaki itu berpaling. Gadis itu membasahkan tekaknya sebelum dia mula bersuara.

"Thank you"

Harraz tersenyum mendengar kata-kata Hannah itu. Dia melambaikan tangan kepada Hannah dan tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

"My pleasure. See you tomorrow sweetheart"

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now