Bab 30 🦋

18.1K 1.9K 400
                                    

"Hannah... Harraz dah sampai tu"

"Cakap dia tunggu lima minit" kata Hannah yang masih lagi berdiri di hadapan cermin. Dirinya dilihat sekilas sebelum gadis itu mencapai beg tangannya dan bergegas keluar daripada bilik.

Dia berlari ke arah kereta Audi milik Harraz yang sudah terpacak di situ sejak sepuluh minit yang lepas. Lelaki itu terlalu fokus dengan telefon pintarnya sehingga tidak menyedari Hannah yang sudah duduk di sebelahnya.

"Harraz?"

"Hmm?"

"Jom?"

"Give me two minutes" jawab Harraz sedikit dingin dengan mata yang masih serius menatap telefon pintar itu. Hannah hanya membiarkan lelaki itu. Dia tidak mahu mengambil tahu apa yang sedang dilakukan oleh Harraz ketika ini walaupun sebenarnya dia sedikit curiga.

Lelaki itu meletakkan telefonnya dan mula menekan pedal minyak. Perjalanan mereka terlalu sunyi. Masing-masing memilih untuk berdiam diri.

Sejak dari kejadian di atas rooftop minggu lepas, Harraz tidak banyak bicara. Lelaki itu selalu berdiam diri apabila bertemu dengan Hannah.

"Awak..." panggil Hannah perlahan membuatkan Harraz menekan brek serta-merta. Lelaki itu memandang Hannah yang agak terkejut dengan tindakannya tadi.

"Kau panggil aku macam tu lagi aku jamin kita akan accident. So, you better don't" tegas suaranya memberi amaran. Wajah gugup Hannah itu dipandang sekilas sebelum dia memulakan perjalanan mereka kembali.

"Harraz, awak marah dengan saya lagi ya?"

Senyap. Pertanyaan itu dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan. Hannah juga mendiamkan diri selepas itu, malas bersuara kerana Harraz tetap akan menghiraukannya.

Tanpa sedar mereka sudah sampai di hadapan sebuah hospital. Hannah mengambil bekas makanan dan keluar daripada kereta itu tanpa menunggu Harraz.

Sedang gadis itu berjalan, bahunya dilanggar seseorang. Hampir saja dia jatuh kebelakang namun ada sepasang tangan yang memegang pinggang gadis itu dan menghalangnya daripada jatuh.

"M....Maaf. Saya tak sengaja" kata wanita yang telah melanggar Hannah itu.

"Eh, tak apa. Cik okay?" soal Hannah perihatin. Wanita itu mengangguk. Mata mereka bertembung seketika sebelum Harraz mencelah.

"Be careful lady. You better use your eyes after this. Jalan bukan guna kaki je, mata tu guna sekali" kata Harraz dingin dan menarik lengan Hannah yang berlapik meninggalkan wanita itu terpinga-pinga dengan kata-kata pedasnya.

"Awak! Apa cakap macam tu? Dia tak sengaja kan..."

"Do I look like I care? Dah, jom" kata Harraz lagi.

Hannah berdecit mendengar kata-kata lelaki itu.

'Apa masalah dia hari ni? Annoying betul. Baru kena reject sekali dah koyak sampai macam ni ke? Hati tisu betullah anak tengku ni'

Mereka berjalan beriringan sehingga sampai di hadapan pintu wad Aizat. Hannah mengetuk pintu itu dan perlahan-lahan mengatur langkah untuk masuk ke dalam wad itu.

Kehadirannya disambut oleh Aizat yang sedang terbaring di atas katil. Lelaki itu tampak lebih sihat berbanding sebelum ini. Luka di kepalanya juga sudah hampir sembuh.

"Hai Cik Hannah!" sapa Aizat mesra. Lelaki itu terus bangun dan duduk bersila di atas katil.

"How? Awak sakit lagi ke dah okay sikit?"

"Saya dah okay banyak. Doktor kata lagi dua hari boleh discharge dah" kata Aizat dengan riak wajah yang gembira. Gelagat lelaki itu membuatkan Hannah ketawa.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now