"Cik Hannah nak makan apa?" soal seorang pekerja kafe Resort Teratak Indah pada Hannah yang sedang duduk di meja hujung kafe menghadap ke arah laut.
"Nasi lemak dengan teh o ya" pinta Hannah. Pekerja tadi hanya mengangguk. Dia mahu melangkah ke dalam dapur semula namun satu suara menghalang langkahnya.
"Give me the same one"
Pekerja tadi berpaling semula ke arah suara itu tadi. Hannah pun turut sama berpaling. Melihat saja siapa pemilik suara serak-serak basah itu membuatkan dia mengetap giginya.
"Maaf, encik cakap apa tadi?" soal pekerja kafe itu meminta Harraz mengulang kata-katanya.
"Saya nak menu yang sama dengan Cik Hannah awak ni. Boleh?" kata Harraz semula. Pekerja tadi mengangguk dan berlalu pergi.
"Eh! Siapa pelawa awak duduk dekat meja saya?" kata Hannah tidak puas hati dengan tindakan Harraz yang tiba-tiba sahaja duduk dihadapannya.
Lelaki itu hanya beriak biasa. Bibir merahnya sempat mengukirkan satu senyuman tipis apabila melihat reaksi Hannah yang tidak senang dengan kehadirannya.
"Well, ada nama kau ke dekat meja ni? Tak kan? So basically this table is not yours sweetheart" kata Harraz selamba. Hannah sudah menjeling lelaki itu. Pagi-pagi lagi sudah buat darah dia menggelegak.
"Stop calling me sweetheart Harraz. I'm not yours too" kata Hannah sedikit tegas. Dia tidak suka Harraz memanggilnya begitu. Harraz membuat dia berasa seolah-olah mereka mempunyai hubungan yang istimewa padahal mereka cumalah kawan biasa. Atau lebih tepat lagi mereka adalah musuh.
Harraz terdiam seketika mendengar kata-kata Hannah. Dia menatap mata Hannah sebelum berdehem dan membetulkan kedudukannya.
"Suka hati aku la nak panggil kau apa. Kau patut bersyukur aku panggil kau sweetheart. Atau kau nak aku panggil kau mak cik semula?" soal Harraz. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Kalau sehari awak tak kacau saya tak boleh ya? Bagilah saya bertenang. Tengok awak aje dah menyerabutkan kepala saya" kata Hannah jujur. Dia tahu walau bagaimanapun dia menghalau Harraz lelaki itu tetap tidak akan berganjak.
Malah, setelah dimarah dia masih lagi beriak biasa. Itu yang memeningkan kepala Hannah sekarang ini.
"Mana ada aku kacau kau. Aku datang sini nak breakfast. Alang-alang terserempak dengan kau ni, kita breakfast la sekali" kata Harraz menafikan penyataan Hannah. Dia tidak berniat mahu mengganggu gadis itu. Dia ke sini dengan satu tujuan.
Nasi lemak yang ditunggu akhirnya sampai dan dihidangkan kepada mereka berdua. Masing-masing fokus pada makanan masing-masing.
"Hannah, kau memang tak akan balik Johor dah ke lepas ni?" soal Harraz memecahkan kesunyian antara mereka. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Hannah. Gadis itu hanya mengangkat bahunya.
"Kau ada adik beradik?" sekali lagi Harraz bersuara, mengharapkan jawapan dari Hannah.
"Ada. Seorang abang dan seorang kakak. Abah tak pernah cerita pada awak tentang anak-anak dia ya?" soal Hannah pula. Harraz hanya mengangguk.
"Aku malas nak ambil tahu hal keluarga orang lain. Aku cuma kenal dengan Haji Safuan bukan dengan keluarga dia"
"Jadi maknanya awak pun tak tahu yang saya ni anak abah?" soal Hannah lagi. Namun kali ini Harraz menggelengkan kepalanya.
"Kalau kau aku tahu sebab pak cik selalu cerita tentang kau pada aku. Jadi aku tahu la juga sikit-sikit" terang Harraz lagi.
Hannah gelisah. Apa agaknya ya yang abah cerita pada Harraz? Jangan perkara yang buruk-buruk sudahla. Jatuh saham dia depan Harraz nanti.
"Harraz...."
"Hmm?"
"Awak buat apa dekat sini? Jauhnya datang sarapan" soal Hannah. Setahu dia selepas kejadian dia bertengkar dengan Harraz beberapa hari lepas Aizat beritahu yang Harraz sudah pulang ke rumahnya.
"Aku kan tetamu resort ni jadi mestilah aku sarapan dekat sini. Tak akan kau nak aku naik feri pergi sarapan dekat Alor Setar pula?"
Hannah masih lagi blur. Apa maksud Harraz sebenarnya?
"Tetamu?"
"Kau tak check list penyewa resort ni ke? Aku check in resort kau semalam, for two weeks" jelas Harraz tenang. Mata Hannah sudah membulat. Matanya memandang Harraz tidak percaya.
"Two weeks?!"
"Slow down sweetheart. Jangan jerit. Nanti orang ingat kita bergaduh" kata Harraz melihat sekeliling. Mujur saja tiada yang mendengar jeritan Hannah tadi.
"Wait. Awak cakap awak check in untuk two weeks?" soal Hannah sekali lagi. Masih tidak mempercayai apa yang telah didengarinya sebentar tadi.
"Yes sweetheart. Saja nak bercuti. Aku pun dah lama tak datang pulau. Sekali-sekala rehatkan diri why not right?" kata Harraz bersahaja.
Itu Hannah tidak begitu pelik tetapi kenapa dalam banyak-banyak resort, resort dia juga yang Harraz pilih untuk menginap? Sudah la Resort Teratak Indah ini agak usang kerana sudah lama.
"Kenapa awak tak pergi menginap dekat Hotel? Why resort abah saya?"
"Sebab aku dah bosan? There's no fun if I stay on the same place every vacation. Right sweetheart?" soal Harraz. Hannah hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Harraz itu.
"Saya nak ke tandas" kata Hannah. Lelaki itu hanya mengangguk.
"I'll wait you outside"
Hampir sepuluh minit jugala Harraz menunggu Hannah keluar dari tandas. Kakinya masih setia berdiri di hadapan kafe, bersebelahan dengan kereta Audi miliknya.
"Harraz!" laung Hannah dari pintu masuk kafe. Lelaki itu berpaling dan mengangkat sebelah keningnya.
"Awak bayar bil makanan tadi?"
"Hmm" kata Harraz. Matanya merenung sesuatu pada wajah Hannah. Tangannya bergerak perlahan-lahan mahu menyentuh wajah Hannah.
"Eh-"
"Don't move sweetheart!" larang Harraz. Hannah kaku di tempatnya. Terasa seperti Harraz menyentuh hidungnya. Mungkin ada sesuatu? Dia juga tidak pasti.
"Done. I'm sorry ada habuk tadi" kata Harraz meminta maaf kerana menyentuh wajah Hannah sebentar tadi.
Hannah masih kaku lagi. Harraz sengaja atau memang ada habuk pada batang hidungnya tadi?
Ah! Lantakla!
"Tak apa. Terima kasih belanja makan tadi. Saya balik dulu" Hannah berura-ura mahu berjalan meninggalkan Harraz dibelakang namun langkahnya terhenti.
Lelaki itu memegang hujung lengan bajunya. Dalam sekelip mata Harraz sudah berdiri di hadapan Hannah semula.
Tangan Hannah dicapai dan lelaki itu meletakkan satu keping kertas kecil di dalam tapak tangan Hannah. Gadis itu tidak berganjak. Melihat Harraz yang sudah berlalu dia membuka kertas yang Harraz berikan tadi.
Bayaran sebab belanja kau makan dan dengar kau membebel
-senyuman yang ikhlas setiap hari
-tak boleh marah akuSemuanya ada bayaran okay. Kalau kau tak langsaikan hutang-hutang ni, just wait and see
Hannah mengetap bibirnya. Harraz memang sengaja mengundang api kemarahannya! Lelaki itu sudah kenakan nya!
Tiba-tiba satu notifikasi masuk. Telefon Hannah berbunyi. Gadis itu membuka aplikasi WhatsApp dan melihat satu nombor asing yang menghantar pesanan padanya.
Ouh lagi satu! Upah sebab tolong hilangkan habuk tadi
-teman aku memancing esok
I don't accept 'no' okay sweetheart. I'll wait you at the lobby. 7:30 a.m. Don't be late!
"Harraz!!!! Arghhh! Saya benci awak!!"
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...