Bab 19 🦋

15K 1.3K 38
                                    

"Hai. Lama tunggu?" soal Harraz yang baru sahaja tiba di lobi resort. Melihat muka Hannah yang cemberut itu membuatkan dia tertawa kecil.

"7.30. Don't be late. Look who is speaking? Setengah jam saya telah terbazir untuk tunggu awak aje tahu tak?" ajuk Hannah tidak puas hati. Harraz masih tersenyum. Langsung tidak rasa bersalah kerana telah membuat Hannah menunggunya.

"I am so sorry sweetheart. Perut aku buat perangai tadi. That's why I'm late" jelas Harraz. Sememangnya perut dia meragam pagi tadi. Hampir tiga kali juga lah dia berulang-alik ke tandas.

"Saya nak balik" kata Hannah mendatar. Wajah Harraz yang berubah ketat itu ditatap seketika sebelum dia berpaling semula.

"Who say you can? I told you sweetheart, you need to pay your debt no matter what" kata Harraz lagi.

"Debt apa nya? Kalau setakat tolong lap habuk dekat hidung saya pun nak upah, baik tak payah tolong. Kalau nak saya bayar sangat...."

Tangan gadis itu mencapai sesuatu di dalam beg galasnya. Harraz hanya memerhati gelagat Hannah dihadapannya ini.

"Nah! Ambil ni. Kalau tak cukup saya tambah lagi" kata Hannah mendatar. Sungguh dia sakit hati dengan Harraz ketika ini.

"I don't want money sweetheart. All I need is your warm smile and the sweet service from you. Understand?"

Understand? Hey! Dia ingat dia cikgu sekolah aku ke nak understand-understand kan aku?! Dan kenapa aku perlu ikut cakap dia sekarang ini?! Arghhh!

"Let's go" tanpa memperdulikan kata-kata Hannah, dia menarik hujung lengan baju gadis itu untuk berjalan bersamanya.

Mereka sampai di sebuah jeti yang berada tidak jauh dari Resort Teratak Indah. Hannah terkebil-kebil. Bila masa Harraz siapkan semua ini?

"Mana awak dapat bot ni? Awak curi ya?" soal Hannah tidak senang. Dia sendiri tidak tahu yang bot mewah sebegitu pernah wujud di depan resort abahnya ini.

"Curi? I'll never do that sweetheart. Aku sewa bot ni, untuk kita" kata Harraz memandang tepat pada wajah Hannah. Hakikat yang sebenarnya adalah bot itu kepunyaan keluarga Harraz sendiri. Bot yang telah dibeli oleh Tengku Hanif Omar, ayah kepada Tengku Harraz Rizqi.

Anak matanya bertembung dengan kepunyaan Hannah. Mereka berdiam diri untuk seketika sebelum Hannah tiba-tiba membuka mulut.

"Untuk kita?" soal Hannah sedikit terpana. Entah mengapa dia berasa agak tersentuh? Atau gembira?

Ahh! Keliru dengan perasaan sendiri. Tidak mungkin aku gembira diajak naik bot mewah oleh Harraz? Mengarut saja semua ini! Sedar Hannah! Kau dan dia musuh! Bukannya merpati dua sejoli!

"Iya la. Untuk kita naik pergi memancing. Kau jangan ingat aku ajak naik untuk candlelight dinner pula" kata Harraz membuatkan gadis dihadapannya itu mencebik.

"Siapa yang fikir macam tu? Saya cuma pelik sebab awak sewa bot semewah ini hanya untuk pergi memancing" kata Hannah lagi.

"Sekali-sekala. Dah, jom. Lambat sampai nanti lambat pula aku hantar kau balik" kata Harraz.

Tangannya memimpin Hannah untuk masuk ke dalam bot itu tadi. Namun langkah Hannah berhenti di hadapan bot.

"Why sweetheart?"

Tiada jawapan dari Hannah. Dahi Harraz berkerut.

"Kau takut?" soal Harraz sekali lagi namun masih tiada jawapan. Harraz mengeluh. Akalnya mula terfikirkan sesuatu.

"Harraz!" Hannah menjerit. Tidak semena-mena tubuh kecilnya terjatuh di dalam dakapan Harraz. Membahang wajahnya.

Harraz tanpa sedar mengukirkan satu senyuman dalam pada dirinya sedang rebah dan tangannya masih setia pada pinggang Hannah.

"Kau tak nak bangun ke sweetheart? Nak peluk aku lagi?" kata Harraz. Mengusik.

Hannah berdehem. Cepat saja dia bangun dan membetulkan bajunya sedikit. Senyum nakal pada bibir Harraz itu menjadi tumpuannya.

Tak lain tak bukan nak kena kan aku la tu! Benci!

"Kenapa awak tarik saya?! Kan dah tak pasal-pasal saya jatuh"

"Habis, kau nak aku tunggu kau sampai subuh esok? Lain kali termenung la lagi"

"Mana ada saya termenung!" bidas Hannah lagi. Matanya tajam menikam wajah Harraz yang masih tersenyum. Menjengkelkan betul!

"Habis tu? Kau tercegat dekat depan bot tu dah kenapa?" soal Harraz ingin tahu.

"Saya sebenarnya dah lama tak naik bot. Saya takut" tutur Hannah perlahan. Melihat Harraz yang hanya tersenyum membuatkan dirinya lega.

Mujur Harraz tidak mengejeknya. Lega rasa hati.

"Don't be scared. Aku ada sweetheart. Kalau takut, peluk aje aku. Okay?"

Hah! Baru cakap tadi! Aku tarik balik kata-kata aku! Kalau tidak mengusik aku sehari memang bukan Harraz lah!

Setelah perang tikam lidah mereka berakhir, akhirnya mereka mula bergerak ke tengah laut.

Hannah agak terkejut apabila Harraz memberitahunya yang hanya mereka di dalam bot itu. Lagi dia tidak sangka yang Harraz pandai mengemudi bot mewah itu.

"Apa yang best tentang memancing? Dah lima jam kita dekat sini tapi awak baru dapat dua ekor ikan. Itupun kecil" soal Hannah. Dia hanya termenung dari tadi. Tidak berminat untuk menyertai Harraz yang sedang menunggu umpannya dimakan ikan.

"Well, aku suka. Satu-satunya aktiviti yang tenang. Memancing adalah untuk menguji kesabaran seseorang. Kalau kau tak sabar jadi kau pulanglah awal. Kalau kau sabar pasti hasilnya tidak mengecewakan"

Kata-kata Harraz itu penuh dengan maksud yang tersirat. Hannah terdiam seketika memikirkan apa yang telah dikatakan oleh Harraz tadi.

Benar, memancing sememangnya aktiviti yang menguji kesabaran. Memancing juga perlukan suasana yang tenang dan sunyi.

"Harraz! Joran!" jerit Hannah apabila melihat tali joran Harraz mula bergerak laju. Pantas saja tangan kekar lelaki itu memaut joran dan menariknya.

"Wahhh! Besarnya!" ucap Hannah teruja. Gadis itu bertepuk tangan melihat hasil tangkapan Harraz. Harraz pula tertawa melihat reaksi Hannah itu.

"I told you sweetheart. Sabar, dan hasilnya tidak akan pernah mengecewakan" kata Harraz sebelum mengukirkan satu senyuman manis buat Hannah.

"Kau ada bawa baju lebih kan?"

"Ada"

"Good. Now go and change. Aku nak masak, kejap lagi kita lunch"

Mata Hannah bersinar-sinar. Makan! Perutnya memang sudah bergendang tika ini. Menunggu Harraz memancing membuatkan dia lapar.

"Nanti kau dah siap datang tolong aku ya sweetheart?"

"Baik!"

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now