"Cik Hannah buat apa dekat sini?" soal Aizat pelik. Sangat jarang melihat Hannah keluar dari pejabatnya. Biasanya gadis itu hanya akan keluar untuk makan sahaja.
"Tak ada apa. Saja tengok kawasan resort abah ni. Saya rasa banyak yang perlu kita baiki dan ganti semula. Resort abah ni tak menarik jadi mungkin sebab tu la tak ramai pelancong yang datang" kata Hannah.
Aizat pula hanya mengangguk. Lelaki itu berjalan bersebelahan dengan Hannah mengelilingi kawasan Resort Teratak Indah.
"Cik Hannah rancang nak renovate resort ni ke?"
"Hmm. Saya ada fikir macam tu. Saya ingat nak cat semula resort ni lepastu nak tukar landskap. Daripada kita tanam konifer ni saya rasa lebih baik tambah pokok kelapa so that suasana pulau tu akan lebih terasa. Lepastu bahagian belakang resort saya nak buat taman ros merah. Awak rasa macam mana?" soal Hannah meminta pandangan daripada Aizat disebelahnya itu.
"Saya setuju dengan cadangan Cik Hannah. Lagi pun resort ni memang perlu sangat pengubahsuaian tu"
"Tentang segala kemudahan dalam bilik-bilik resort kita ni awak dah check semua nya kan?"
"Dah Cik Hannah. Cuma ada dua tiga bilik yang aircond nya perlu diganti. Nanti saya bagi maklumat penuh dekat Cik Hannah semula ya" kata Aizat lagi. Hannah cuma mengangguk.
"Kita cuma ada satu masalah sekarang ni"
"Apa dia?" soal Aizat.
"Bajet. Bajet kita untuk baiki resort ni cuma ada dalam RM20,000 macam tu. Saya tak rasa duit tu cukup untuk renovate seluruh resort ni"
Aizat dan Hannah serentak berhenti berjalan. Masing-masing menatap mata masing-masing. Sedang memikirkan sesuatu.
"Apa kata saya cuba cari sponsor?"
"Siapa yang nak sponsor baiki resort usang abah saya ni? Tak akan ada punya" kata Hannah mengeluh.
Lepas satu masalah selesai datang pula masalah yang lain. Tak akan dia mahu minta duit dari kakak dan abangnya pula?
"Tak apa Cik Hannah. Kita cuba dulu, mana tahu ada? Kita doa aje banyak-banyak. Insyaallah ada jalan penyelesaiannya nanti"
"Terima kasih ya Aizat. Awak masih setia nak kerja di resort abah saya ni. Gaji sudahlah tak seberapa. Kalau ada rezeki lebih nanti saya belanja awak semua makan, ataupun mungkin boleh bagi bonus untuk bulan ni sebab kerja keras awak semua"
"Tak perlu pun semua tu Cik Hannah. Kami semua happy kerja dekat sini. Janji Cik Hannah layan kami dengan baik. Jangan pula nanti tiba-tiba jadi singa betina macam hari tu"
"Hari tu?"
"Iya lah, yang Cik Hannah mengamuk dekat Encik Harraz tu. Tak kan Cik Hannah lupa?"
"Saya mengamuk pada Harraz?"
"Iya Cik Hannah. Sampai ke kaunter depan saya dengar suara Cik Hannah menjerit. Saya ingatkan kenapa, rupa-rupanya Cik Hannah gaduh-gaduh manja dengan Cik Harraz"
Hannah berdecit mendengar kata-kata Aizat. Ini nak jadi macam Harraz juga la ni. Tak habis-habis mengusik dia. Maklumlah, Aizat dengan Harraz boleh dikatakan agak rapat. Kawan lama mungkin?
"Banyaklah gaduh-gaduh manja. Itu kalau awak tak datang memang saya dah campak Harraz tahu tak? Dia memang suka buat saya sakit hati. Benci betul"
Aizat hanya tergelak mendengar omelan Hannah tentang Harraz.
"Jangan benci sangat Cik Hannah. Takut nanti benci tu bertukar jadi cinta aje. Silap-silap saya makan nasi minyak tak lama lagi" usik Aizat bersama tawanya yang masih berbaki.
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...