"Assalamualaikum mummy...."
"Waalaikumussalam! Ha! Cepat, masuk-masuk!" seru Tengku Akma dari dalam rumah.
Wanita itu berlari ke arah pintu untuk menyambut kedatangan anak dan menantunya. Hannah bersalaman dengan Tengku Akma.
"Jom, yang lain dah tunggu dah tu"
Harraz menaikkan satu alis keningnya. Wajah mummy nya itu dipandang pelik.
"Yang lain?"
"Iye... Dah, jom"
Hannah, Harraz dan Tengku Akma berjalan ke arah ruangan dapur. Apabila melihat siapa yang hadir, Harraz ternganga.
Aniq, Zyad, Rayyan dan Hasif sudah menatapnya. Husna, Ernie, Rissa, juga turut ada di situ.
"Kau pun ada Aizat?"
"Hai...?"
Harraz hanya menggelengkan kepala apabila melihat manusia-manusia itu di situ. Dia memimpin tangan Hannah dan berjalan ke arah meja makan.
"Makanlah. Jangan tenung je makanan tu" tegur Tengku Akma apabila melihat mereka semua hanya berdiam diri.
"Sweetheart, suap aku boleh?" pinta Harraz manja. Kepalanya disandarkan pada bahu si isteri. Wangian gadis itu menerpa masuk ke rongga hidungnya membuatkan Harraz memejamkan matanya.
Aniq yang duduk di hadapan Harraz itu sudah mula berdecit. Wajah Harraz di tatap tajam.
"Woi tenuk. Aku tahu la kau dah kahwin, tapi tolonglah ada rasa hormat dalam diri kau tu. Aku yang single ni sangat lah sensitif dengan perkara semut-semut begini. Faham tak tenuk?" kata Aniq.
"Kau single duduk diam-diam. Aku nak manja dengan isteri sendiri pun tak boleh" bidas Harraz pula.
Tangannya mula melingkar pada pinggang ramping Hannah membuatkan tubuh gadis itu mengeras. Dia masih lagi belum terbiasa dengan sentuhan Harraz.
"Auntie... Tengok Harraz tu" cebik Aniq pada Tengku Akma. Wanita itu menatap tajam ke arah Harraz.
"Harraz...."
"Okay, fine"
Tengku Hanif yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala. Sudah lali dengan perangai Harraz dan sahabat-sahabat anaknya yang sudah dianggap macam anak sendiri itu.
Harraz menarik kembali tangannya. Dirinya dijarakkan sedikit daripada Hannah.
"Malam ni semua tidur rumah auntie tau. Harraz pun sama" kata Tengku Akma. Mereka semua hanya mampu mengangguk.
Selesai makan, Hannah pergi ke bahagian singki untuk menolong Rissa membasuh pinggan. Mereka yang lain sudah berada di ruang tamu.
"Cik Rissa-"
"Hannah, janganlah panggil saya Cik Rissa. Saya bukan majikan awak. Panggil Rissa je" kata Rissa. Hannah hanya mengangguk. Bibirnya tersenyum manis.
"Awak duduklah dekat depan. Biar saya yang sambung basuh pinggan ni" kata Hannah pula.
"Tak apa ke?" soal Rissa pula. Hannah mengangguk. Rissa meninggalkan Hannah di situ dan dia pun pergi duduk di ruang tamu.
Hannah menyinsing kan lengan bajunya sedikit. Paip air dibuka dan dia mula membasuh pinggan.
"Sweetheart....." panggil Harraz yang baru sahaja tiba di ruangan singki itu. Tangannya pantas melingkar pada pinggang Hannah. Dagunya diletakkan di atas bahu gadis itu.
Tubuh gadis itu mengeras. Terkejut dengan tindakan Harraz yang tiba-tiba itu.
"Harraz... Nanti orang tengoklah"
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...