Bab 39 🦋

14.5K 1.4K 364
                                    

"Here" Lelaki itu menghulurkan Hannah secawan latte. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Hannah yang sedang duduk di atas pasir pantai.

"Thank you" ucap gadis itu pula. Latte itu dihirup perlahan dan dia meletakkan cawan plastik itu di tepi. Pemandangan laut di hadapannya ditatap lama.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" soal Hannah apabila dia menyedari akan keheningan yang melanda mereka ketika ini. Harraz hanya tersenyum.

"Kau sweetheart aku. Mestilah aku tahu" jawab lelaki itu. Sederhana namun cukup untuk membuatkan jantung Hannah berdetak laju. Gadis itu menahan senyumannya.

"Luka awak dah okay?" soal Hannah. Wajah tampan Harraz ditatap seketika. Lelaki itu hanya mengangguk. Luka pada mukanya sudah membaik namun luka pada perutnya masih lagi dalam proses penyembuhan.

Semua itu adalah angkara Hafiz. Sebelum lelaki itu pergi menerjah masuk ke rumah Hannah malam itu, dia pergi menceroboh masuk ke bilik hotel Harraz.

Mujurlah Aniq tergerak hati untuk ke rumah Harraz. Apabila lelaki itu sampai, dia melihat Harraz sudah terbaring lemah di dalam rumah. Aniq bergegas membawa Harraz ke hospital untuk dirawat pada malam itu.

"Aniq ada bagitahu aku, Hani mungkin akan ditahan dalam enam bulan macam tu je sebab dia cuma sembunyikan apa yang Hafiz buat" kata Harraz.

Hannah hanya mengangguk. Dia memejamkan matanya rapat. Masih lagi tidak menyangka dengan identiti sebenar penceroboh yang selama ini selalu mengancamnya.

"Saya tahu, Kak Hani tak salah. Dia pun mangsa ugut abang Hafiz, macam saya" mendengar itu, Harraz terus saja mengeluh.

Kenapa bakal isterinya ini begitu baik? Selalu memaafkan orang yang telah menganiayai dirinya.

"Jangan percayakan dia sangat sweetheart. Mana tahu dia pun ada niat jahat dekat kau?" kata Harraz meminta gadis itu untuk berhati-hati dengan orang di sekelilingnya.

"Tapi kan... Awak tak pernah bagitahu saya pun yang Aniq tu polis?"

"Dia tu Inspektor. Hanya orang yang tertentu je boleh tahu identiti sebenar dia sebab Aniq tu selalu terlibat dengan kes yang bahaya"

"Pangkat dia tinggi la eh maknanya?"

"Nampak je muda lagi Aniq tu tapi pangkat dia paling tinggi" jelas Harraz lagi. Tiba-tiba mereka berdua tersenyap. Harraz memandang Hannah. Lama dia menatap wajah gadis itu.

"Kau tanya banyak pasal Aniq ni kenapa?"

"Tak adalah, haritu saya ada ternampak dia pakai seragam polis. Handsome" kata Hannah, ikhlas memuji penampilan Aniq yang sememangnya tampak segak di dalam seragam lengkap polis yang dipakai lelaki itu tempoh hari.

Harraz berdecit. Matanya menjeling Hannah yang masih lagi tidak berhenti tersenyum.

"Aku lagi handsome. Dua kali ganda handsome dari Aniq tu" kata lelaki itu perlahan. Hannah hanya mampu menahan tawanya. Gadis itu tahu, Harraz sedang cemburu. Telinganya yang memerah menunjukkan segalanya.

"Cemburu ke?" soal Hannah, sengaja mahu mengusik lelaki itu.

"Aku? Cemburu? Jauh sekali" nafi Harraz. Tidak mahu mengaku yang dirinya sedang cemburu dengan pujian Hannah pada Aniq itu tadi.

Hannah melepaskan tawanya. Susah ya nak jumpa lelaki yang kuat cemburu ni. Mereka kembali mendiamkan diri. Harraz mengalihkan pandangannya ke arah laut yang terbentang luas. Menikmati betapa indahnya ciptaan Ilahi.

Pandangannya kembali beralih pada Hannah yang duduk di sebelahnya itu. Bibirnya secara refleks mengukirkan senyuman apabila melihat wajah cantik milik gadis itu.

"Sweetheart...."

"Hm?"

"Nikah jom?"

Hannah terbatuk mendengar kata-kata Harraz yang sungguh tiba-tiba itu. Hampir saja gadis itu tercekik air liur. Dia memandang Harraz dengan pandangan yang tidak percaya. Harraz pula hanya menatapnya bersahaja. Senyuman masih kekal di bibir lelaki itu.

"Apa?" soal Hannah meminta kepastian. Takut juga dia tersalah dengar dengan apa yang dikatakan oleh Harraz tadi.

Harraz menarik nafasnya dalam. Wajahnya didekatkan sedikit dengan wajah Hannah. Gadis itu diam membatu. Menunggu Harraz untuk mengulangi kata-katanya tadi.

"Kau nak nikah dengan aku tak sweetheart? Aku nak jadikan kau isteri aku yang sah, kau sudi?" ucap Harraz lagi. Cukup perlahan. Namun cukup untuk mereka berdua mendengarinya.

Gadis itu terkaku. Otak masih cuba untuk memproses kata-kata Harraz sebentar tadi. Tiba-tiba saja pipinya merona merah.

"H...Harraz-"

"Aku nak halalkan kau sweetheart. Aku dah bersedia untuk jadi imam kau, aku cuma perlukan jawapan dari kau" kata Harraz lagi membuatkan pipi Hannah semakin memerah. Namun gadis itu hanya mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan apa yang patut dia beri pada Harraz.

Dia tidak mahu kecewakan Harraz namun dalam pada masa yang sama dia juga tidak mahu membuat keputusan yang salah. Betulkah, Harraz adalah jodohnya yang telah ditetapkan oleh Allah? Gadis itu keliru.

"Harraz, saya bukan tak nak terima awak-"

"Aku masih belum cukup layak lagi ya?" soal Harraz, memintas kata-kata Hannah. Terselit nada kecewa di situ. Pandangannya dialihkan memandang pasir pantai.

"Bukan! Bagi saya waktu? Saya nak buat solat istikharah. Kalau betul awak jodoh yang Allah tetapkan untuk saya, saya akan terima seikhlas hati" kata Hannah bersama senyuman manisnya.

Harraz kembali mengangkat pandangannya dan menatap Hannah kembali. Lelaki itu hanya tersenyum tipis.

"Tak apa sweetheart. Kalau betul kau tak nak terima aku, aku sedar. Aku ni manusia yang jahil. Tak macam kau, kuat agama-"

"Bukan macam tu Harraz. Saya pun sebenarnya dah lama suka awak, saya cuma tak bagitahu awak sebab saya tak nak nanti perasaan tu jadi berlebihan. Saya takut bila saya bercinta saya akan lupakan Allah" gadis itu menghela nafas berat.

"Saya tak nak ulang silap saya macam mana waktu saya bercinta dengan Rayyan dulu. Saya bukanlah baik macam yang awak sangkakan. Kadangkala saya pun terlalai juga dengan nikmat dunia yang sementara ni" kata Hannah lagi.

Dalam diam bibir Harraz mengukirkan senyuman lebar. Hatinya berbunga-bunga apabila mendapat tahu perasaan Hannah padanya. Wajah gadis itu tidak lepas dari pandangannya.

"Kau pun jatuh cinta dengan aku?" soal Harraz, mengusik. Keningnya diangkat-angkat. Bibirnya mengukirkan senyuman senget.

"Tak. Saya suka awak je" nafi Hannah.

"Eleh... Dah cintakan aku tak nak mengaku. Selam dalam laut nanti baru tahu" usik Harraz lagi. Melihat muka cemberut gadis itu, Harraz serta-merta tergelak. Perutnya ditekan, menahan sakit pada lukanya apabila dia ketawa.

"Jadi kiranya, lamaran aku diterima lah ni?"

"Tengoklah. Awak kena jumpa abang Hasif dulu. Kalau dia izinkan barulah saya terima awak. Kalau tak, bye bye la..." jawab Hannah selamba. Dia bangun sambil mencapai cawan latte yang diberikan oleh Harraz tadi.

Gadis itu berjalan meninggalkan Harraz di belakang. Namanya yang dilaung kuat hanya dihiraukan.

"I love you!" laung Harraz kuat.

Beberapa orang disekeliling pantai itu memerhati gelagat mereka berdua. Pipi Hannah sudah memerah. Malu apabila banyak mata yang memandang dia dan Harraz ketika ini.

"Harraz! Orang pandang lah!" kata Hannah separuh menjerit. Dia memusingkan badannya kembali dari menatap Harraz. Namun lelaki itu masih lagi memanggilnya.

"Sweetheart!! Aku cintakan kau! Kerana Allah, aku akan halalkan kau! Pegang janji aku!!"

single jum balik jum😌💔

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now