Bab 34 🦋

15.6K 1.3K 111
                                    

"Kenapa awak suka kacau saya?"

"Kau pun tahu, sehari tak jumpa kau pun aku dah rindu inikan pula seminggu. That's why aku culik kau harini"

Hanna berdecit. Hari ini hari minggu. Sepatutnya dia sekarang berada di atas katil menikmati cuti setelah lelah menguruskan kerja di Resort Teratak Indah.

Namun, kedatangan Harraz yang tiba-tiba itu sungguh mengganggunya. Lelaki itu dengan selamba memaksanya supaya mengikutnya pergi ke perpustakaan.

Mahu atau tidak dia terpaksa jugalah menerima ajakan Harraz kerana telah dipaksa oleh Ernie. Perpustakaan di hadapannya dipandang malas. Lengannya yang ditarik oleh Harraz hanya dibiarkan.

"Dalam banyak-banyak tempat, library juga yang awak pilih" keluh Hannah.

"Well, aku rasa ini tempat yang paling sesuai untuk kita rasa aman dan sunyi tanpa perlu berdua. Better la dari kita check in hotel, kan?" kata lelaki itu selamba. Hannah sudah menjeling lelaki itu.

Dia berjalan meninggalkan Harraz di belakang. Kakinya mengorak langkah ke arah rak-rak yang penuh dengan segala jenis buku. Buku di situ diperhatikan satu persatu sebelum matanya berhenti pada sebuah buku yang berada agak tinggi dari kedudukannya sekarang.

Tangannya mula menggapai buku itu namun setelah berkali-kali mencuba buku itu tetap tidak dapat dicapai. Gadis itu mengeluh. Matanya melirik ke arah kiri dan kanan sebelum dia menanggalkan kasutnya.

Kakinya memijak rak di bahagian bawah sekali dan tangannya memegang hujung sebuah buku. Tangannya hampir mencapai buku yang dimahukannya namun pegangannya pada hujung buku tadi terlepas dan gadis itu tergelincir lalu terjatuh di atas lantai.

"Ahhh!"

Hannah tidak dapat bergerak kerana buku lalinya terasa sakit. Gadis itu memejamkan matanya. Pasrah dengan buku-buku yang bakal menghempap dirinya.

"Move sweetheart!" jerit Harraz apabila melihat buku-buku di atas rak itu mula jatuh satu persatu. Kakinya pantas berlari ke arah Hannah dan berdiri di hadapan rak itu.

Buku-buku itu tadi jatuh di belakang tubuh Harraz. Lelaki itu mengetap bibirnya kuat. Bila tiada lagi buku yang jatuh, dia merebahkan dirinya di atas lantai. Belakang tubuhnya dipegang erat, menahan sakit.

"H...Harraz. A... awak-" Hannah gugup. Gadis itu berasa bersalah apabila melihat Harraz yang dihempap buku gara-gara dirinya.

"Don't. Ever. Do. That. Again." kata lelaki itu tegas. Mata helangnya menikam mata hazel Hannah yang sudah bertakung dengan air jernih.

"S...sorry...."

"Aku tak marah kau sweetheart. Aku cuma risaukan kau. Stop being careless please, you scared me. Macam mana kalau buku-buku tu kena kepala kau tadi?" ujar Harraz perlahan apabila melihat riak wajah Hannah yang hampir menangis itu.

Dia bangkit dan menarik tangan Hannah untuk turut sama berdiri. Kepala gadis itu dilihat seketika dan dia menghela nafas lega apabila memastikan gadis itu tidak tercedera.

Hannah menarik hujung lengan baju lelaki itu. Apabila tiba di sebuah meja yang berada di hujung perpustakaan itu, dia menyuruh Harraz duduk di situ.

"Sweetheart kau nak pergi mana-"

"Duduk sini. Jangan pergi mana-mana" kata Hannah dan meninggalkan Harraz di situ. Hampir sepuluh minit lelaki itu bersendirian di situ.

Hannah kembali dengan satu ais beg di tangannya. Gadis itu berlari perlahan dan menuju ke arah Harraz. Wajah lelaki itu sedikit pucat, mungkin kerana dihempap buku tadi.

"Pusing belakang" kata Hannah tiba-tiba. Harraz pula sudah keliru. Dia hanya mendiamkan diri. Pelik dengan sikap Hannah hari ini.

"Awak dengar tak? Saya suruh awak pusing belakang" kata Hannah lagi apabila Harraz tidak berkata apa-apa. Sekali lagi lelaki itu mendiamkan diri. Dia hanya melihat wajah Hannah yang penuh dengan kerisauan itu.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now