Bab 14 🦋

14.6K 1.2K 33
                                    

"Abah.... Kita keluar pergi ambil angin dekat luar nak tak?" soal Hannah berhati-hati. Melihat Haji Safuan yang mengangguk itu membuatkan hatinya gembira tidak terkata.

Hannah berlari ke anak tangga dan masuk ke dalam biliknya. Tudung bawal disarung pada kepala sebelum dia turun mendapatkan abahnya semula.

Kerusi roda ditolak hingga ke daun pintu. Hannah mengambil selipar abah kemudian dia menyarungkan selipar itu pada kaki abah.

Lelaki tua itu hanya memerhatikan tingkah anak bongsunya ini. Terbit rasa bersalah di dalam hatinya namun dia masih lagi berbuat seperti biasa.

Selesai memakaikan Haji Safuan selipar, kerusi roda itu ditolak ke luar rumah. Kawasan rumah Haji Safuan agak luas. Di laman rumahnya terdapat taman mini yang telah dibuat oleh Hajah Suhaila iaitu ibu kepada Hannah.

Setelah Hajah Suhaila meninggal, Munirah la yang membersihkan taman itu. Wanita itu menyiram pokok-pokok yang ditanam di situ kemudian dia mengupah orang untuk memotong rumput.

Munirah ialah kawan baik kepada Hajah Suhaila. Disebabkan itu Hajah Suhaila mengambil Munirah untuk bekerja sebagai pembantu rumahnya. Sejak Hajah Suhaila meninggal Munirah la yang tolong sediakan semua keperluan Haji Safuan.

Dia banyak berbakti pada keluarga itu. Anak-anak Hajah Suhaila sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Abah okay?"

Haji Safuan hanya mengangguk tanpa sebarang bicara. Wajahnya masih lagi tidak beriak. Masih kekal dingin.

Hannah yang melihat reaksi abahnya itu turut mendiamkan diri selepas itu. Mahu ajak berborak tetapi Haji Safuan seperti tidak mahu melayannya saja.

Kerusi roda diberhentikan di hadapan kolam renang. Kolam itu tidaklah besar mana tapi cukuplah untuk tiga orang masuk bermandi-manda.

Hannah tersenyum. Dia mula teringatkan sesuatu. Sewaktu dia kecil dulu, dia dan ibu selalu bermain di tepi kolam itu.

Banyak kenangannya bersama Hajah Suhaila di situ. Sungguh dia rindu dengan pelukan dan kasih sayang seorang ibu. Sudah lama dia tidak merasakan semua itu.

"Hannah...." panggil Haji Safuan membuatkan Hannah tersedar dari lamunannya.

"Ya abah... Kenapa?"

"Hannah tak penat ke jaga abah? Abah tak menyusahkan Hannah ke?" soal Haji Safuan meluahkan isi hatinya. Pandangannya ditunduk.

Hannah yang mendengar soalan dari Haji Safuan itu membuatkan dia sebak. Bibirnya mengukirkan satu senyuman tipis.

"Tak pernah pun Hannah rasa abah menyusahkan Hannah. Ini dah memang tanggungjawab Hannah. Siapa lagi kalau bukan Hannah yang nak jaga abah? Hafiz, dia bukannya selalu boleh balik bercuti. Hani pun sekarang makin sibuk. Abah janganlah cakap macam tu. Hannah langsung tak rasa terbeban untuk jaga abah"

"Hannah gembira sebab dapat jaga abah. Dapat pahala. Lagipun inikan masa Hannah pula untuk jaga abah. Dulu, waktu Hannah kecil abah dah susah payah cari duit untuk besarkan Hannah. Tak akan jaga abah sakit pun Hannah nak mengeluh penat? Hannah tak pernah rasa macam tu. Abah janganlah fikir negetif. Abah bukan beban, tapi abah tanggungjawab Hannah" kata Hannah perlahan membuatkan hati Haji Safuan sebak.

Kelopak mata lelaki tua itu mula bertakung. Tanpa sedar Hannah juga sudah mengalirkan air mata. Esakannya cuba ditahan supaya Haji Safuan tidak mendengarnya.

"Abah minta maaf sebab abah selalu berkasar dengan Hannah. Abah....."

Hannah sudah tidak dapat mengawal perasaannya. Dia berjalan ke hadapan Haji Safuan kemudian tangan tua lelaki itu dicapai.

"Tak apa abah. Hannah tak ambil hati sikit pun. Hannah yang sepatutnya minta maaf sebab Hannah tak dengar cakap abah. Hannah bukan tak nak uruskan resort abah tapi Hannah betul-betul tak minat dalam bidang tu. Maafkan Hannah ya abah?" kata Hannah sayu.

Haji Safuan mengusap kepala anaknya. Pipinya basah kerana air mata.

"Hannah.....benci abah?" soal lelaki itu lagi.

"Tak abah. Tak pernah pun Hannah benci abah. Hannah tak layak untuk benci abah. Hannah cuma minta untuk abah maafkan Hannah. Hannah tak nak jadi anak derhaka. Boleh abah?"

Haji Safuan mengangguk lemah. Dirinya muka mengukirkan senyuman yang sangat tipis. Senyuman yang sudah lama tidak dilihat Hannah.

"Abah maafkan Hannah. Abah halalkan semua makan minum Hannah. Abah doakan Hannah jadi anak yang berjaya dunia akhirat"

Hannah terdiam. Kata-kata Haji Safuan membuatkan hatinya terasa tidak senang seketika. Wajah lelaki itu sungguh bersih dan bercahaya.

"Terima kasih abah. Hannah sayang abah" katanya lagi. Air mata langsung tidak berhenti mengalir dari tadi. Dadanya sebak menahan emosi.

"Abah, kejap lagi Hafiz balik. Abah duduk dengan Hafiz dulu ya? Hannah nak keluar ada kerja sikit. Boleh?"

"Pergilah" ujar Haji Safuan memberi keizinan. Hannah mengangguk faham.

Dia meminta Munirah untuk tengokkan Haji Safuan sementara menunggu Hafiz sampai ke rumah.

Kakinya melangkah mengambil kunci kereta dan dompetnya. Langkah diatur ke garaj kereta. Dia masuk ke dalam dan mula termenung sendiri.

Hatinya masih tidak senang. Kotak fikirannya asyik terngiang-ngiang kata-kata abah tadi.

"Astaghfirullah.... Jangan fikir bukan-bukan Hannah. Istighfar..." kata Hannah sendiri.

Mukanya ditepuk perlahan. Enjin kereta mula dihidupkan. Keretanya mula keluar dari perkarangan rumah Haji Safuan.

Hatinya berdoa agar abah baik-baik saja.

Dia perlu pulang ke Johor semula untuk mengambil beberapa barang dan baju. Mungkin dia perlu tinggal di Langkawi lagi beberapa minggu untuk menjaga Haji Safuan.

Telefon dicapai kemudian dia menelefon seseorang.

"Ernie.... Nanti kau ambil aku boleh?"

"Nanti kau sampai telefon aku. Aku datang"

"Okay, thank you. Sayang kau"

"Ye... Dah, drive elok-elok. Aku letak dulu"

"Okay, Assalamualaikum"

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now