Bab 42 🦋

15.3K 1.3K 400
                                    

"Harraz...." Tengku Akma berdiri di hadapan pintu bilik anak terunanya. Hampir dua minit dia di situ namun masih lagi tiada sahutan dari Harraz.

Tengku Akma terus membuka pintu bilik Harraz dan menjenguk sedikit ke dalam.

Harraz sedang tidur. Selimut menutupi seluruh tubuhnya hingga ke paras leher lelaki itu. Tengku Akma hanya tersenyum kecil. Perlahan-lahan wanita itu melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya di sebelah Harraz.

"Harraz...." panggil Tengku Akma lembut.

Tangannya diletakkan di atas dahi Harraz. Panas. Lelaki itu demam.

Sudah tiga hari sebenarnya Harraz pulang ke rumah mummy nya. Namun, lelaki itu jarang sekali keluar dari bilik. Tidak seperti dulu.

"Harraz.... Bangun, mummy masak bubur ni" kejut Tengku Akma lagi. Bahu anaknya digoncang perlahan.

Harraz mula terjaga apabila mendengar suara halus dari mummy nya itu. Lelaki itu menggeliat kecil sebelum membuka matanya.

"Ermm. Why mummy?" soal Harraz lemah.

"Makan bubur ni. Hari ni Harraz tak makan apa-apa pun lagi" kata Tengku Akma sedikit tegas. Bubur mangkuk diserahkan kepada Harraz namun lelaki itu menolak. Matanya kembali terpejam.

"Harraz tak larat mummy. I need to sleep" ujar lelaki itu lemah.

"Duduk cepat. Mummy suap" kata Tengku Akma sedikit tegas. Harraz hanya mengeluh.

Mahu atau tidak dia terpaksa ikut arahan mummy nya itu. Jika tidak, pasti dia akan dibebel sepanjang hari.

Lelaki itu duduk dan bersandar di kepala katil. Selimut dibetulkan dan dia menatap wajah manis Tengku Akma.

"Buka mulut..."

Harraz hanya menurut. Lelaki itu membuka mulutnya dan Tengku Akma menyuapkan bubur padanya. Setelah selesai makan Harraz kembali berbaring.

Baru saja dia mahu memejamkan mata, belakangnya ditepuk kuat oleh Tengku Akma.

"Aduh! Mummy! Apa pukul Harraz ni?" cebik lelaki itu. Tengku Akma menjeling Harraz tajam.

"Lepas makan jangan baring. Tak elok. Duduk cepat, mummy pergi ambil ubat" kata wanita itu lagi sebelum dia beredar ke dapur untuk mengambil panadol.

Harraz merengus kecil. Dia kembali duduk dan bersandar pada kepala katil. Menunggu mummy nya yang pergi mengambil ubat untuknya.

Tengku Akma kembali dengan dua biji panadol beserta air suam di tangannya. Ubat dan gelas itu diserahkan kepada Harraz.

Lelaki itu menyambut lemah. Lambat-lambat dia menelan dua biji ubat itu. Selesai makan ubat, Harraz berbaring di atas riba Tengku Akma. Matanya dipejam seketika.

"Harraz tak ada apa-apa nak cerita dengan mummy?"

"Tak..."

"Anak mummy yang mummy kenal bukan macam ni. Kenapa lesu semacam je sejak balik dari Langkawi haritu?" soal Tengku Akma lagi. Risau dengan perubahan anaknya sejak akhir-akhir ini.

"Mummy...."

"Hmm?"

"Hina sangat ke Harraz ni mummy? Jahat sangat ke Harraz-"

"Apa cakap macam tu? Harraz bukan jahat, Harraz nakal je sikit" kata Tengku Akma. Tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh anaknya tadi.

Harraz hanya tersenyum hambar. Tangan mummy nya diraih dan dikucup lembut.

"Thank you mummy. Thank you sebab jaga Harraz. I'm sorry sebab selalu tak dengar cakap mummy. Maafkan Harraz please mummy" ucap Harraz sayu.

Haih.. Hatinya terasa sungguh sebak malam itu. Makin sebak apabila lelaki itu teringatkan Hannah. Air mata cuba ditahan supaya tidak mengalir.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now