Bab 23 🦋

14.4K 1.2K 70
                                    

"Siapa tu Hannah?"

"Tetamu kita untuk harini" balas Hannah ringkas sebelum dia menyambung menghidangkan makanan di atas meja makan.

Zyad, Aniq dan Harraz sedang berborak di ruang tamu. Kebetulan pula hari ini Hafiz pulang jadi sempatlah mereka bertiga berkenalan dengan abang Hannah.

"Nanti Kak Irah tolong panggilkan Ernie boleh? Hannah rasa dia tertidur tu"

"Boleh. Kak Irah naik kejap ya" bayang Munirah hilang daripada ruangan dapur itu menuju ke tingkat atas untuk mengejutkan Ernie yang sudah tertidur itu.

"Sweetheart..." seruan itu membuatkan Hannah terkaku seketika. Tubuhnya dipusingkan menghadap ke arah pemilik suara yang memanggilnya itu.

"Saya rasa saya cakap bahasa Melayu dengan awak kan? Jangan panggil saya sweetheart. Nanti kawan-kawan awak ingat kita ni ada apa-apa pula" kata Hannah tegas. Jujur, dia kurang selesa dengan panggilan yang Harraz berikan kepadanya itu.

"So what? Mulut aku so suka hati aku la nak panggil kau apa. Kawan-kawan aku tu memang suka mengusik, kau jangan la serius sangat"

Mata hazel milik Hannah menjeling tajam ke arah Harraz yang sedang berdiri di sebelahnya itu.

"Diamlah"

Harraz tergelak mendengar kata-kata yang keluar itu. Sudah lama dia tidak mengusik gadis itu. Seronok juga bergaduh dengan Hannah.

"Jangan marah sweetheart, nanti cepat tua. Kalau hodoh nanti dah tak ada orang nak dekat kau. Jadi anak dara tua nanti baru kau tahu"

"Harraz... Saya kata jangan panggil saya-"

"Shh... I don't want to hear anything. Okay?"

"Tepi..."

"Kalau nak panggil kau sweetheart kita kena ada 'apa-apa' kan? So, jomlah!" ajak Harraz tiba-tiba membuatkan dahi Hannah berkerut.

"Jom apa?"

"Jom kahwin"

Harraz hanya tergelak. Bibirnya perlahan-lahan mengukirkan satu senyuman sambil matanya meneliti setiap inci wajah Hannah.

"Forget about it. Bila kita boleh makan? Aku lapar" ujar Harraz sebelum dia mengambil tempat di kerusi makan di hadapan Hannah. Tangannya ditongkat pada dagu dan matanya bertembung dengan Hannah.

"Kejap. Saya pergi panggil kawan-kawan awak" kata Hannah kemudian dia melangkah ke arah ruang tamu. Terlihat Aniq, Zyad dan Hafiz sedang rancak berborak.

"Ehem! Nak berborak sampai isya' ke ni?"

"Kitorang tunggu kau la ni. Masak punya la lama macam masak untuk kenduri" ujar Hafiz sengaja mahu bergaduh dengan adiknya.

Hannah hanya membiarkan saja usikan abangnya itu. Mereka berempat berlalu ke meja makan. Ernie dan Harraz sudah pun duduk menunggu mereka semua untuk makan tengah hari.

"Thank you Hannah, sudi masakkan untuk kami, tetamu yang tak diundang ni" ujar Aniq. Zyad pula hanya tersenyum.

"Tak ada apalah. Lagipun, awak dengan Zyad kan first time datang sini jadi apa salahnya saya jamu makan. Lepas ni, kalau ada nak pergi mana-mana bagitahu je. Saya boleh bawakan" kata Hannah ramah.

Ernie dan yang lain hanya tekun pada makanan masing-masing. Aniq dan Hannah yang banyak berborak berbanding dengan yang lain.

"Awak ada adik-beradik lain ke Hannah?"

"Ada. Saya ada kakak, tapi dia sibuk sikit. Tak dapat join kita hari ni"

Aniq hanya mengangguk. Sekali-sekala dia menghirup air bandung yang dihidangkan oleh Hannah.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now