Bab 36 🦋

14.8K 1.3K 222
                                    

"Rissa..."

"Kau nak apa Harraz? Pagi-pagi dah menyemak depan gallery aku. Tak ada kerja ke?" kata Rissa Delilah bersama keluhan. Matanya sibuk membelek fail-fail yang masih bersepah di atas meja kerjanya. Wajah Harraz di hadapannya itu langsung tidak dipandang.

"Kau tahu tak mana Hannah? Semalam aku pergi rumah dia dekat Langkawi lepastu Ernie kata Hannah dah balik sini. Tapi aku pergi rumah dia tadi dia tak ada pun" kata Harraz menjelaskan lagi sebab kenapa dia berada di gallery Rissa pada awal bagi sebegini.

Lelaki itu sanggup pulang ke Johor semula semata-mata untuk berjumpa dengan Hannah. Kalau diikutkan mereka baru saja tiga hari tidak berjumpa.

Harraz sebenarnya risau dengan keadaan Hannah. Dia banyak kali menelefon Hannah namun satu pun panggilannya tidak berjawab. Mesej yang dia hantar pada Hannah juga tidak dibaca apatah lagi dibalas.

"Entahlah Harraz. Aku tak tahu. Kau tu, cuba la jangan kacau Hannah tu hari-hari. Kesian dia kena layan kau yang entah apa-apa ni"

Harraz sudah mencebik. Dia bangun dan berjalan di sekeliling pejabat Rissa. Bingkai gambar keluarga Rissa dilihat seketika sebelum ianya diletakkan semula. Lelaki itu kini kembali melihat Rissa yang masih sibuk dengan kerjanya.

"Aku bukan kacau dia la. Kau apa tahu"

"Kau tak ada apa-apa lagi kan? Please balik Harraz. Aku banyak lagi kerja nak kena siapkan ni. Kau mengganggu aku tahu tak?" keluh Rissa. Kepalanya benar-benar pening ketika ini. Gadis itu tidak ada mood untuk bersembang. Dia serabut dengan kerja-kerjanya yang masih lagi belum siap.

"Aku tak akan balik selagi kau tak nak bagitahu aku mana Hannah"

"Kau ni kenapa-"

Kata-kata Rissa terhenti apabila telefonnya berbunyi. Melihat siapa yang menelefonnya membuatkan Rissa melihat Harraz. Bibir lelaki itu sudah mengukirkan satu senyuman.

"Angkat cepat" arah Harraz selamba. Rissa berdecit. Butang hijau ditekan dan telefon itu diletakkan di tepi telinga.

"Hello?"

"Loud speaker Miss Rissa Delilah" bisik Harraz yang sedang berdiri di hadapan Rissa. Gadis itu menjeling Harraz sebelum jarinya menekan butang pembesar suara.

"Cik Rissa ada dekat gallery tak harini?"

"Ada, kenapa Hannah?"

"Ouh, saya ingat saya nak datang gallery. Nak ambil barang-barang saya yang tertinggal dulu"

Mendengar itu, Harraz terus tersenyum lebar.

"Datanglah. Barang-barang awak saya dah kemaskan semua letak dalam satu kotak. Nanti awak datang ambil dekat store belakang, tahu kan?"

"Tahu. Okaylah Cik Rissa. Saya letak dulu, jumpa kejap lagi"

"Okay Hannah. Drive elok-elok"

Rissa meletakkan panggilan itu. Wajah Harraz yang masih dengan senyuman itu dijeling tajam.

"Kau senyum-senyum ni kenapa? Buang tabiat"

"Tch. Suka hati aku la. Bibir aku kan. Kalau aku senyum pun bukan masalah kau"

Tiba-tiba telefon Rissa berbunyi sekali lagi menandakan notifikasi mesej baru saja masuk. Gadis itu membuka ruangan Whatsapp dan membaca mesej yang dihantar.

"Pergilah turun bawah. Hannah dah sampai"

"Thank you. Nanti aku belanja makan" kata Harraz sebelum dia berlari turun ke tingkat bawah gallery Rissa. Bayang Hannah dicari namun masih lagi tidak kelihatan.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now