Bab 41 🦋

16.9K 1.4K 429
                                    

Hannah garu kepala. Dirinya dari tadi asyik termenung. Kata-kata Hasif pagi tadi membuatkan gadis itu tidak tentu arah.

"Kenapa lepas satu masalah selesai, datang masalah lain?" keluh Hannah. Kukunya digigit. Gadis itu tidak senang duduk.

"Harraz..." Nama itu sudah berulang kali meniti di bibirnya hari ini. Hannah buntu. Gadis itu tidak tahu bagaimana dia perlu beritahu Harraz tentang hal yang sedang kusut difikirannya kini.

Hannah melihat jam. Sekarang baru pukul tiga petang, masih sempat jika dia mahu berjumpa dengan Harraz di Hotel Grand Roses.

Tanpa berlengah dia pantas mencapai kunci kereta Myvi miliknya dan menuju ke Hotel Grand Roses.

Dalam perjalanan dia ke situ, otaknya tidak berhenti berfikir bagaimana dia mahu menyusun ayat supaya Harraz tidak akan terasa dengannya.

Apabila gadis itu tiba di Hotel Grand Roses, dia pantas bergegas masuk ke dalam hotel itu. Selesai dia menghantar pesanan kepada Harraz, gadis itu menunggu Harraz di dalam kafe hotel.

Hampir lima minit berlalu, Harraz akhirnya tiba di situ. Dari jauh Hannah sudah dapat melihat senyuman manis Harraz. Pasti lelaki itu senang dengan kehadirannya yang agak tiba-tiba itu.

"Hye..." tegur Harraz dengan suara serak-serak basahnya. Lelaki itu tanpa berlengah terus saja mengambil tempat di hadapan Hannah.

Dahi Harraz berkerut apabila Hannah tidak menyedari kehadirannya. "Sweetheart? You okay?" soal Harraz risau. Wajah resah gadis itu ditatap lama.

"Eh Harraz? Bila awak datang?" soal Hannah kekeliruan. Dia terlalu fokus dengan lamunannya sehingga tidak menyedari Harraz yang sudah berada di depan mata.

"Kau fikir apa? Aku dah dekat seminit ada depan kau" soal Harraz pula. Pelik dengan tingkah laku Hannah hari ini.

Gadis itu hanya menggelengkan kepala. Jus tembikai dihirup sedikit, membasahkan tekak sebelum dia membuka bicara.

"Sorry...."

"Nah, it's okay. By the way, kau datang tiba-tiba nak jumpa aku ni kenapa? Rindu?" tanya Harraz. Bibirnya tersenyum senget. Suka betul mengusik Hannah.

"Bukanlah. Saya ada benda penting nak cakap dengan awak-"

"Ouh before that, jom ikut aku dulu? Aku ada benda nak tunjuk dekat kau"

Tanpa menghiraukan kata-kata Hannah, dia menarik hujung lengan baju gadis itu ke suatu tempat. Hannah pula hanya terkebil-kebil. Mahu membantah, pasti Harraz tidak akan mendengarinya.

"Kenapa awak bawa saya dekat sini?" soal Hannah keliru. Dewan besar yang kosong itu dilihat seketika sebelum pandangannya beralih pada Harraz yang tidak berhenti tersenyum.

"Kalau kita nikah nanti.... Aku ingat nak buat majlis kita dekat sini. What do you say sweetheart?" soal Harraz. Tersenyum lebar lelaki itu apabila membayangkan majlis perkahwinan dia dan Hannah nanti.

Gadis itu tersenyum tipis. Hatinya tidak berhenti memaki diri sendiri. Bibirnya diketap.

"Harraz saya sebenarnya-"

"Mesti nanti meriah kan? Kawan-kawan aku datang, kawan-kawan kau pun datang. Family kita.... Aku tak sabar-"

"Harraz saya dah nak kahwin...." tutur Hannah perlahan. Gadis itu menunduk, tidak mahu bertatap mata dengan Harraz. Rasa bersalah mula menebal dalam dirinya.

Harraz terkaku seketika. Senyumannya pudar. Wajah Hannah yang resah itu dilihat sekilas.

"Nice joke. Sorry tapi tak kelakar" ucap lelaki itu bersahaja. Cuba untuk berfikiran positif dan menganggap semua kata-kata Hannah itu adalah sekadar gurauan semata.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now