Bab 22 🦋

15.7K 1.3K 72
                                    

Mummy! I told you! I can take care of myself!

Harraz, mummy bukan tak percayakan Harraz. Aniq and Zyad kata diorang bosan so that's why mummy cakap yang Harraz ada dekat Langkawi. Mummy tak suruh pun diorang pergi sana pantau Harraz

Stop it mummy. You always like this. Im not a kid. I'm a man now. Harraz tahu Harraz selalu buat masalah but itu dulu bukan sekarang. I already stop drinking. Harraz dah tak sentuh air kencing setan tu.

I'm sorry darling... Mummy...

Panggilan itu ditamatkan oleh Harraz. Telefon pintarnya dicampakkan di atas katil. Kalau diikutkan hati mahu saja dia menghempas telefon tadi pada dinding.

"Trust issue dengan anak sendiri. Benci betul"

Harraz merebahkan dirinya. Air rambutnya yang mengalir dikesat kasar. Lelaki itu mengusutkan rambutnya.

Sekarang ini Aniq dan Zyad sudah berada di Langkawi bersamanya. Bagaimana dia tahu? Mereka berdua menerjah masuk ke dalam bilik Harraz semalam. Mujur saja Harraz tidak membuat laporan polis kerana lelaki itu sangka ada penceroboh yang masuk ke dalam biliknya.

Telefon Harraz berdering sekali lagi. Lelaki itu memandang nama pemanggil dengan malas. Dengan lambat dia mengangkat panggilan itu.

"Good morning sahabat! Apa khabar wahai sahabat saya?"

"Kau tak payah nak sahabat sangat la. Ada apa kau telefon aku pagi-pagi ni? Tak puas lagi ke kacau aku semalam?"

Tawa Aniq dan Zyad bergema di hujung talian membuatkan Harraz berdecit. Ini yang rasa nak bagi makan penumbuk ni!

"Oi syaitan! Aku tanya kenapa kau call aku?"

"Sebelum aku kemukakan hajat aku, cuma nak tanya kau solat subuh tak? Ke, subuh gajah lagi?" soal Zyad pula. Dia mengambil telefon pintar pada tangan Aniq.

"Dah" jawab Harraz pendek membuatkan dua kawannya itu terdiam seketika.

"Wah! Seriously?! Harraz solat subuh la geng! What an improvement! I'm so proud of you sahabat!!!" jerit Aniq kuat.

"Cepatlah. Kau nak apa ni?" tanya Harraz kembali apabila pertanyaan itu tidak dijawab.

"Kau siap-siap tau! Kejap lagi kitorang sampai depan pintu bilik kau. Aku nak ajak kau naik jet ski. Jangan lambat!" kata Aniq sebelum menutup panggilan itu tanpa salam.

Harraz berdecit. Lambat-lambat dia bangun dari katil dan berdiri di hadapan meja solek di dalam bilik resort itu. Pengering rambut diambil dan suis dihidupkan.

Lelaki itu mengeringkan rambutnya. Namun, perbuatan dia itu terhenti apabila terdengar pintu biliknya diketuk.

"Cepat betul sampai. Kilat ke apa?"

Tanpa berlengah dia melangkah mendekati pintu dan membukanya perlahan.

"Ahh!"

Harraz mengerutkan keningnya. Hannah? Apa gadis itu buat di sini pagi-pagi begini?

"Sweetheart? What are you doing here?"

"Pergi pakai baju Harraz! Arghhh!" sekali lagi Hannah menjerit. Matanya ditutup rapat dan dirinya dipusingkan. Belakang badan Hannah kini yang menghadap tubuh Harraz.

Bibirnya mengukir satu senyuman apabila melihat reaksi Hannah tika ni. Lelaki itu, smirk.

Harraz tidak berbaju. Cuma bertuala di pinggang paras lutut. Perit air liur ditelan apabila melihat tubuh well-built milik Harraz itu.

Lelaki itu masih lagi kekal berdiri dan tidak berganjak. Dirinya tenang tidak seperti Hannah. Bauan maskulin lelaki itu tepat menusuk ke dalam rongga hidungnya.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now