Hannah termenung. Kotak fikirannya masih lagi memikirkan kata-kata Hafiz minggu lalu. Dia buntu dengan keputusannya sekarang. Betulkah apa yang dia buat ini.
"Kenapa aku pula kena jaga resort abah? Pekerja-pekerja abah kan ramai, kita carilah mana yang sesuai untuk jadi manager resort tu"
"Kau tak dengar apa peguam abah cakap haritu? Abah nak salah seorang dari kita yang jaga resort abah bukan pekerja dia. Lagi satu, kalau tak ada yang nak jaga resort abah harta pusaka abah tu tak boleh nak dibahagikan" jelas Hafiz lagi.
Hannah sudah merengus tidak puas hati. Kenapa dia perlu memikul tanggungjawab ini?
"Biar je la. Lagipun aku ada kerja bukannya boleh sesuka hati tinggalkan kerja aku. Even bos aku tu kawan aku sekalipun, tak elok juga aku asyik cuti je. Ni kalau aku jaga resort abah entah berapa lama lagi aku kena minta cuti" kata Hannah cuba untuk membantah.
"Kau berhentilah. Lagipun kau kan jadi penjaga kaunter je dekat galeri Delilah tu. Apa salahnya kau berhenti dan jaga resort abah. Ini pun amanah abah juga, bukannya aku saja-saja nak suruh kau"
"Betul cakap Hafiz tu. Kerja kau bukan macam kitorang. Aku kalau nak berhenti kerja pun makan masa. Kau seorang je yang paling sesuai untuk jaga resort abah sekarang ni" tambah Hani menyokong kata-kata abangnya itu.
Hannah berdecit. Bila datang tentang hal abah semuanya nak diserahkan pada dia. Bukannya dia tidak mahu tapi dia tidak minat untuk menguruskan resort itu buat masa ini.
Tambah pula dia tidak punya apa-apa pengalaman tentang bidang perniagaan. Bagaimana dia mahu menguruskan resort itu nanti?
"Kau cakap senang la Hani. Nanti yang uruskan resort abah tu aku, yang pening kepala aku. Kau dengan Hafiz sedap je lepas tangan" bidas Hannah tidak puas hati. Gadis itu menjeling abang dan kakaknya sekilas.
Hafiz sudah mengeluh. Tahu sajalah perangai adik bongsunya ini. Keras kepala, tidak mahu mengalah.
"Hannah, aku minta tolong kau jaga resort abah sebab ni amanah abah. Tak lama pun Hannah, setahun je. Lepastu kalau kau nak kerja semula kau kerja la. Aku akan cari orang baru untuk jaga resort abah" pinta Hafiz perlahan. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Hannah. Gadis itu meraup mukanya.
"Boleh ya Hannah?" pujuk Hafiz lagi. Lelaki itu tersenyum lega apabila melihat Hannah yang mendiamkan diri itu.
"Setahun je. Lepastu kau dengan Hani pula yang uruskan resort abah tu" kata Hannah perlahan. Apa lagi yang dia boleh buat melainkan bersetuju dengan permintaan abangnya itu.
Hafiz mengangguk laju. Lega hatinya bila Hannah sudi untuk menguruskan resort abah mereka itu. Ringanlah sedikit beban di kepalanya.
"Aku janji. Nanti kalau ada masa, aku balik cuti aku akan tolong kau uruskan resort tu. Hani, kau pun kalau hujung minggu tu balik la sini. Tolong Hannah apa yang patut" pesan Hafiz lagi.
Kedua adiknya itu hanya mengangguk. Masing-masing akur dengan keputusan abang sulung mereka.
"Lusa aku dah kena balik KL. Lagi tiga bulan baru aku balik semula. Kau jaga diri. Kalau takut duduk sorang kau suruh Kak Irah teman kau"
"Aku pun nak balik dah. Esok aku kerja. Nanti Ahad ni aku datang" kata Hani sebelum dia melangkah ke arah pintu rumah Haji Safuan itu.
Hannah hanya memandang sekilas pada kakaknya itu. Kepalanya sesak memikirkan yang dia perlu menguruskan resort abahnya.
"Hafiz, kau janji kan kau tolong aku jaga resort abah?"
"Ya, aku janji. Dah, kau jangan serabutkan fikiran kau. Aku janji mana aku mampu aku akan tolong kau nanti"
Satu tepukan pada bahunya membuatkan gadis itu tersentak dari lamunannya. Dia pantas memusingkan badannya ke belakang menghadap Munirah yang tegak berdiri.
Gadis itu tersenyum melihat gelas pada tangan Munirah. Tanpa menunggu dia terus mengambil gelas itu dan menghirup air yang dibuat oleh Munirah.
"Thank you Kak Irah. Tahu tak, hot chocolate Kak Irah ni lagi sedap dari yang dekat kafe, sebab tu Hannah makin gemuk. Hari-hari minum hot chocolate" omel Hannah sebelum dia menghirup lagi air itu.
Munirah tertawa kecil mendengar pujian Hannah. Bukannya dia tidak tahu yang Hannah ini adalah hantu coklat.
"Ada-ada je Hannah ni. Puji Kak Irah ni mesti ada apa-apa kan?"
"Eh, mana ada. Hannah ikhlas ni puji Kak Irah. Patutlah Abang Ikmal sayang sangat dekat isteri dia ni. Dah la cantik, masak pun pandai" puji Hannah lagi.
Munirah menahan senyumannya mendengar kata-kata Hannah. Pandai betul gadis ini mengambil hatinya.
"Dah la tu puji Kak Irah. Nanti Kak Irah kembang, tak ke cari nahas tu. Ni, Hannah bila nak pergi tengok resort Tuan Haji?"
"Mungkin lusa kot Kak Irah. Hannah nak kena settlekan banyak benda lagi ni. Bos Hannah pun Hannah tak call lagi. Entah apa la dia cakap nanti bila Hannah minta nak berhenti kerja"
"Hannah sabar la ya. Insyaallah ada kebaikan disebalik setiap kesulitan. Kalau Hannah nak pergi tengok resort bagitahu Kak Irah tau. Nanti Kak Irah suruh Abang Ikmal bawakan"
"Eh, tak apalah akak. Hannah boleh je pergi sendiri. Lagipun resort abah dengan rumah ni tak adalah jauh mana. Hannah drive sendiri je nanti"
Munirah hanya mengangguk. Wanita yang berumur antara 30-an itu mula melangkah keluar dari bilik Hannah meninggalkan gadis itu sendiri.
Dia kembali termenung. Matanya melihat isi langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang bersinar. Satu senyuman tipis muka terukir pada bibirnya.
Badannya direbahkan di atas katil sebelum gadis itu memejamkan mata, bersedia untuk tidur.
"Tidur Hannah. Jangan fikir apa-apa dah. Percaya yang semua ni ada hikmah disebaliknya. Tidur dan mulakan hari baru. Lupakan apa yang dah jadi selama ni" kata Hannah sendiri sebelum dirinya perlahan-lahan dibuai mimpi.
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...