Bab 37 🦋

13.8K 1.3K 416
                                    

"Hannah.... Kenapa kau menangis? Aku report dekat Harraz nanti baru tahu"

"Mana ada aku menangis" nafi Hannah. Gadis itu berjalan ke ruangan dapur. Mi segera diambil beserta dengan sebuah periuk.

"Kau kalau nak menipu boleh bijak sikit tak? Mata merah, tisu penuh dalam tong sampah tu apa?"

"Aku selesema, bukan menangis"

"Iye la kau tu. Harraz mana? Dah lama aku tak nampak dia, selalu ada je dia datang rumah ni nak jumpa kau" soal Ernie pula. Kerusi ditarik dan dia duduk menghadap Hannah yang sedang memasak mi segera. Tudungnya dibetulkan sedikit sebelum dia melirik ke arah jam tangannya.

"Mana la aku tahu. Kau tanya aku kenapa" jawab Hannah dingin. Entah kenapa dia rasa serabut apabila Ernie asyik menyebut nama Harraz.

"Tanya pun nak marah. Aku nak keluar ni, maybe balik lambat sikit" kata Ernie. Beg tangannya dicapai.

"Dating dengan Zyad la tu" kata Hannah perlahan namun dapat didengari oleh Ernie. Gadis itu serta-merta menjeling Hannah sebelum dia melangkah keluar dari rumah meninggalkan Hannah sendirian.

Gadis itu hanya menggelengkan kepala. Mi segera tadi di letakkan ke dalam mangkuk. Dia mengambil mangkuk mi segera itu dan berjalan ke arah biliknya.

Sambil dia menyuapkan mi segera ke dalam mulutnya sambil itu juga matanya melirik ke arah telefon pintarnya. Gadis itu mengeluh. Garfu diletakkan dan dia mengambil telefon pintarnya itu.

"Dia marah aku lagi ke?" tutur Hannah sendirian. Nama Harraz yang tertera pada contact list  itu ditatap lama. Dia menghela nafas berat. Telefonnya diletakkan kembali.

Tiba-tiba dia teringatkan kejadian dia dan Harraz sewaktu di warung tepi pantai dulu. Pasti lelaki itu masih terasa dengan kata-katanya tempoh hari. Sudah hampir seminggu Harraz menghilangkan diri.

Apabila dia menelefon Harraz, lelaki itu tidak sekali pun menjawab panggilan darinya. Mesej yang dia hantar juga tidak dibaca oleh Harraz.

Lamunan Hannah terhenti apabila gadis itu mendengar bunyi kaca pecah di tingkat bawah. Dia menelan air liur perit. Pasti ada seseorang sedang menceroboh masuk rumahnya.

Dia mahu keluar dan melihat apa yang ada diluar namun ketakutan masih menguasai dirinya. Hannah mencapai kayu besbol yang berada di tepi pintu biliknya.

Bunyi derapan kasut penceroboh itu semakin mendekat. Hannah mengurut dadanya yang semakin berdetak kencang. Telinga menangkap bunyi pintu bilik sebelah yang ditendang. Mungkin penceroboh itu sedang mencarinya.

"Mana kau Hannah....." perlahan suara garau itu menyeru nama Hannah. Gadis itu menelan air liur perit. Dia berlari dan bersembunyi disebalik almari. Telefon masih kekal di tangannya.

Gadis itu buntu. Tanpa berfikir dia menelefon nombor Harraz. Namun, setiap kali dia menelefon nombor itu dia mendengar bunyi ringtone  yang mirip dengan ringtone  Harraz dari luar bilik.

"Tak....." Sekali lagi gadis itu menekan dadanya. Mustahil sangkaannya selama ini betul?

Pintu biliknya yang masih berkunci itu ditendang kuat oleh penceroboh menyebabkan cermin biliknya terjatuh lalu pecah. Kaca kini berteraburan di sekitar lantai bilik. 

"Kau cari ni?" satu telefon pintar dicampak ke atas lantai. Penceroboh itu tersenyum sinis. Matanya masih mencari susuk tubuh Hannah yang sedang bersembunyi itu.

"Sorry for you tapi Harraz tak akan datang selamatkan kau" kata lelaki itu sinis. Hannah mengetap bibirnya. Kayu besbol digenggam erat.

"Kau tahu Hannah.... kalau dari awal kau bagi aku resort tu semua ni tak akan jadi. Munirah tak akan mati, abah pun mungkin akan hidup lagi. Semua ni salah kau! Kenapa kau perlu wujud? Kau tu cuma anak yang tak guna, kau tak berhak pun dapat tanah tu! Aku! Aku yang banyak jasa ni sepatutnya jadi pewaris abah, bukan kau! Kau tu pembawa bala!"

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now