Bab 38 🦋

14.8K 1.3K 234
                                    

"Sweetheart.... wake up please" lelaki itu mengeluh. Hannah yang masih lagi tertidur itu ditatap lama. Gadis itu masih lagi belum sedar sejak dia pitam selepas kejadian ngeri semalam.

"I'm sorry sweetheart... I'm sorry"

"H...Harraz?" seru Hannah perlahan. Gadis itu mula terjaga apabila mendengar suara garau Harraz yang tidak berhenti menyebut perkataan maaf. Mata lesu gadis itu menatap mata Harraz yang merah akibat menangis.

"Sweetheart? You okay?" pertanyaan lelaki itu menerima anggukan daripada Hannah.

"Stay here. I'll bring the doctor" kata lelaki itu namun langkahnya ditahan oleh Hannah. Gadis itu memegang hujung lengan baju Harraz.

"Tak apa. Saya okay..." kata Hannah lemah. Bibirnya mengukirkan satu senyuman tipis, cuba untuk meyakinkan Harraz yang keadaannya baik. Lelaki itu mengeluh sekali lagi. Dia kembali duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil Hannah.

"I'm sorry sweetheart. I failed to protect you. I broke my promise. I'm truly sorry" tutur Harraz perlahan. Wajahnya menunduk memandang lantai. Tidak mahu bertentang mata dengan Hannah.

"Awak janganlah cakap macam tu. Awak tak salah apa pun dengan saya. Saya ni yang patut minta maaf dengan awak sebab syak awak sebelum ni. I'm sorry too" kata Hannah pula. Mata Harraz yang bengkak itu ditelek seketika.

"Kesian awak. Sebab saya, awak kena pukul sampai teruk macam ni"

"This is nothing sweetheart. Just for you to know, I'll take the pain if that for you" kata Harraz bersama senyuman di bibir. Bubur yang berada di dalam plastik diambil dan lelaki itu menghulurkannya kepada Hannah.

"Apa?"

"Makanlah. Kau dari semalam tak makan, aku tahu kau lapar" kata lelaki itu lagi dan meletakkan bubur itu di atas telapak tangan Hannah. Namun, gadis itu menolak.

"Awak je la yang makan. Saya tak ada selera-"

"No excuse sweetheart. Badan kau lemah, kalau tak makan nanti lagi lemah"

"Saya tak nak la Harraz-"

"Ke kau nak aku suap? Aku boleh je" lelaki itu tersenyum nakal. Melihat Hannah yang berdecit, lelaki itu terus tertawa kecil. Bubur pada tangannya dirampas kasar oleh Hannah.

"Sweetheart...."

"Hm?"

"Aku sebenarnya-"

"Hannah! Ya Allah!!!!!" Pintu wad Hannah dirempuh oleh beberapa manusia.

Zyad, Aniq, Rissa dan Ernie.

Mereka berempat berlari ke arah Hannah yang masih lagi terbaring di atas katil hospital. Harraz yang berada di sebelah Hannah itu ditolak selamba oleh Aniq. Mereka mengelilingi Hannah yang masih terpinga-pinga dengan kehadiran mereka berempat itu.

"Hannah? Awak okay? Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Kau dah makan? Kau ada sakit mana-mana tak?"

"Macam mana dengan penceroboh tu? Dah dapat tangkap?"

"Korang memang suka kacau daun kan? Tak boleh ke tengok aku dengan Hannah tenang sekejap?" celah Harraz apabila mereka berempat sibuk bertanya.

Tubuh Aniq ditolak sedikit sebelum lelaki itu mencelah masuk diantara Aniq dan Zyad.

"Kau juga yang cakap dekat aku haritu, kalau kita berdua pasti ada yang ketiga"

"Baguslah, akhirnya mengaku diri kau tu setan" kata Harraz selamba. Aniq mengetap bibirnya sebelum dia beralih pada Zyad dan membisikkan sesuatu pada lelaki itu.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now