Bab 44 🦋

17.6K 1.6K 795
                                    

"Hannah.... Jangan menangis. Rosak make up kau" kata Ernie. Cuba untuk memujuk Hannah yang dari semalam tidak berhenti menangis.

"Aku tak nak Ernie. Aku tak nak teruskan perkahwinan ni. Aku tak cintakan dia. Hati aku milik Harraz, bukan Rykarl" tangis Hannah lagi.

Telefonnya dicapai. Dia menekan nombor Harraz namun masih tidak berjawab. Sejak semalam lagi dia cuba untuk menghubungi lelaki itu namun tidak berjaya.

Ernie menunduk. Tangannya naik memegang jari-jemari Hannah.

"Kau kuat. Aku tahu kau kuat. Percaya dengan takdir dan aturan Allah" pujuk Ernie lagi.

Dia memeluk sahabatnya itu. Hannah sudah tidak mampu bertahan lagi. Di situ juga air matanya mengalir.

"Kak Hannah. Kita kena turun, pengantin lelaki dah sampai" ujar Husna. Dia hanya mampu melihat Hannah yang tidak berhenti menangis. Mata gadis itu juga sudah memerah.

"Kau pergi tukar baju. Lepastu, Kak Ina nak touch up make up kau" pesan Ernie.

Hannah masuk ke dalam bilik air. Baju nikahnya hanya ditatap kosong. Mengalir lagi air matanya.

"Harraz...." Nama itu tidak berhenti keluar dari bibir Hannah. Sejak dari majlis pertunangannya dulu, dia tidak pernah berjumpa dengan Harraz lagi.

Apabila dia bertanyakan kepada Aniq, jawapan lelaki itu cuma satu. Harraz tidak mahu diganggu dan tidak mahu berjumpa dengannya.

Hannah tahu, dia telah lukakan hati seorang Tengku Harraz Rizqi.

Hannah keluar daripada bilik persalinan dan duduk di meja solek. Kak Ina menambahkan sedikit solekan pada wajah pucat Hannah.

Gadis itu hanya mendiamkan diri. Sepatutnya di hari perkahwinan seperti ini dia gembira. Namun, perasaan gembira itu telah terganti dengan perasaan kecewa.

Dia kecewa dengan dirinya sendiri.

"Hannah, jom?"

Hannah hanya mengangguk lemah. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia berjalan keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

Gadis itu hanya menunduk. Tidak mahu bertatap mata dengan Rykarl dan tetamu-tetamu yang hadir di situ.

Dia duduk di pelamin. Matanya masih lagi memandang ke bawah. Air mata pula cuba untuk ditahan supaya tidak mengalir.

"Semua dah sedia?" soal Haji Rahim, selaku tok kadi yang bakal menikahkan mereka berdua.

Semuanya sekadar mengangguk. Hannah mengetap bibirnya. Air matanya gagal ditahan.

"Bismillahirrahmanirrahim.... Aku nikahkan dikau Tengku Harraz Rizqi Bin Tengku Hanif Omar dengan Hannah Sufiya Binti Safuan dengan mas kahwinnya satu ratus ribu ringgit tunai"

Harraz menarik nafasnya dalam. Lelaki itu melirik ke arah Hannah sebentar sebelum matanya kembali pada Haji Rahim.

"Aku terima nikahnya Hannah Sufiya Binti Safuan dengan mas kahwinnya satu ratus ribu ringgit tunai"

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah...."

Dengan sekali lafaz, Harraz dan Hannah sudah sah bergelar suami isteri. Lelaki itu tersenyum.

Hannah terkaku. Dia tak tersalah dengar kan?

Perlahan-lahan gadis itu mengangkat wajahnya. Mata hazelnya bertemu dengan mata hitam pekat Harraz yang sedang menadah tangan.

Lelaki itu tersenyum manis. Sungguh segak dia di dalam baju Melayu putih itu. Hannah tergamam. Bibirnya tidak mampu mengungkapkan apa-apa pun ketika ini.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now