Bab 58 🦋 {end}

25K 1.6K 304
                                    

Harraz mendekati isterinya yang sedang duduk bersila di atas tikar. Angin pantai menyapa wajah mereka.

Raees berada di atas riba ibunya. Begitu cepat masa berlalu, kanak-kanak kecil itu kini sudah pun berusia lapan bulan.

Harraz melabuhkan punggungnya di sebelah Hannah. Pipi gadis itu dikucup sekilas tanpa menghiraukan sekeliling.

"Harraz, kita dekat public ni" tegur Hannah perlahan. Lelaki itu tersengih. Dia menunduk sedikit dan mencium kedua pipi anaknya. Hidungnya bersentuhan dengan hidung anaknya itu. Tersenyum suka Raees apabila Harraz berbuat begitu.

"See sweetheart? Raees pun suka aku cium dia. Kau tak suka aku cium kau?" soal Harraz sengaja mahu bergurau. Roti sardin yang berada di dalam bekas di sebelahnya diambil.

Roti itu disuap pada Hannah sebelum dia memakannya. Tangannya menggenggam erat tangan Hannah. Tangan gadis itu diusap lembut.

"Mana boleh tak suka. Pahala kan?" kata Hannah sengaja menggunakan ayat yang sering digunakan Harraz. Lelaki itu tersengih lagi.

Hannah menyandarkan kepalanya di atas bahu Harraz. Tangan kanan lelaki itu memegang pinggang isterinya dan tangan kirinya kekal menggenggam erat tangan Hannah.

"Harraz..."

"Yes sweetheart?"

"Sejak bila awak jatuh cinta dengan saya?" soal Hannah perlahan. Harraz tersenyum. Teringatkan detik-detik di mana perasaan cinta mula berputik di dalam dirinya.

"Since our first meet" jawab Harraz ringkas. Bibirnya tidak berhenti tersenyum.

"Dekat gallery event tu?"

Harraz mengangguk. Dia mengambil nafas seketika. Matanya turun bertembung dengan mata hazel Hannah.

"My heart beat fast when I see you in the eyes. I don't know why sweetheart. Aku confuse kenapa aku rasa macam tu. Malam tu aku tak boleh tidur. Bila aku pejam mata, muka kau muncul dalam pandangan minda aku" jelas Harraz perlahan.

"Aku cuba untuk tepis perasaan tu tapi aku tak mampu sweetheart. Aku cuba ingatkan diri aku yang aku nak rapat dengan kau hanya sebab hal tanah resort tu tapi hati aku tak mampu"

"Setiap kali aku pandang mata kau, aku berdebar. Setiap kali aku tengok kau senyum, aku berdebar. Setiap kali aku dengar suara kau, aku berdebar juga. Jantung aku tak boleh duduk diam bila kau ada depan mata aku"

Hannah tersenyum. Dia mendiamkan diri, menunggu Harraz untuk menyambung kata-katanya.

"Aku keliru dengan diri aku sendiri. Kenapa aku perlu berdebar padahal antara kita dulu bukannya ada apa-apa. Tapi bila aku tengok Rayyan pegang tangan kau waktu dekat restoran dulu, aku rasa marah. Aku cemburu. Dan saat tulah aku sedar yang aku dah jatuh cinta dengan kau. I fell in love, with you again and again" luah Harraz lagi.

"Jadi awak suka cari gaduh dengan saya dulu sebab ni la? Sebab tak nak terus jatuh cinta dengan saya?" teka Hannah dan Harraz mengangguk setuju.

Itulah satu-satunya cara yang dia mampu lakukan untuk menghalang perasaannya pada Hannah dulu. Namun jodoh di tangan Allah. Siapa sangka, dia akhirnya berkahwin dengan 'musuh ketatnya' ini.

"Biasalah sweetheart. Lelaki kan. Ego tinggi" jawab Harraz bersahaja. Hannah tertawa kecil.

Dia pun tidak menyangka dengan semua ini. Aturan Allah begitu indah. Kini dia sudah mempunyai keluarga sendiri bersama dengan Harraz.

Lelaki itu mengambil anaknya daripada riba Hannah. Dia berlari ke dalam resort semula dan menyerahkan Raees kepada Aizat.

Harraz kembali dengan sekuntum mawar pada tangannya. Mawar merah itu diserahkan pada Hannah.

"Mana Raees?" soal Hannah pelik.

"Ada dengan Aizat. Aku nak dating dengan kau sekejap. Dah lama tak berdua macam ni" kata Harraz. Dia menarik isterinya untuk bangun dan mereka menuju ke gigi air.

Hannah begitu teruja. Dia merendamkan kakinya di dalam air laut. Seronok bermain air. Harraz pula hanya memerhatikan isterinya itu. Dia gembira melihat Hannah.

Dia mendekati Hannah dan tangannya mula melingkar pada pinggang gadis itu. Tubuh Hannah ditarik sedikit dan dirapatkan pada tubuhnya.

Lelaki itu menunduk sedikit. Bibirnya berhenti pada tepi telinga Hannah. Gadis itu kaku. Hembusan nafas Harraz membuatkan dirinya tidak senang duduk.

"I love you" bisik Harraz gemersik pada tepi telinga Hannah. Tangannya mengusap tepi pinggang Hannah. Merona merah muka gadis itu. Walaupun itu bukan pertama kali dia mendengar kata cinta dari Harraz, namun hatinya tetap berdebar.

Harraz menjarakkan dirinya. Tersenyum suka lelaki itu apabila melihat wajah isterinya yang memerah. Dia kembali merapatkan dirinya dan memeluk gadis itu erat di tengah-tengah pantai itu.

Hannah tersentak, sedikit terkejut dengan tindakan Harraz yang tiba-tiba itu.

"Harraz-"

"Shh. Don't talk sweetheart. Just let me hug you" pinta Harraz dengan nada suara yang perlahan.

"Thank you. Thank you for choosing to always be with me. I promise you sweetheart, I will never hurt you. I promise I'll make you happy"

"Saya pegang janji awak" ucap Hannah. Selesa berada di dalam pelukan hangat Harraz walaupun sebenarnya malu kerana lelaki itu memeluknya ditengah-tengah orang ramai.

Lelaki itu meleraikan pelukan mereka. Dia tiba-tiba berlutut. Satu kotak cincin dikeluarkan dari poket seluarnya dan kotak cincin itu dibuka.

Hannah terkejut dengan tingkah suaminya ini.

"Sweetheart...."

"Harraz..."

Harraz menarik nafasnya dalam. Dia membuka mata dan pandangannya tepat jatuh pada wajah cantik isterinya. Bibir merah itu mengukirkan senyuman manis buat si isteri.

"Sudi tak kau jadi bidadari aku? Selamanya ada dengan aku melainkan takdir Allah yang memisahkan kita" lamar Harraz pada isterinya.

Hannah tergamam. Tidak menyangka Harraz merancang semua ini. Dia melihat sekeliling dan semua rakan-rakannya ada di situ termasuklah Aizat dan Raees yang berada di dalam dukungan lelaki itu.

Kamera dihalakan ke arah mereka berdua. Merakamkan saat-saat manis itu. Gadis itu memejamkan matanya. Cuba untuk menahan air mata daripada mengalir namun dia gagal. Sungguh, dia terharu dengan apa yang dilakukan oleh suaminya ini.

"Will you?"

"Y..yes" jawab Hannah dengan suara yang tersekat-sekat. Harraz tersenyum manis. Dia bangun dan kembali berdiri di hadapan isterinya. Cincin tadi disarungkan pada jari manis sebelah kiri Hannah.

Dia membawa tangan gadis itu pada bibirnya. Tangan itu dikucup lembut sebelum satu lagi kucupan singgah pada ubun-ubun Hannah.

Mata mereka berdua bertembung. Tersenyum lagi pasangan itu. Tangan Harraz naik dan mengusap air mata Hannah perlahan.

Dia kemudian mendekatkan dirinya dengan Hannah. Hidung mereka mula bersentuhan.

"I love you abang"

"I love you too sweetheart. That's the begining and end of everything"

"Without you i'm nothing sweetheart. Thank you for everything. Aku cintakan kau kerana Allah. Aku janji aku akan bimbing kau, sama-sama kita teruskan hubungan ni dengan reda Allah. Kau, bidadari aku. Dunia dan syurga insyaallah"

🦋 T A M A T 🦋

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now