Bab 13 🦋

15.3K 1.3K 71
                                    

"Assalamualaikum Aunty!" laung Aniq, Zyad dan Delilah dari depan pintu rumah. Mereka sudah lima minit berdiri di situ namun tiada satu sahutan pun dari dalam rumah.

"Ke tak ada orang dekat rumah?"

"Takkan la.... Tu, kereta ada. Kereta Harraz pun ada tu"

"Budak tu kan selalunya bawa motor bike dia tu. Kereta ni dia jarang pakai" kata Aniq seraya menekan loceng rumah kembali.

Selang beberapa minit pintu mula terbuka. Terpapar la wajah Tengku Akma yang sedang memegang senduk bersama apron pada badannya.

Mereka bertiga tergelak melihat wajah Tengku Akma. Wajah wanita itu jelas terkejut.

"Ya Allah, kenapa nak datang tak bagitahu aunty dulu? Kamu semua ni suka datang mengejut" kata Tengku Akma. Pintu dikuak lebih luas, memberi ruang untuk mereka bertiga masuk ke dalam.

"Kitorang dah cakap dekat Harraz semalam. Dia kata nanti dia bagitahu aunty" kata Zyad. Matanya meliar mencari kelibat Harraz.

Wajah Tengku Akma jelas keliru. Harraz tidak ada pula beri tahunya apa-apa. Ini mesti anaknya saja mahu kenakan dia lagi.

"Memang nak kena Harraz ni" kata Tengku Akma geram.

Delilah dan Aniq tergelak melihat reaksi Tengku Akma. Harraz satu-satunya putera Tengku Akma. Lelaki itu memang manja dengan mummy nya ini.

Selain manja, Harraz juga sangatlah nakal. Pening kepala Tengku Akma menguruskan anak terunanya yang seorang itu. Susah betul nak dengar kata.

"Nasib aunty buka pintu, kalau tak memang kitorang dah gerak balik semula dah"

"Itula, aunty tengah dekat dapur tadi. Harraz ada dekat ruang tamu tadi, dengar je suara kamu semua terus dia naik atas" kata Tengku Akma.

Zyad sudah mengepal penumbuknya. Memang cari gaduh betul Harraz ni. Saja nak makan penumbuk dia ke apa?

"Budak tu kalau tak buat hal tak sah. Punyalah kita ni tunggu ingatkan tak ada orang. Dasar betul" kata Aniq tidak puas hati.

"Aunty, izinkan saya naik ke atas mencari putera kesayangan aunty ya? Tangan saya ni dah gatal nak melekat dekat pipi dia" gurau Zyad. Tangannya sudah tidak duduk diam.

Begitu juga Aniq, mereka berdua sudah bersiap sedia untuk melaksanakan serangan pada Harraz.

Siaplah kau Harraz!

"Dengan besar hatinya, dipersilakan" kata Tengku Akma. Sebaik saja mendengar kata-kata wanita itu, Aniq dan Zyad terus berlari menuju ke tingkat atas rumah banglo Tengku Hanif, ayah kepada Harraz.

Delilah tergelak lagi melihat mereka berdua. Perangai tak ubah seperti budak tadika. Padahal, masing-masing sudah dewasa.

"Rissa tolong aunty dekat dapur boleh?"

"Boleh.... Aunty nak suruh Rissa buat apa?"

"Lap pinggan, lepastu buat air. Boleh?"

Delilah mengangguk. Dia dan Tengku Akma mula menuju ke dapur. Beg tangannya diletakkan di atas kabinet dapur mewah itu.

Lengan bajunya dilipat sedikit sebelum mengambil kain pengelap dan mengelap pinggan mangkuk di atas meja.

Tengku Akma pula terus sambung memasak. Mereka berdua berborak sakan sambil melakukan kerja masing-masing.

"Aunty, uncle mana? Lama tak nampak uncle"

"Uncle kamu tu busy memanjang. Baru dua hari lepas dia pergi New York, ada kerja"

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now