Bab 32 🦋

14.3K 1.3K 88
                                    

Hannah menutup televisyen. Tiada rancangan yang menarik untuk ditonton. Telefon di sebelahnya dilihat seketika. Gadis itu mengeluh.

Mesej yang dia hantar pada Harraz sejak dua hari yang lepas masih lagi tidak berbalas. Dia tidak tahu ke mana lelaki itu menghilang.

Cawan berisi air teh yang sudah kosong itu diangkat dan di bawa ke sinki. Gadis itu mencuci cawan tersebut dan meletakkannya di atas rak semula.

Tiba-tiba, Hannah mendengar bunyi benda terjatuh. Namun, gadis itu tidak pasti bunyi itu datang dari arah mana. Pantas saja dia mengambil pisau di dalam rak dan melangkah keluar dari dapur.

Matanya meliar memerhati ruang tamu yang hanya disinari dengan cahaya lampu malap. Tiada tanda-tanda sebarang benda jatuh di situ. Semuanya berada dalam keadaan baik tanpa diusik.

Gadis itu melangkah ke tingkat atas pula. Pintu bilik utama dijenguk. Tiada sesiapa di situ. Hannah mengerutkan dahinya.

Mustahil aku salah dengar.

Ketika dia berpaling setelah menutup pintu, matanya terpandang kelibat seseorang yang sedang menuruni anak tangga. Gadis itu menelan air liurnya perit.

Perlahan-lahan dia menuruni tangga. Apabila tiba di hujung tangga, seseorang tiba-tiba menutup mulutnya. Gadis itu tersentak.

Puas dia mencuba untuk melepaskan tautan penceroboh itu namun dia tetap tidak berjaya. Tenaganya tidak tertanding untuk melawan tangan kekar penceroboh yang menutup mulutnya itu.

"Lepaslah!!!!"

Pisau pada tangan Hannah tercampak jauh. Gadis itu mengambil tindakan pantas dengan menggigit lengan lelaki yang memegangnya itu. Lelaki itu meraung kesakitan dan serta-merta melepaskan cengkamannya.

"Arghhh!!"

Hannah berlari dan mengambil pisau yang terjatuh tadi semula. Pisau itu diarahkan pada lelaki yang berpakaian serba hitam itu.

Lelaki itu hanya tergelak sinis. Dia langsung tidak gerun dengan ugutan Hannah. Kakinya melangkah mendekati Hannah yang sedang dalam ketakutan itu.

"Kau takut hmm?"

Hannah terkaku. Suara itu. Suara yang biasa dia dengari. Tapi siapa? Dia terlalu takut sehinggakan otaknya tidak mampu untuk memproses siapakah pemilik suara itu.

"Kau siapa?!! Apa kau nak dari aku?!!" jerit Hannah. Wajah lelaki yang tertutup itu cuba diteliti sebaik mungkin. Namun dia gagal mengenali siapa disebalik topeng hitam itu.

"I told you many times. Resort Teratak Indah" ujar lelaki itu dingin.

Dia dan Hannah kini mengelilingi sofa di dalam ruang tamu itu. Gadis itu gementar. Matanya liar memerhatikan lelaki bertopeng hitam itu.

Hannah menggenggam erat pisau ditangannya. Dia mengerling ke arah tangga dan berkira mahu naik ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik untuk menghubungi polis.

Hannah melangkah perlahan-lahan ke arah tangga sambil matanya masih menikam mata penceroboh itu. Belum sempat dia berlari mendaki tangga, penceroboh itu pantas dulu mengejarnya dan menyepak kaki gadis itu.

Hannah jatuh dan terbaring di atas lantai. Gadis itu mengerang kesakitan dan memegang kepalanya yang terhantuk pada lantai.

Lelaki tadi perlahan-lahan menghampirinya. Hannah mengesot kebelakang apabila lelaki itu semakin mendekat. Ketakutan mula menyerang dirinya.

Dia bergelut dengan lelaki itu dan akhirnya dia berjaya menghiris lengan lelaki itu. Lelaki itu mengerang kesakitan sebelum dia berlari ke tingkat atas.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now