"Sweetheart?" Harraz memandang wajah pucat Hannah yang baru sahaja keluar dari bilik air. Mata gadis itu merah disebabkan dia menangis tidak berhenti di dalam tandas tadi.
"How?" soal Harraz perlahan. Hannah tidak berkata apa-apa. Dia duduk di sebelah Harraz.
"Saya tak tengok lagi. Awak pergilah check sendiri" kata Hannah sebelum dia kembali berbaring di atas katil.
Harraz meneguk air liur. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air. Pregnancy test yang berada di atas singki itu diambil dan ditatap lama. Bibirnya menarik satu senyuman.
"Sweetheart!!"
"Ya Allah!! Sweetheart!! You're pregnant!!!!"
Harraz berlari keluar dari bilik air. Tubuh isterinya yang sedang terbaring itu pantas diangkat dan didukung.
Bibirnya turun menghadiahkan satu kucupan pada ubun-ubun si isteri. Kucupan itu singgah pula pada bibir Hannah.
"Thank you sweetheart! thank you!" ucap Harraz. Tanpa sedar air mata lelaki itu mengalir. Air mata kegembiraan. Lelaki itu terlalu gembira dengan berita kehamilan isterinya ini. Dahi Hannah dikucup tanpa henti.
"Aku akan jadi papa and kau akan jadi mama! Terima kasih Ya Allah..."
"Aku janji aku akan jaga kau dengan anak kita. Terima kasih sebab kau sudi kandungkan anak aku. Terima kasih sebab terima aku jadi suami kau dan buatkan aku jadi manusia yang paling bertuah dalam dunia ni. Thank you for all of that sweetheart" ucap Harraz panjang. Belakang tubuh isterinya diusap lembut.
Hannah tersenyum manis. Tangannya mengusap pipi Harraz. Gadis itu memeluk suaminya. Jantung Harraz yang berdetak laju itu jelas kedengaran di telinganya.
"Janji dengan Hannah, abang tak akan pernah tinggalkan Hannah dengan baby. Janji yang tak akan ada perempuan lain dalam hati abang"
"I promise you sweetheart. I'll never leave you. Only death will separate us and there will be no other woman who can replace you. It's only you and will always be you. Now and forever sweetheart"
Hannah tersenyum manis mendengar kata-kata Harraz itu. Kata-kata yang cukup ikhlas. Cukup membuatkan gadis itu jatuh cinta lagi dengan suaminya.
"I'm in love again" Harraz tersenyum. Pelukan tadi dilepaskan. Bibirnya mengucup bibir Hannah lama.
"I love you sweetheart. I truly love you"
Harraz membawa isterinya ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Hampir satu jam juga mereka di situ. Gadis itu baru sahaja mengandung. Kandungannya baru berusia sebulan lebih.
"You okay sweetheart? Doktor ada cakap apa-apa?"
"Doktor pesan tak boleh buat kerja berat-berat sebab baby baru sebulan lebih. Kalau saya overwork kemungkinan untuk gugur besar" jelas gadis itu pada Harraz.
Lelaki itu tanpa berkata apa-apa terus saja mencepung tubuh isterinya. Hannah terkejut.
"Harraz?! Apa ni dukung saya dekat tengah-tengah orang ramai ni?!"
"That's not a problem sweetheart..."
"Yes it is! Orang tengok la Harraz. Letak saya balik!" bisik Hannah pada suaminya. Harraz hanya mengendahkan.
"Do I look like I care?" dia membawa isterinya masuk ke dalam kereta. Hannah sudah menjeling tajam ke arah lelaki itu. Harraz pula hanya menayangkan muka yang selamba. Tali pinggang dipakai sebelum dia bergerak dari situ.
"Awak sengaja kan?"
"Bukan kau suka ke kalau aku dukung?"
"Depan orang Harraz. Apa orang cakap nanti" kata Hannah.
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...