Bab 29 🦋

14.9K 1.3K 255
                                    

"Kenapa kita ada dekat sini?" soal Hannah keliru.

Gadis itu kini sedang berdiri di hadapan Hotel Grand Roses bersama Harraz disebelahnya. Lelaki itu hanya tersenyum.

"Just follow me sweetheart" kata Harraz sebelum menarik hujung lengan baju Hannah. Dia mahu memastikan Hannah kekal di sampingnya tanpa menyentuh gadis itu.

Connected but not touched.

Harraz melangkah masuk ke dalam hotel itu. Apabila mereka tiba, Hannah merasakan banyak mata-mata yang sedang memerhatikan mereka.

"Just ignore them" kata Harraz lagi apabila melihat Hannah yang kurang selesa dengan pandangan orang di dalam hotel itu.

"Tengku?"

"Where's my room?"

"Here Tengku..."

Pekerja hotel itu tadi membawa Harraz dan Hannah ke bilik yang sudah disiapkan sesuai dengan pesanan Harraz pada Aniq tadi.

Pekerja hotel itu meninggalkan Harraz dan Hannah berdua di hadapan pintu hotel. Hannah masih lagi terpinga-pinga.

"Untuk malam ni kau tidur dekat sini. Go and take a rest, okay?" pesan Harraz dan menghulurkan kad hotel pada Hannah.

"Ni hotel keluarga awak ya?" soal Hannah meminta kepastian. Melihat Harraz yang mengangguk, gadis itu mengeluh.

"Don't think of anything sweetheart. Rest hmm. I know you tired" kata Harraz lagi. Bibirnya mengukirkan satu senyuman tipis.

"One more, jangan buka pintu unless it's me. Okay?" pesan Harraz lagi.

Hannah hanya mengangguk. Dirinya juga terasa lelah dengan apa yang telah berlaku hari ini. Dia sudah tidak dapat meletakkan kepercayaan pada sesiapa pun sekarang kecuali Harraz.

Gadis itu terasa selamat apabila berada bersama Harraz. Melihat Harraz yang sudah berlalu pergi, dia masuk dan menutup pintu bilik hotel itu.

Hannah melangkah perlahan ke arah katil dan merebahkan dirinya di atas katil itu. Tudungnya dicabut lalu dicampakkan ke bawah katil. Gadis itu memejamkan matanya, cuba untuk menenangkan fikiran yang sedang serabut ketika ini.

"Ibu... Hannah takut"

Air jernih mula mengalir pada pipi mulus gadis itu. Wajah arwah ibunya mula terpapar di dalam kotak fikirannya.

Air mata yang mengalir itu dikesat dengan ibu jari. Balutan pada lengannya dicabut. Tangan gadis itu terluka kerana terkena duri semasa dia ditarik ke dalam semak oleh Harraz tadi.

Darah yang mengalir itu dibiarkan saja. Gadis itu bangun daripada katil dan pergi mengambil segelas air putih.

Sedang dia meneguk air, loceng pintu bilik hotelnya berbunyi. Hannah meneguk perit air liur. Kakinya perlahan melangkah ke arah pintu hotel tersebut.

"Sweetheart?"

Hannah menarik nafas lega. Tanpa ragu dia membuka pintu hotel itu dan melihat Harraz sedang berdiri di hadapannya bersama sehelai baju dan seluar.

Senyuman Harraz mati apabila lelaki itu melihat tangan Hannah yang terluka. Lelaki itu menelan air liur perit.

"K...Kenapa dengan tangan k..kau?" tanya Harraz gugup. Matanya dipejam erat cuba untuk mengelak daripada melihat darah pekat yang mengalir pada lengan Hannah itu.

Namun, bau darah yang kuat menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Harraz mula memegang kepalanya yang terasa sedikit sakit.

"Harraz? Awak kenapa?"

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now