Bab 5 🦋

19.3K 1.5K 160
                                    

"Hannah, awak pergi la tengok-tengok lukisan dulu. Majlis lambat lagi nak mula"

"Cik Rissa tak nak ikut? Saya bosan la pula kalau jalan sorang-sorang"

"Tak apa la, awak pergi je. Saya ada nak tunggu kawan saya. Jalan tu elok-elok, jangan sampai sesat pula" pesan Rissa kepada Hannah.

Hannah hanya mengangguk. Dia mula berjalan keluar dari dewan. Kakinya mengatur langkah ke arah kawasan pameran seni di dalam hotel itu.

"Luas betul hotel ni. Ramai pengunjung pula tu. Tak macam resort abah, sunyi sepi je. Aku nak pergi menginap dekat sana pun takut"

Mata gadis itu sibuk meneliti satu persatu lukisan yang dipamerkan didalam dewan Hotel Grand Roses. Tanpa sedar bibirnya mengukirkan sekuntum senyuman manis tatkala melihat satu lukisan di hadapannya.

"Alhamdulillah, tak sia-sia bakat aku. Walaupun tak seberapa tapi ada jugalah hasil karya aku dekat sini"

Hannah meneliti lukisan di hadapannya itu.
Telefon bimbitnya dicapai kemudian dia mula mengambil beberapa keping gambar.

Tiba-tiba Hannah terasa ada seseorang yang menepuk bahunya, serta-merta dia berpusing dan wajah seorang lelaki menjamah pandangannya.

"Hai" sapa lelaki itu sebelum dia berdiri di sebelah Hannah membuatkan gadis itu terpinga-pinga.

Siapa dia ni? Selamba badak dia je tepuk bahu aku.

"Encik siapa ya?" soal Hannah yang masih kekeliruan.

Lelaki tadi berpaling dan mula menghadap wajah Hannah. Cermin mata hitamnya dibuka kemudian dia menatap mata Hannah.

"Tak ingat aku?"

Soalan berbalas soalan. Hannah dan Harraz menatap wajah masing-masing.

Hannah menggeleng perlahan. Wajah Harraz ditatap seketika. Macam kenal, tapi siapa?

"Kau hilang ingatan ke? Aku Harraz. Tak ingat?" soal Harraz sekali lagi cuba untuk mendapatkan kepastian.

Lelaki itu mengharapkan Hannah untuk mengingatinya namun hampa, gadis itu menggelengkan kepalanya buat kali kedua.

Kecewa?

Sikit la.

"Ni mesti kau banyak makan semut kan? Itu yang cepat hilang ingatan"

Hannah berdecit mendengar kata-kata Harraz. Bukannya dia tidak ingat pada lelaki ini tapi dia sebenarnya malas mahu melayan Harraz. Pantang kalau buka mulut, mesti menyakitkan hati Hannah.

"Apa-apa jelah. Awak buat apa dekat sini? Tak ada tempat lain dah nak pergi? Menyibuk je ikut saya"

"Bila masa aku ikut kau mak cik? Buang masa je. Dari ikut kau baik aku tidur" kata Harraz sebelum berpaling.

Matanya memandang ke arah lukisan di hadapannya ini. Dirinya meneliti setiap perincian lukisan itu.

"Siapa punya lukisan lah ni, bosan betul. Tak menarik" kata Harraz selamba. Hannah sudah terbatuk-batuk.

Tak menarik celah mana?! Kau tak tahu ke pelukis dia dekat sebelah kau?! Mulut tu kalau bercakap main lepas je!

"Ikut sedap hati awak je judge lukisan orang tu. Bagi saya menarik apa lukisan ni. Nampak unik"

"Unik apa nya? Dah la tak cukup warna. Punyalah banyak warna dalam dunia ni, hitam dengan putih je dia guna. Dah macam filem P. Ramlee je"

Wajah Hannah sudah memerah mendengar sindiran Harraz. Dia sedaya upaya menahan amarahnya supaya tidak meledak.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now