"Okaylah Cik Hannah. Saya nak sambung kerja, Encik Harraz pun dah tengok kita semacam tu" bisik Aizat perlahan sambil matanya memandang Harraz.
Pandangan tajam lelaki itu tidak lepas dari Aizat dan Hannah.
"Awak jangan ambil hati sangat tau kalau Harraz ada cakap apa-apa. Dia tu memang mulut puaka sikit" bisik Hannah pula. Tawanya ditahan.
Aizat mengangguk. Dia meminta diri dan berlalu dari situ. Hannah melambai tangan pada Aizat sebelum dia berlari ke arah suaminya.
Wajah Harraz ketika itu sungguh dingin. Tiada segaris senyuman pun pada wajah tampannya itu.
"Hai encik suami" sapa Hannah manis. Harraz menjeling gadis itu sebelum dia berlalu dari situ. Isterinya yang sibuk memanggilnya itu dihiraukan.
Merajuk tahu?
Hannah berlari lagi untuk mendapatkan Harraz. Lengan kekar lelaki itu dipaut kemas. Dia menarik Harraz ke arah pantai berhadapan dengan Resort Teratak Indah.
Resort itu sudah seratus peratus siap diubahsuai. Segalanya menjadi baru dan cantik semula. Pengunjung juga sudah mulai ramai, tidak seperti dulu.
Dengan bantuan Hasif dan kawan-kawannya, resort itu kembali pulih dan beroperasi seperti dulu. Dan kini, Aizat adalah pengurus resort itu.
Tubuh Harraz didudukkan di atas pasir. Hannah turut melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya itu. Kepalanya disandarkan pada bahu Harraz.
"Encik suami...."
"Siapa suami kau? Ni, kau pegang-pegang aku ni kenapa? Tak tau ke haram pegang lelaki bukan mahram" marah Harraz tidak semena-mena. Tangan Hannah ditepis perlahan.
Hannah mengangkat alis keningnya.
'Aik? Nanti aku pegang lelaki lain betul-betul baru tahu. Aku cakap dengan Aizat sekejap pun nak cemburu. Merajuk la tu' bisik hati Hannah.
Dirinya didekatkan lagi dengan Harraz yang kini sudah tiga bulan menjadi suaminya. Suami yang kuat cemburu. Merajuk kalah perempuan.
"Awak-"
"Pergi sana. Jangan kacau aku" pintas Harraz. Matanya langsung tidak memandang Hannah di sebelahnya itu.
"Abang....." panggil Hannah perlahan. Melihat lelaki itu tidak berkata apa-apa, dia tersenyum sendiri. Gadis itu tahu, Harraz pasti tidak akan dapat menolaknya jika dia memanggil lelaki itu begitu.
"Abang cemburu ya?" soal Hannah perlahan. Harraz sudah meneguk air liur kesat. Jantungnya tidak semena-mena menjadi laju. Namun lelaki itu masih mendiamkan diri. Matanya setia memandang laut.
"Tak apalah kalau abang tak nak cakap dengan Hannah" kata gadis itu. Baru sahaja dia mahu bangun, Harraz menarik tangannya kembali. Dia terduduk semula.
"Kau sengaja kan sweetheart?"
"Apa?"
"Mula-mula kau buat aku cemburu lepastu kau goda aku. Lepas ni apa? Minta aku cium-"
Pap!
Lengan Harraz ditampar kuat. Lelaki itu mengaduh kesakitan. Hannah menjeling suaminya.
"Awak kalau bercakap please tengok kiri kanan dulu. Tak nampak dekat sini ramai orang?" marah Hannah. Sudahlah di sekitar mereka itu penuh dengan budak-budak.
Harraz hanya menghiraukan kata-kata Hannah tadi. Dirinya didekatkan sedikit dengan isterinya. Dengan muka yang selamba, dia mengucup pipi isterinya itu. Membulat mata Hannah.
"Awak!"
"It's abang. Call me abang instead of awak, understand sweetheart?" pinta Harraz.
Hannah hanya berdecit. Dia bangun dan menarik tangan Harraz bersama.
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...