Bab 17 🦋

15.2K 1.3K 170
                                    

"Cik Hannah? Termenung apa tu" soal Aizat. Salah seorang pekerja di Resort Teratak Indah.

"Tak ada apa-apa pun. Awak kenapa ada dekat sini?" soal Hannah pula. Badannya ditegakkan semula sebelum mata menatap wajah Aizat.

"Ouh, saya nak bagitahu yang ada orang nak jumpa dengan Cik Hannah. Dia dah ada dekat lobi resort"

Kening Hannah berkerut. Siapa pula mahu berjumpa dengannya waktu-waktu sebegini?

"Siapa yang datang Aizat? Saya kenal ke?"

"Tak pasti la pula saya. Tapi dia kata dia dengan Cik Hannah kawan" sekali lagi kening gadis itu berkerut. Tidak mungkin Ernie. Setahu Hannah Ernie ada beritahu yang dia mahu bercuti ke kampung semalam.

Tidak mungkin secepat itu Ernie pulang.

"Tak apalah. Awak suruh dia masuk" kata-kata Hannah mendapat anggukan daripada Aizat.

Langkah kaki lelaki itu mula menuju ke pintu keluar pejabat Haji Safuan yang telah diambil alih oleh Hannah sekarang.

Hannah mengeluh perlahan. Fail-fail di atas meja disusun dengan rapi. Punggung dilabuhkan di atas kerusi pejabat abahnya.

Terlalu banyak perkara yang dia perlu uruskan sejak dia mengambil alih resort itu. Segala urusan kewangan Hannah juga yang menguruskannya.

"Assalamualaikum" satu suara garau menerpa gegedang telinga Hannah membuatkan gadis itu berpaling.

Tubuhnya kaku seketika seolah-olah tidak mempercayai yang Harraz sedang berdiri dihadapannya kini. Lelaki itu menguntumkan satu senyuman tipis kepada Hannah sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat.

"Miss me sweetheart?"

Entah mengapa Hannah merasakan jantungnya berdetak kencang mendengar kata-kata Harraz itu tadi. Dirinya dikuatkan untuk menatap mata hitam pekat milik Harraz.

"Why sweetheart? Doesn't expect me to be here don't you?" soal Harraz lagi. Suara serak-serak basah itu membuatkan Hannah tidak keruan.

Diri sendiri juga tidak faham mengapa dia begitu.

Fokus Hannah! Ni bukan crush kau! Ni Harraz! Mamat mulut puaka yang panggil kura-kura kau Ninja Turtle!

Harraz mengambil tempat di hadapan Hannah tanpa menunggu Hannah untuk mempelawanya duduk. Matanya mula mencari-cari anak mata hazel Hannah yang masih lagi termenung.

"Aku tahu kau rindu aku but don't be too obvious" kata Harraz dengan nada mengusik membuatkan Hannah berdehem. Kedudukannya dibetulkan sedikit sebelum dia menatap wajah tampan Harraz kembali.

"Mana ada saya rindu awak. Fikirkan awak pun tidak" balas Hannah mempertikaikan kenyataan yang keluar dari mulut Harraz itu. Dia sememangnya rindukan Harraz. Agak gila bukan?

"Iya ke? Habistu kenapa tiap-tiap malam mesti aku tersedak. Kau yang sebut nama aku kan?"

"Please jangan perasan sangat Encik Harraz Rizqi. Tak ada sebab untuk saya sebut nama awak. Mungkin kekasih-kekasih awak yang sebut, bukan saya" bidas Hannah sekali lagi.

"Excuse me? Kekasih-kekasih? Aku bukan playboy dan aku tak berminat untuk bercinta. Single is the best" kata Harraz yakin.

Hannah berdecit. Ingat dia percaya? Wajah yang tampan dan segak sebegini tiada kekasih? Sudahlah kaya, mustahil Harraz tidak pernah bercinta.

"Apa-apa aje la. Awak datang sini kenapa? Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" soal Hannah ingin tahu. Pelik juga dia Harraz tiba-tiba saja muncul di resort abahnya ini.

"Aku datang dari pihak Hotel Grand Roses" kata Harraz senada membuatkan Hannah mengerutkan dahi. Tidak semena-mena gadis itu menjeling Harraz.

"Apa kena mengena Hotel Grand Roses dengan awak?" soal Hannah.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now