Bab 53 🦋

18.6K 1.4K 173
                                    

"Sweetheart..... Banyak lagi ke kerja kau?"

Harraz menongkat dagunya. Lelaki itu sedang berbaring di atas katil. Hannah yang sedang sibuk dengan komputer dipandang lama.

"Kalau awak mengantuk tidur je la dulu. Saya ada banyak lagi file nak kena siapkan ni" kata gadis itu tanpa memandang ke arah suaminya yang sudah mula cemberut.

"Aku nak peluk kau, baru aku boleh tidur" rengek Harraz perlahan. Hannah hanya menggelengkan kepala. Sejak kebelakangan ini, sifat manja lelaki itu menjadi-jadi. Kalau boleh setiap masa dia mahu isterinya itu berada di sebelahnya.

"Tak boleh Harraz. Aizat nak datang ambil file-file ni esok jadi nak tak nak saya kena siapkan. Awak tidur la dulu" kata Hannah lagi. Badannya disandarkan pada kerusi.

"Tak sayang aku la tu" cebik Harraz.

Disebabkan isterinya hanya mengendahkan dia, lelaki itu bangun dan turun dari katil. Dia berjalan ke arah Hannah yang sedang tekun membuat kerja.

Kerusi ditolak sedikit dan lelaki itu duduk berhadapan dengan Hannah. Mukanya didekatkan pada perut gadis itu.

"Baby....Look at your mama. Dia dah tak sayang papa la..." adu Harraz pada malaikat kecil di dalam rahim isterinya itu. Begitu pantas masa berlalu. Tanpa sedar kandungan Hannah sudah pun berusia enam bulan.

"Baby pujuk mama please? Suruh mama tidur sekarang. Cakap dekat mama, ibu mengandung tak boleh tidur lambat. Nanti sakit papa yang risau" kata lelaki itu perlahan. Bibirnya turun mengucup perut isterinya.

"Sweetheart! Dia tendang!" ucap Harraz teruja. Tapak tangannya naik mengusap perut si isteri dan bayi itu menendang sekali lagi. Hannah hanya tersenyum. Rambut Harraz diusap perlahan.

"See? Baby pun suruh kau tidur"

Hannah mengeluh. Dia bangun dari kerusi dan menarik tangan suaminya. Gadis itu menolak Harraz perlahan sebelum dia juga turut merebahkan dirinya di sebelah lelaki itu.

Nak atau tak dia perlu menurut kata Harraz. Jika tidak, pasti lelaki itu akan mengugutnya menggunakan kuasa veto lelaki itu.

Menyampah.

"Penat?"

"Hmm...." ujar Hannah perlahan. Dirinya dirapatkan lagi pada suaminya. Harraz hanya tersenyum. Pipi gadis itu diusap lembut sebelum satu kucupan singgah pada dahinya.

"I'm sorry"

Hannah kembali membuka matanya. Matanya bertembung dengan milik Harraz. Dahi gadis itu berkerut.

"Sorry for?"

"For everything. Tak apalah sweetheart. Lepas ni kita ambil anak angkat jelah. Aku tak sanggup tengok kau sakit macam ni lagi. Ni baru mengandung, macam mana la kalau kau bersalin nanti. Mesti sakit kan" ujar Harraz perlahan. Tubuh isterinya didakap erat.

"La, apa pula awak cakap macam tu. Normal la ibu mengandung penat, muntah-muntah semua. Lagipun, zuriat ni kan rezeki dari Allah juga. Kalau kita boleh ada anak sendiri kenapa nak kena ambil anak angkat?"

"Aku tahu. But still-"

"Awak tahu tak, bila seseorang wanita tu melahirkan akan gugur dosa-dosa dia. Kalau meninggal pula, dapat syahid. Siapa je tak nak kan-"

Percakapan gadis itu terhenti. Harraz mengucup bibirnya lama. Gadis itu hanya membiarkan suaminya.

"I know but you have to promise me you'll do your best okay? Aku tak nak benda tak elok jadi pada kau so promise me" ujar Harraz perlahan.

"Insyaallah..."

"Sleep okay..." ujar Harraz sebelum dia memejamkan matanya. Belakang tubuh Hannah diusap lembut. Akhirnya gadis itu tertidur di dalam dakapan suaminya.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now