Bab 3 🦋

19.9K 1.8K 232
                                    

Hannah masih setia di atas kerusi. Jam di dinding sudah menghampiri jam lima petang. Berbaki lagi beberapa minit sahaja sebelum dia boleh pulang ke rumah.

Keadaan di Art Gallery agak sunyi harini. Tidak ramai pengunjung yang datang, mungkin kerana sekarang ini hari orang bekerja. Biasanya Art Gallery akan menerima pengunjung yang ramai pada hari minggu.

"Hannah? Termenung apa ni?"

"Eh. Cik Rissa. Bila Cik sampai?" soal Hannah mesra. Dia mula bangkit dari duduk dan menyambut kedatangan majikannya itu.

"Dah dekat sepuluh minit saya dekat sini, awak tu yang tak perasan"

Hannah tersenyum janggal. Betullah apa yang dikatakan Rissa Delilah itu. Dia memang asyik termenung saja sejak kebelakangan ini.

Semuanya kerana Rayyan. Kalau lelaki itu tidak datang mengganggunya hari itu, pasti dia tidak akan mengingati Rayyan kembali.

"Sorry Cik Rissa. Saya betul-betul tak perasan"

"Tak apa. Ni awak kenapa tak balik lagi? Waktu kerja dah habis dah ni Hannah"

"Ada lagi sepuluh minit tu, saya ingat nak bersih-bersih sikit gallery ni baru balik. Cik Rissa duduk lah dulu, saya buatkan air"

"Eh, tak payah Hannah. Nanti saya pergi minum sendiri dekat pantri tu. Awak kemas-kemas barang awak lepastu terus balik okay? Nanti saya uruskan yang selebihnya. Lagipun bukan kerja awak nak cuci gallery ni. Awak balik je okay?" kata Rissa sambil tersenyum manis pada Hannah.

Gadis itu hanya mengangguk dan menurut arahan majikannya itu. Beberapa barangnya diambil dan diletakkan di dalam beg galas berwarna coklat miliknya itu sebelum dia keluar dari Art Gallery.

Kakinya mula melangkah ke arah garaj motor yang tak jauh dari Art Gallery. Disebabkan keretanya yang masih belum siap dibaiki, dia terpaksa meminjam skuter milik Ernie untuk pergi ke kerja. Mujurlah dia tahu bagaimana hendak menunggang skuter.

Motosikal itu dipandu ke sebuah kafe yang dari dulu lagi sudah menjadi tempat persinggahan utama Hannah selepas dia pulang dari kerja.

"Ibu kata kalau kita sedih, makan aiskrim adalah penyembuh terbaik" kata Hannah sambil memandu skuter kuning itu.

Hampir sepuluh minit perjalanannya dan akhirnya dia sampai ke destinasi yang dituju.
Laju saja Hannah menanggalkan topi keledar dan berjalan masuk ke dalam kafe itu.

Boleh tahan juga ramainya pelanggan yang datang di situ.

"Selamat datang ke KuntilAnak Cafe"

"Bagi saya aiskrim vanila satu, saiz besar ya. Terima kasih"

"Baik..."

Hannah memilih meja yang paling hujung sebaik saja dia selesai membuat pesanan. Matanya singgah pada beberapa pasangan yang sedang menjamu selera di situ.

Tekaknya terasa loya serta-merta. Kalau iya pun tengah bercinta, tak perlulah menunjuk-nunjuk. Bersuap-suap, bermanja-manja bagai, ingat ini apa?

Teater cinta?

Hannah tidak dapat menahan rasa ingin mengumpat sekarang ini. Terasa bodoh pula bila dia duduk di situ dan menjadi penonton drama tidak berbayar di sekelilingnya.

Lantaklah apa yang diorang ni nak buat. Nak cium ke apa sekalipun, yang penting aku datang sini nak makan aiskrim. Bukannya sakitkan hati sendiri!

Pesanan Hannah sampai tidak lama kemudian. Aiskrim vanila yang terhidang itu terus disambar tanpa menunggu lagi. Hatinya betul-betul panas ketika ini.

Setelah membaca bismillah Hannah terus menyuap aiskrim vanila itu ke dalam mulutnya. Aiskrim yang dingin itu membuatkan hatinya terasa sejuk kembali. Hilanglah juga rasa bengang pada pasangan yang dari tadi asyik memandangnya.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now