Bab 20 🦋

17.2K 1.3K 45
                                    

"Sedap?" soal Harraz sambil matanya melirik ke arah Hannah yang sedang menjamu selera di hadapannya itu.

"Saya tak tahu pula awak pandai memasak" kata Hannah sebelum sambung menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Matanya masih lagi bertaut dengan mata hitam pekat Harraz.

"I'm a versatile person sweetheart. I can do everything accept one thing" kata Harraz sebelum meneguk jus tembikai yang terhidang di hadapannya itu.

"One thing?"

"Hmm"

"Apa dia?" soal Hannah. Pinggan ditolak ke tepi. Fokusnya kembali kepada Harraz semula. Wajah lelaki itu agak ketat apabila dia menanyakan soalan.

"Fall in love. Aku tak boleh jatuh cinta" kata Harraz senada. Dahi Hannah mula berkerut. Gadis itu memandang wajah Harraz yang tidak berperasaan itu.

"Kenapa? Awak suka jantina sejenis ke?" soal Hannah tanpa lapis. Bibirnya diketap apabila dia tersedar apa yang keluar dari mulutnya tadi.

Mata Harraz membulat apabila mendengar kata-kata Hannah.

"Sweetheart! You think I'm a gay?!" naik seoktaf suara Harraz. Diri sendiri terkejut dengan soalan Hannah yang tiba-tiba itu.

"No! Saya tersalah cakap! Tak sengaja, sorry" kata Hannah perlahan. Rasa mahu mengutuk diri sendiri. Tidak menyangka yang perkataan gay itu akan keluar dari mulutnya.

"You scared me sweetheart. Don't ever think me on that way. Sejahil-jahil aku, aku masih lagi waras. Gila kau aku nak suka kaum sejenis? Langkah mayat mummy aku dulu la kalau iya pun"

"Sorry again" kata Hannah lagi meminta maaf atas mulutnya yang agak celupar itu.

"No, it's okay. Kau nak makan lagi?"

"Tak. Saya dah kenyang" jawab Hannah ringkas.

"Kalau macam tu, kemas barang-barang kau. Lagi setengah jam kita gerak balik" kata Harraz. Dirinya bangkit dari kerusi dan bergerak meninggalkan Hannah sendirian.

Perjalanan pulang mereka hanya ditemani dengan bunyi ombak dan kicauan burung. Masing-masing lebih memilih untuk berdiam diri.

Hannah yang keletihan akhirnya tertidur di samping Harraz yang sedang mengemudi bot mewah.

"You're so cute sweetheart. Even when you sleep" bibirnya menarik satu senyuman tipis. Melihat wajah Hannah yang sedang tidur itu membuatkan dia teringatkan sesuatu.

Namun pantas saja Harraz menepis perkara yang singgah di mindanya. Lelaki itu tidak mahu perkara itu menganggu hari nya.

"Sweetheart, bangun. Kita dah sampai" kejut Harraz perlahan. Hannah menggeliat kecil. Badannya terasa agak lenguh kerana tidur dalam keadaan duduk.

"Dah sampai?" soal Hannah dalam keadaan yang masih mamai. Matanya digosok-gosok cuba untuk menyesuaikan dengan cahaya matahari yang agak terik.

"Cute"

"Awak cakap apa?" soal Hannah.

"Tak ada apa. Dah, turun cepat. Kau jangan termenung pula, kalau tak aku dukung kau nanti" ugut Harraz sebelum dirinya melangkah keluar dari bot mewah itu. Barang-barangnya dan Hannah dibawa bersama.

Hampir lima minit dia menunggu Hannah untuk keluar dari bot itu. Sampai saja di hujung jeti, mereka berhenti untuk seketika.

"Terima kasih teman aku hari ni. I truly appreciate it"

"Saya dipaksa sebenarnya. Nak tolak tapi ada orang tu cakap I don't accept 'no'. Jadi nak tak nak saya kena la teman" perli Hannah dengan nada suara yang agak sinis.

Harraz hanya tergelak mendengar Hannah yang sedang mengejeknya itu.

Well, what Tengku Harraz wants, Tengku Harraz gets.

"Tapi aku tak sangka kau baik hari ni. Senyuman kau tak pernah hilang dari bibir. I like this Hannah Sufiya" kata Harraz jujur. Sememangnya senyuman Hannah itu yang selalu ditunggu-tunggu selama ini.

Jika sebelum ini, wajah Hannah mesti masam mencuka setiap kali mereka bertemu. Namun kali ini berbeza pula.

"Saya hanya langsaikan hutang saya. Satu, tak boleh marah awak. Dua, kena senyum dengan ikhlas. Walaupun sebenarnya tak ikhlas tapi saya cuba. Hutang saya dah langsai jadi jangan ganggu saya lagi lepas ni. Back to normal. Awak buat hal awak dan begitu juga saya. Kita musuh bukan best friend"

"Siapa kata kita musuh? Aku tak pernah isytihar perang pun dengan kau dan kau dah anggap aku musuh?" soal Harraz sedikit tidak senang dengan apa yang baru sahaja Hannah katakan.

Musuh? Sejak bila mereka bermusuh?

"Memang awak tak isytihar perang tapi awak lupa ya kenapa awak ada di sini? Awak nak pujuk saya untuk jual tanah ni pada syarikat Hotel Grand Roses. Awak lupa?"

Harraz termenung seketika. Memang benar apa yang Hannah katakan itu. Bagaimana dia boleh terlupa pula?

"About that...."

"Dah ingat kan? Untuk hari ni, terima kasih sebab bawa saya naik bot mewah ni. Hargai sangat. And thanks for the food too. Absolutely good"
ucap Hannah ikhlas. Beg galasnya diambil dari tangan Harraz.

Lelaki itu hanya memandangnya tanpa berkata. Seketika kemudian dia mula tersedar dan berdehem kecil.

"Thank you too for remembering me. So after this no more Hannah Sufiya with her warm smile for me?"

Hannah menggelengkan kepalanya yakin. Harraz hanya tersenyum. Namun senyuman itu mengundang tanda tanya pada diri Hannah. Senyuman yang misteri.

"Okay then. Till we meet again sweetheart"

Harraz mahu melangkah pergi namun Hannah lebih pantas memanggil nama lelaki itu kembali.

"Harraz, wait!"

Lelaki itu berpaling kembali. Hannah mula berjalan mendekati Harraz semula. Air liurnya ditelan.

Wajah Harraz tika ini agak ketat. Reaksi muka yang selalu dia tatap sewaktu mereka mula-mula berkenalan dulu. Harraz Rizqi yang dingin.

"Anything else? Aku nak cepat"

Dingin. Kasar.

The old Harraz Rizqi is back!

"Awak tak jawab lagi soalan saya" kata Hannah perlahan membuatkan Harraz berkerut.

"Soalan?"

"Hmm.."

"What question?" soal Harraz sekali lagi. Tidak faham.

"Kenapa awak tak boleh jatuh cinta?" soal Hannah ingin tahu jawapan pada soalanya yang tergantung sewaktu di dalam bot tadi.

Harraz hanya menatap wajah Hannah sebelum dia mengukirkan satu senyuman yang tipis. Tidak sampai lima saat senyuman itu hilang kembali.

"One day you will know why" kata Harraz sebelum dia melangkah pergi tanpa menoleh untuk mengucapkan selamat tinggal pada Hannah.

Lelaki itu meninggalkan Hannah yang masih terkebil-kebil, tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Harraz.

Kenapa lelaki itu tidak memberitahunya sekarang? Dia sendiri tidak tahu dan tidak punya jawapan untuk itu.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now