Bab 43 🦋

15.9K 1.3K 535
                                    

"Kau serius la nak pergi?" soal Aniq masih tidak percaya.

Harraz mengangguk. Kemeja birunya dikemaskan sedikit sebelum dia masuk ke dalam kereta Audi miliknya.

Aniq turut sama masuk ke dalam kereta itu dan duduk di sebelah Harraz. Zyad pula ada di tempat duduk belakang.

"Aku yang tak sanggup sekarang ni" kata Aniq lagi.

Hari ini majlis pertunangan Hannah. Sepatutnya mereka semua tidak pergi ke majlis itu. Namun, atas desakan Harraz yang sungguh tiba-tiba itu mereka semua terpaksalah ikut sekali.

"Tak payahlah pergi Harraz. Nanti hati kau juga yang terluka" nasihat Zyad. Masih tidak sedap hati dengan keputusan Harraz.

Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tanpa sedar mereka kini tiba di perkarangan rumah Hannah.

Rumah itu sungguh meriah dengan kehadiran keluarga-keluarga Hannah dan juga keluarga-keluarga pihak lelaki. Harraz hanya memandang beberapa orang yang sedang memegang dulang hantaran.

Hatinya kembali sebak. Namun perasaan itu pantas ditepis sejauh mungkin.

"Jom"

"Harraz..." Aniq memegang lengan lelaki itu. Menghalang Harraz dari pergi ke majlis pertunangan Hannah.

"Tak apa. Aku okay" kata Harraz. Dia menghadiahkan senyuman tipis kepada sahabat-sahabatnya itu. Cuba meyakinkan mereka yang dia dalam keadaan baik walaupun hakikatnya tidak.

Mereka mula keluar dari kereta. Perlahan-lahan menapak ke dalam rumah Hannah. Rissa sudah masuk terlebih dahulu. Aniq dan Zyad juga telah pergi berjumpa dengan Hasif.

Harraz kini seorang diri. Lelaki itu cuma berdiri di tepi pintu masuk. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Hannah yang tidak terhias dengan satu senyuman pun.

"Sweetheart... I miss you" tutur Harraz perlahan. Bibir lelaki itu terukir senyuman hambar.

Mata Harraz mula berkaca apabila melihat jari Hannah disarungkan cincin. Sepatutnya Tengku Akma yang menyarungkan cincin itu pada Hannah, bukan ibu lelaki lain. Air matanya dikesat kasar.

Tetamu bersorak gembira apabila selesai acara menyarungkan cincin.

"Hannah! Senyum!" jerit salah seorang tetamu di situ apabila perasan dengan wajah muram Hannah. Gadis itu mula menarik senyuman. Dia terpaksa.

Harraz hanya memerhatikan Hannah. Gadis itu masih tidak sedar dengan kehadirannya.

"How lucky that man. Even I can't have you" tutur Harraz lagi.

Dia mula berjalan mendekati Hannah yang sedang duduk di atas pelamin. Perlahan-lahan dia melangkah.

"Sweetheart...." panggil lelaki itu dengan suara seraknya.

Hannah terkaku. Jantungnya berdetak laju.

Sweetheart. Dia rindukan panggilan itu.

Gadis itu langsung tidak menyangka dengan kehadiran Harraz ini. Dia ingatkan dia sudah tidak dapat berjumpa dengan Harraz lagi.

"H...Harraz, a...awak datang?" soal Hannah gugup. Matanya mula berkaca. Tidak sanggup melihat Harraz yang kecewa disebabkan dirinya.

"Aku rindu kau...." tutur Harraz. Jujur. Dia terlalu merindui gadis di hadapannya ini.

Hannah sudah tidak mampu mengawal perasaannya. Air matanya mula mengalir satu persatu.

"Don't cry sayang. I hate those tears" ucap Harraz lagi. Air matanya ditahan. Matanya jatuh melihat jari Hannah yang sudah terhias dengan cincin itu.

Dia tersenyum tipis. "Kau pakai cincin yang aku bagi?" soal Harraz. Lelaki itu membelek-belek jari Hannah.

"Tahniah. Maaf, aku tak bawa apa-apa hadiah" ujar Harraz hambar. Kecewa. Hatinya hancur sehancur-hancurnya. Gadis itu kini sudah menjadi tunang lelaki lain. Hampa.

"H...Harraz.." Hannah sudah teresak-esak. Dia sudah tidak memperdulikan tetamu-tetamu yang sedang melihat mereka berdua ketika ini.

"Pesan dekat tunang kau, jaga kau baik-baik macam mana aku jaga kau sebelum ni. Kalau dia buang kau, datang pada aku. Aku akan sentiasa tunggu kau sweetheart" kata Harraz.

Air matanya menitis perlahan. Dia gagal lagi.

"S...saya cintakan awak Harraz. S....saya tak s..sanggup-" air matanya jatuh tanpa henti. Bisikan-bisikan halus dari para tetamu dihiraukan sepenuhnya. Fokusnya ketika ini hanyalah pada Harraz.

"Please don't sweetheart. Jangan menangis macam ni. Bride can't cry, right? Smile can you?"

"S..saya tak boleh..." esakannya bertambah. Mata hitam pekat Harraz ditatap. Lelaki itu menangis, kerana dia. Dia penyebabnya.

"Promise me sweetheart. When I'm gone promise me you will not cry and smile widely for me even how much it hurt" tutur Harraz lembut. Bibirnya dikuatkan untuk menguntum senyuman pada Hannah.

Aniq dan Zyad hanya memerhati dari jauh. Sebak melihat apa yang terjadi antara Hannah dan Harraz sekarang. Ernie pula sudah teresak menangis. Tidak sanggup melihat sahabatnya tersakiti begitu.

Hannah dan Harraz. Dua-duanya terpaksa ikhlas dengan keadaan yang menimpa mereka sekarang. Takdir yang tidak menyebelahi mereka ketika ini. Kedua-duanya sama tersakiti.

"Aku balik dulu" kata Harraz memutuskan untuk beredar dari situ. Makin lama dia di situ makin terseksa hatinya.

"Tolong.... Tolong jangan pergi" Sungguh dia tidak mampu kehilangan lelaki itu untuk kali kedua.

Cukuplah Harraz menghilang selama sebulan. Itu sudah cukup menyiksa perasaannya. Setiap hari dia tertanya-tanya di mana lelaki itu berada.

Setiap panggilan yang dia buat tidak terangkat. Segala mesejnya juga tidak dibalas bahkan dibaca pun tidak. Hannah tahu, dia sudah mengecewakan Harraz. Dia telah melukai lelaki yang mencintainya itu.

Harraz melangkah pergi tanpa memperdulikan kata-kata Hannah tadi. Dia masuk ke dalam kereta. Stereng kereta dipukul sekuat yang mungkin.

"Arghhh!!! Aku cintakan kau sweetheart! Aku terlalu cintakan kau!"

"Tapi sayang, miliki kau bukan untuk aku...." lelaki itu menunduk. Dia menangis lagi.

Tanpa mereka berdua sedar ada seseorang yang dari awal telah memerhatikan mereka.

Rykarl Zikri. Tunang Hannah.

Dia melihat setiap titisan air mata dari Hannah dan Harraz. Tatapan kasih Harraz pada gadis itu menjelaskan segalanya.

Dan saat itulah dia sedar. Dia telah menghancurkan dua hati. Dua hati yang sepatutnya bersatu namun terhalang oleh dirinya.

Wajah tunangnya yang kini hanya dipenuhi dengan air mata ditatap lama. Walaupun ini bukan salahnya, tapi rasa bersalah mula terbit di dalam hati lelaki itu.

Rykarl menghembuskan nafas berat. Dia bangkit dari duduknya dan berjalan mendekati Hasif.

"Hasif..." panggil Rykarl perlahan.

Hasif berpaling. Lelaki itu mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Rykarl. Dia mula terasa tidak sedap hati.

"Aku nak cepatkan majlis kahwin. Bulan depan, boleh?" pinta Rykarl tiba-tiba.

"Kau sure?" soal Hasif kembali meminta kepastian. Rykarl mengangguk tanpa ragu. Hannah ditatap seketika.

"Tapi aku kena tanya Hannah-"

"Dia dah setuju" jawab Rykarl. Memintas kata-kata Hasif.

"Kalau macam tu, aku okay je"

"Tapi, aku ada syarat" kata Rykarl pula. Dia memandang Hasif dan begitu juga dengan Hasif.

bertabahlah wahai
readers" kesayangan saya ☺️💔

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now