Harraz membalikkan tubuhnya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Tidurnya terganggu apabila dia mendengar esakan kecil di sebelahnya.
"Sweetheart...." Matanya melihat sebelah. Hannah duduk bersandar pada kepala katil. Mukanya ditekup dengan kedua telapak tangannya.
Dahi lelaki itu berkerut. Lampu tidur di sebelahnya dibuka. Dia bangun dan mendekati isterinya.
"Sweetheart, kenapa ni?" soal Harraz lembut. Dia menarik tubuh isterinya dan dia memeluk gadis itu. Belakang Hannah diusap lembut. Ubun-ubun gadis itu dikucup sayang.
"Kau mimpi buruk ke sweetheart?"
Hannah mendiamkan diri. Air matanya mengalir lagi. Harraz memandang ke arah cadar katil mereka. Ada kesan darah di situ. Lelaki itu hanya tersenyum.
Tekaknya terasa loya melihat darah itu, namun dia menahan dirinya dari termuntah. Segalanya demi Hannah.
"Kau period?" soal Harraz lagi. Hannah mengangguk. Dia hanya berdiam diri, kekal di dalam pelukan suaminya.
Harraz mengucup ubun-ubun isterinya lagi sebelum dia mendukung Hannah masuk ke dalam bilik air. Isterinya diletakkan di tepi singki.
Tubuh gadis itu dipeluk lagi.
"Kau mandi dulu, nanti aku bawa baju" Harraz tersenyum. Air mata gadis itu diusap dengan ibu jarinya. Dia keluar dari bilik air itu dan kembali ke arah katil.
Cadar yang ada kesan darah itu dicabut. Lelaki itu pergi ke bilik air yang berada di tingkat bawah. Dia membasuh cadar itu supaya kesan darah tadi hilang.
Cadar itu disidai pada penyidai pakaian sebelum dia kembali ke biliknya. Cadar baru diambil dan dipasangkan pada katil.
Lelaki itu beralih pada almari. Baju tidur isterinya diambil beserta pad.
"Sweetheart, you done?" soal Harraz pada tepi pintu bilik air. Perlahan-lahan pintu bilik air itu dibuka.
"Kau pakai baju dulu, dah siap panggil aku" ujar Harraz. Pakaian tadi diserahkan pada Hannah. Setelah lima minit, gadis itu keluar dari bilik air.
"Come" Lelaki itu mendukung isterinya kembali. Hannah diletakkan di atas katil. Dia mengambil sehelai tuala dan dia mula mengelap rambut ikal isterinya. Hannah hanya mendiamkan diri.
Selesai semuanya, Harraz kembali ke atas katil. Tubuh isterinya ditarik supaya berbaring di sebelahnya. Lelaki itu memeluk Hannah erat. Rambut gadis itu diusap lembut.
Baru sahaja Harraz mahu memejamkan mata, dia terjaga kembali. Tangannya terasa basah. Dia melihat isterinya yang kembali menangis itu.
"Kenapa ni sweetheart? Kau senggugut ke?"
Hannah menggeleng. Mukanya didekatkan lagi pada dada Harraz. Dia menangis lagi.
"Saya minta maaf...." ujar gadis itu perlahan. Harraz mengerutkan dahinya.
"Kenapa ni?"
"Kita dah sembilan bulan nikah, tapi saya tak dapat nak bagi awak baby lagi" tangisannya semakin lebat.
"Ya Allah sayang, aku tak kisah la. Itu semua kan ketentuan Allah. Mungkin Allah nak bagi kita luangkan masa berdua lebih? Sebab tu kita tak ada baby lagi" pujuk Harraz lembut. Dahi isterinya dicium.
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...