Bab 28 🦋

13.8K 1.3K 77
                                    

Bang!

Bunyi hentakan pintu mengejutkan Hannah yang sedang sibuk dengan komputernya. Gadis itu mula berasa tidak sedap hati.

Siapa yang masih terjaga malam-malam sebegini? Semua pekerja sudah pulang ke rumah masing-masing kalau ada pun hanya beberapa pekerja yang tinggal di resort namun pasti mereka sudah nyenyak dibuai mimpi.

Hannah memberanikan diri. Dia mencapai telefon pintarnya bersama sebatang penyapu.

Gadis itu perlahan-lahan membuka pintu pejabatnya dan berjalan ke arah lobi resort di mana bunyi hentakan pintu itu datang.

Hannah mengambil nafas sedalam-dalamnya. Dia melihat seseorang sedang duduk bercangkung di belakang kaunter pendaftaran. Orang itu seperti sedang mencari sesuatu.

"Ahhh!!!"

"Aizat?!" soal Hannah terkejut. Mujur saja gadis itu tidak sempat untuk memukul Aizat. Lelaki itu juga turut terkejut apabila melihat Hannah yang tiba-tiba saja muncul di belakangnya.

"Awak buat apa malam-malam macam ni dekat resort?" soal Hannah lagi.

"Saya cari kunci rumah saya. Tak tahu tercicir dekat mana. Cik Hannah buat apa dengan penyapu ni? Nak pukul saya ke apa?" soal Aizat pula. Dia mengurut dadanya yang masih terkejut dengan kehadiran Hannah itu.

"Saya ingat ada pencuri masuk. Mana la saya tahu tu awak" jelas Hannah. Penyapu pada tangannya itu dicampak ke tepi.

"Cik Hannah tak balik lagi? Dah nak dekat pukul dua belas dah ni, bahaya kalau tinggal sorang-sorang macam ni Cik Hannah" ujar Aizat. Lelaki itu bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan Hannah.

"Saya nak balik dah. Awak macam mana? Malam ni tidur dekat mana?" soal Hannah perihatin. Kasihan pula dengan Aizat yang tiada tempat tidur untuk malam itu.

"Saya tidur rumah kawan saya kot. Kalau Cik Hannah ada terjumpa kunci rumah saya nanti roger okay?"

Hannah hanya mengangguk. Aizat mengirimkan salam pada gadis itu sebelum berlalu pergi dari situ. Hannah hanya melihat Aizat yang mula meninggalkan lobi resort.

Dia kembali ke pejabatnya dan mengambil beg galasnya sebelum dia keluar pergi menuju ke arah tempat parkir kereta kerana mahu mengambil beg pakaian.

Gadis itu mahu bermalam di resort abahnya saja.

Hannah mengerutkan dahinya. Terlihat satu figura yang sedang berdiri jauh di hadapan membelakanginya. Siapa pula kali ini?

"Aizat-"

"Mmphhh!"

Hannah berusaha untuk melepaskan satu telapak tangan yang sedang menutup mulutnya dan memeluknya ketika itu. Namun, dia tidak berjaya kerana pegangan lelaki itu terlalu kuat.

Lelaki itu menariknya masuk ke dalam semak yang berada di hadapan kereta Hannah. Jantung gadis itu berdetak semakin laju. Gadis itu takut. Air matanya mengalir.

"It's me sweetheart. Don't cry, aku tak akan apa-apa kan kau. Keep quiet unless you want us to die" tegas namun perlahan suara itu memberi amaran.

Hannah membuka matanya dan melihat Harraz yang sedang erat memegangnya ketika itu. Gadis itu menarik nafas lega. Dia melihat Harraz yang sedang memerhatikan sesuatu. Matanya melirik ke arah yang sedang diperhatikan oleh Harraz itu.

"Ahh!!"

"Kau siapa bodoh!!!"

"Ahhh!!!"

Hannah memejamkan matanya erat. Tidak sanggup melihat adegan yang sedang berlaku di hadapannya itu. Bibirnya sehabis baik menahan esakan supaya tidak didengari oleh lelaki bertopeng hitam yang sedang memukul Aizat itu.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now