Bab 51 🦋

19K 1.4K 534
                                    

Hannah membuka matanya perlahan. Cahaya matahari yang masuk dari tingkap bilik menganggu tidur gadis itu.

Dia membalikkan tubuhnya supaya berhadapan dengan Harraz. Lelaki itu sudah terjaga. Dia duduk berbaring di sebelah isterinya sambil tangan kanannya menongkat kepala.

Lelaki itu tersenyum manis. "Good morning sweetheart" Harraz mengucup ubun-ubun Hannah lembut. Tangannya turun mengusap perut isterinya.

"Perut kau sakit lagi?" soal Harraz lembut. Hannah menggelengkan kepala. Dirinya ditarik oleh Harraz supaya mendekat.

"Dah lama awak bangun?"

"Pukul enam tadi. Dekat bawah ada breakfast, aku ambil dekat rumah mummy pagi tadi. Kau mandi dulu, lepastu kita turun makan. Okay?"

Hannah hanya mengangguk. Harraz yang sedang mengucup pipinya itu dibiarkan.

Hampir sepuluh minit mereka begitu. Hannah mula menjarakkan dirinya dari Harraz. Gadis itu bangun dan mencapai tuala.

"Kau nak turun nanti pakai tudung ya sweetheart. Aniq ada dekat bawah" pesan Harraz sebelum dia bangun dari katil.

"Aniq?"

Harraz mengangguk. Dia berjalan mendekati isterinya. Ubun-ubun gadis itu dikucup lagi sebelum dia berlalu keluar dari bilik.

Ruang tamu dituju. Dia melihat Aniq yang sedang menonton televisyen. Tanpa berkata apa-apa dia terus saja melabuhkan punggungnya di sebelah Aniq.

"Aniq, perut kau okay dah ke?" Lelaki itu mengangguk.

"Kejap lagi aku nak balik, maaflah menyemak dekat rumah kau harini-"

Kepala Aniq ditolak kuat oleh Harraz. Lelaki itu memandang Harraz tidak percaya.

"Kau tu memang selalu menyemak. Tak payah nak minta maaf sangat. Setakat tumpang rumah je pun" kata Harraz.

Aniq hanya tersenyum. Otaknya mula terfikirkan sesuatu. Dengan pantas tangannya naik memeluk Harraz. Membulat mata lelaki itu dengan tindakan Aniq.

"Kau kenapa! Kalau iya pun gay janganlah tunjuk sangat!"

"HAHAHAHA. Bodohlah kau ni! Gila aku nak jadi gay? Langkah mayat papa aku dulu la!"

Aniq masih tertawa namun tidak Harraz. Dia memandang ke arah sahabatnya itu.

"Tapi papa kau kan memang dah jadi mayat...."

Senyap. Aniq terdiam seketika. Harraz disebelahnya dijeling. Gurau kasar nampak?

"Aniq, aku tak sengaja-"

"Tak apa. Aku sebenarnya kan bersyukur sangat sebab papa sudi jaga aku. Kalau bukan sebab dia mungkin aku tak akan dapat apa yang aku ada sekarang"

Aniq memejamkan matanya. Terasa tubir matanya mula bertakung.

"Kau tak jumpa lagi ke mak ayah kandung kau-"

"Aku tak ada keluarga selain papa. Kalau aku jumpa diorang pun entahlah. Diorang buang aku dari kecil Harraz. Aku pun tak tahu apa salah aku. Aku ni anak haram ke?"

Aniq mengeluh. Sungguh dia tidak suka berbahas soal ini. Walaupun dia cuma berusia tujuh tahun ketika itu, dia tetap ingat segalanya.

Segala memori gelap yang dia pernah alami kembali menerjah ke dalam mindanya. Mulai dari layanan teruk ibu dan ayahnya sehinggalah dirinya yang ditinggalkan di hadapan rumah anak yatim.

"Kau tak salah Niq. Tak kisahlah apa pun status kau yang aku tahu kau tiga kali ganda lagi baik dari aku. Pak Cik Azhar didik kau dengan baik. Apa pun yang jadi aku dengan Zyad akan sentiasa ada dengan kau"

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now