Tangan Hannah pantas mencapai beberapa barang sebelum dia melangkah ke kaunter pembayaran.
Boleh tahan sesak juga keadaan pasar mini ini. Setelah beberapa minit beratur, akhirnya Hannah selesai membayar.
Dia pantas melangkah keluar dari pasar mini itu. Gadis itu hanya mahu segera pulang ke rumah. Tiba-tiba tubuhnya dilanggar seseorang.
Hannah tersentak. Pantas lelaki yang melanggarnya tadi dijerkah kuat.
"Mata ada guna! Buta ke apa?!" marah Hannah.
Hannah jelas bengang apabila bahunya dilanggar. Barang-barang yang dibelinya tadi habis bertaburan di atas lantai kaki lima pasar mini itu.
Hannah menunduk dan mengutip semula barang-barang yang bertaburan itu.
"I'm sorry, aku tak sengaja" Lelaki yang melanggarnya tadi meminta maaf. Suara itu cukup dikenali Hannah. Siapa lagi kalau bukan Harraz si mamat beku.
Hannah hanya mengendahkan kata maaf dari Harraz. Wajahnya jelas masam mencuka. Harraz turut membantu Hannah mengutip barang-barangnya yang terjatuh itu tadi.
"Banyaklah awak punya sorry. Lain kali jalan tu guna mata, bukan dahi!"
Kata-kata maaf itu tidak dapat menurunkan suhu kepanasan Hannah yang sudah sama dengan gunung berapi.
Beberapa orang yang lalu lalang di pasar mini itu menoleh ke arah mereka berdua. Mungkin kerana suara Hannah yang agak tinggi menengking Harraz.
"Sorry, aku betul-betul tak sengaja" ulang Harraz sekali lagi.
Hannah mengeluh. Bukannya dia terlalu marah kerana Harraz melanggarnya tapi hatinya memang sedang bengkak saat itu kerana Rayyan yang tidak habis-habis sibuk mahu berjumpa dengannya.
Tangan lelaki itu menghulurkan sebungkus beg plastik kepada Hannah dan gadis itu menyambut kasar.
Hannah terus melangkah pergi dari situ. Dia menuju ke arah keretanya dan meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi di tempat duduk belakang.
"Mak cik! Ni kau punya kan?" suara Harraz yang menyapa telinga Hannah membuatkan gadis itu berpaling.
Harraz tersengih sambil menayangkan satu bungkusan plastik berwarna biru.
Hannah merasakan wajahnya panas tiba-tiba. Macam mana dia boleh tercicir bungkusan yang penting itu?
"Bak sini!"
Bungkusan berwarna biru yang merupakan keperluan asas wanita untuk setiap bulan itu sudah bertukar ke tangan Hannah.
Gadis itu rasa mukanya sekarang setebal tapak seliparnya saja! Memalukan betul!
Hannah mahu melarikan diri dari situasi yang memalukan itu. Baru saja dia mahu masuk ke dalam kereta, Harraz sudah menarik lengannya kembali.
"Kau memang tak reti nak cakap terima kasih ke? Cikgu dekat sekolah kau tak pernah ajar?" Harraz memerlinya.
Menyirap lagi darah Hannah. Apa masalah lelaki ni? Hidup dia memang tak senang kan kalau tak kacau aku?
Hannah cuba untuk menenangkan hatinya yang semakin terbakar dek kerana kata-kata Harraz yang menyakitkan hati itu.
"Terima kasih" kata Hannah senada. Jelas sekali ucapan maaf itu tidak ikhlas.
Senyuman Harraz semakin meleret apabila mendengar ungkapan maaf dari gadis itu.
"Aku nak upah aku" kata Harraz selamba membuatkan Hannah tercengang.
Upah? Upah apa pula?
"Upah apa lagi Harraz? Saya nak cepat ni"
"Yela, aku terpaksa tebalkan muka aku sejauh dua puluh meter sebab nak bagi kau punya harta karun ni"
Bibirnya dijuih pada bungkusan biru itu. Hannah berdecit tidak puas hati. Api kemarahannya yang baru saja mahu reda sudah menggelegak kembali.
Telinganya terasa panas mendengar kata-kata Harraz.
"Ada saya suruh awak hantar harta karun ni dekat saya balik? Tak ada kan? Jadi boleh tak awak tepi sebab makin lama makin muak saya tengok muka awak!"
Ya Allah, boleh tak kau hilangkan mamat ni dari pandangan aku? Sudahlah tak ikhlas! Setakat pulangkan barang aku yang tercicir pun nak minta upah apa benda! Teruk betul mamat ni!
Hatinya menggumam marah. Hannah sudah berdiri sambil bercekak pinggang. Sungguh dia tidak puas hati dengan permintaan lelaki ini.
"Eh, mak cik! Mulut kau tu kalau bercakap elok-elok sikit! Kau tahu tak aku punya malu time aku pegang harta karun kau ni? Semua manusia yang lalu semuanya pandang aku macam gajah terbang. Seumur hidup aku, aku tak pernah beli benda alah ni. Mak aku pun tak pernah suruh aku beli benda tu!" Harraz menjawab dengan nada suara yang sedikit keras.
Sakit hatinya bila Hannah kata yang gadis itu muak melihat mukanya yang kacak itu.
"Dah tu siapa suruh awak pegang? Kalau malu buang jelah dalam tong sampah!" herdik Hannah lagi membuatkan beberapa pasang mata menoleh ke arah mereka.
Mata Harraz terjegil mendengar herdikan Hannah itu. Giginya diketap marah. Sebelum ini Hannah belum pernah lagi memarahinya sebegini.
Wajah gadis itu jelas sedang menyinga. Silap hari bulan di situ juga dia makan penampar Hannah.
"Kau memang tak reti nak kenang budi kan? Aku dah tolong tu kira baik lah tu" balas Harraz. Kali ini suaranya mengendur sedikit. Malu juga mahu berbahas ditengah-tengah jalan itu. Buat jatuh saham sendiri saja.
Tanpa menghiraukan Harraz, Hannah terus melangkah masuk ke dalam kereta. Pedal minyak ditekan dan dia meninggalkan Harraz di situ.
Makin lama dia di situ, hatinya makin menggelegak panas.
Harraz tersenyum senget. Puas hati apabila dapat mengusik gadis itu. Sudah menjadi hobi dia pula untuk menaikkan api kemarahan Hannah.
"Nanti kita jumpa lagi ya mak cik. Tunggu tau"
ada yang nak join saya hempuk Harraz tak?
😌
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...